Orang lain gamaknya dah mendaftar untuk pergi haji dah lama gila dah. Den dengan buong baru je mendaftar dalam tahun nih.

Niat kat hati nak mendaftar Haji memang dah lama cumanya duit kat Tabung Haji tuh tak pernah cukup untuk mendaftar.

Even though banyak je saluran untuk mendaftar Haji dok ada macam kat kaunter Bank Rakyat/Bank Islam & mesin ATM Bank Rakyat/Bank Islam/Maybank, isu nak menyediakan RM1300 itu la permasalah besarnya huhuhuhuhu.

Baru tahun nih den tau boleh mendaftar untuk pergi Haji menggunakan simpanan KWSP padahal kemudahan nih dah diperkenalkan sejak tahun 2012.

Alhamdulillah ada la option yang ada untuk den & buong untuk mendaftar Haji.

So kitaorang bawa buku simpanan Tabung Haji, myKad & salinan penyata simpanan KWSP ke kaunter Tabung Haji.

Sekejap je urusannya rupa-rupanya. Tak sampai 10 minit, den & buong dah mendaftar untuk pergi Haji & dapat print out tarikh yang dijangkakan kitaorang dapat pergi tuh.

Kalo ikut print out tuh, kitaorang akan dapat pergi Haji pada tahun 2065. Masa tuh in sya Allah kalo panjang umur, kitaorang dah umur dalam 87 tahun heehehehehee.

Pegawai Tabung Haji tuh koba kat kitaorang, kalo duit dalam simpanan Tabung Haji dah mencukupi untuk pergi Haji, boleh kemukakan surat rayuan untuk dipertimbangkan supaya dapat pergi Haji sebelum tahun yang telah dibagi.

So antara checklist yang perlu disettlekan di dalam hidup kitaorang adalah menyediakan duit yang cukup untuk menunaikan Haji.
sumber fb Tabung Haji

0 Comments