Masa den melepak kat bilik member den kat opis mendownload movies sekupang dua a few months ago, den sempat menghabiskan buku kat atas meja dia tuh dalam masa 30 minit…cemerlang tak den..hahahha…

Jarang benor den baca buku-buku ilmiah. Dah memang rejki den gamaknya nak dapat peluang membaca ari tuh. 

Kesimpulan daripada buku tuh, untuk menjemput rejki hendaklah menjadi hamba Allah yang bertaqwa…buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang gittew summary nye. 

Antara tips untuk menjemput rejeki:

1. Solat 5 waktu cukup;
2. Solat dhuha;
3. Solat tahajud;
4. Banyakkan sedekah;
5. Banyakkan baca Al-Quran especially Surah Al-Waqiah;
6. Banyakkan berzikir; dan
7. Sentiasa berdoa.

Camtuh la kesimpulannya untuk menjemput rezeki kerana rezeki lebih mudah dijemput daripada mencari rezeki. InsyaAllah akan cuba diusahakan dan dipraktikkan.

Dalam buku nih ada disebut tentang buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman oleh Prof. Muhd. Kamil. Member den kata antara buku yang best. So in sya Allah ada rejki nanti den nak beli buku nih.
sumber google

0 Comments