Chewah......tajuk tak menahan kan?
 
Sebut-sebut pasal PhD nih, teringat plak discussion masa lunch dengan buong satu ketika dulu (dalam 4,5 bulan lepas) dia dok suruh buat PhD. Dia tuh beriya-iya suruh den sambung blajo. Den layankan je la dia nyembang. 

Sebenar-benarnya den adalah sangat malas nak blajo. Den pun sangat tak sure den nih up to the challenge ke nak buat PhD coz bukan calang-calang orang yg mampu melaluinya. Maybe one of these days I will look into the possibility to seriously consider whether I want to do the PhD.

Antara perkara yg harus dipertimbangkan adalah:

1. rajin sangat ke den nih nk buat PhD - nih adalah perkara pokok utama yang perlu den perhalusi dan fikir semasak-masaknya supaya tak menyesal di kemudian hari. Tak nak la buat keje separuh jalan, etc coz lepas lebih 15 tahun meninggalkan hal-hal berkaitan blajo dan tesis nih, tahap kemalasan den adalah melebihi tahap kuasa Dewata Raya;

2. niat/tujuan den nk buat PhD - nk menambah ilmu (clich√© sangat kan), nak jadi lecturer di kemudian hari (coz smpi masa akan bosan gila dgn keje sekarang, etc), mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat (cam la lapang sangat masa den ye), saja menggatai tengkok (dengki kat orang yg dok sakan buat PhD, berangan nk gak gelaran Dr walo pun idok la layak hahaahhaa), etc;

3. duit - rajin ke den nak memohon biasiswa by JPA, MARA, atau ape-ape agencies yg tawarkan loan. Kalo tak dapat loan, kat celah mana nak korek duit nk bayo yuran pengajian walo pun ianye nanti bley ditolak untuk kiraan cukai LHDN;

4. masa - masa yang dok ada sekupang dua kat umah tuh la nak spend dengan budak-budak, layan depa main, etc, , tengok dvds/vcds, baca buku, kemas umah dan masak sekupang dua, etc. So tatau kat celah mana la den nak luangkan masa membuat PhD tuh. Adakah masa waktu dinihari bila budak-budak dah tidoq (kul 12am ke atas), waktu lunch masa waktu keje, lepas office hour sementara tunggu nk balik rumah, waktu mesyuarat boring yang rasa nak tertidoq, etc;

5. semangat juang - ada semangat dan larat ke den nih nak membuat PhD nih. Umoq dah nak masuk 38 tahun kot next year. Larat ke den nih nak mengharungi semua perkara berkaitan PhD nih:

a) nak buat proposal - nak buat proposal lawatan berjimba-jimbaan ke mana-mana pun den dah sesak napas, nih kan pulak nak buat proposal hal-hal keilmuan dan ilmiah. Memang ntah la;

b) nak study buku rujukannye, tesis-tesis terdahulu, journals, etc - nak membaca reports yang kontraktor & consultants dok anto nih pun den dah malas nk mampoih; 

c) nak pilih supervisor & co-supervisor - sapa la yang sudi nak amik den jadi orang yang diselia coz depa haruslah sangat sudi membantu dan memberi tunjuk ajar pada den berkupang-kupang tanpa membuat den rasa cam nak bunuh diaorang atau diaorang rasa nak bunuh den;

d) buat eksperimen/analisis - den dah la sangat malas pengsan nak masuk lab buat eksperiman, nak ngadap computer buat analisis lagi la menyakitkan jiwa, nak buat modelling lagi la, etc;

e) nak menulis PhD tuh sendiri - nak tulis tesis dalam BM pun rasanya dah cukup terseksa jiwa raga. Kalo berangan nak tulis tesis dalam BI memang matik la. Degree dan master den dalam BM…tuh pn dibuat 15 tahun lepas, penulisan dan percakapan den selama 38 tahun den hidup kat muka bumi nih adalah BM. English den adalah sangat melingkup tahap cipan…speaking ke writing ke sama je tahap hampehnye. So camne la gamaknye den nk menulis dalam BI nih. Berangan takmo kalah ye. Nak tulis tesis in English konon;

f) nak menyiapkan mental, emosi dan fizikal membentangkan tesis dan menghadapi hentaman dan kritikan masa viva - den nih dah la memang phobia nak bercakap-cakap kat depan orang apatah lagi nak mempertahankan kajian yang den buat di depan experts yang tau banyak sangat perkara daripada den; etc.

6) Tajuk PhD - nak buat PhD tentang apa? Adakah something related dengan keje den sekarang? Den rasa kalo buat tesis pasal gossip artis antarabangsa, haruslah cemerlang. Tesis ilmiah nih memang la tak dapat terfikir lagi apa yang den nak buat.

Menulis perkara-perkara yang den perlu pertimbangkan sebelum decide nak buat PhD pun dah cukup stress dan mengerikan den. Lagi ngeri daripada tugasan Frodo membawa cincin nak dibuang ke dalam api Modor. At least Frodo ada Fellowship of The Ring, si Sam yg teman dia, tugasan yang susah tuh pun amik masa 13 bulan nak settle. So camne la gamaknye nak buat PhD…a very long journey...alone plak tuh...adoi la.

So den nak pikiaq habis-habisan pasal PhD nih dalam tahun 2016 nih. Ape kejadahnye ye nak memikir pun nak amik masa sampai setahun. Toksah dok cakap la pasal PhD nih kan. Nyampah pulak rasanya nak pikir pun amik masa sampai setahun hahahhhaa. Den perlu cukup masa untuk pikir masak-masak supaya decision den tak akan menyebabkan den ketensionan & menyesal di kemudian hari.

0 Comments