Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan March 2021 menyaksikan telah setahun pandemik Covid19 membelenggu seluruh dunia termasuk Malaysia dan penyelesaian kepada pandemik ini masih samar-samar cuma kebanyakan Negara telah mulai menerima bekalan vaksin dan di dalam fasa untuk memberikan suntikan vaksin kepada rakyat mereka termasuk Malaysia.

Walaupun belum tahu bila giliran untuk mendapatkan vaksin, kehidupan masih perlu diteruskan sebaiknya.

Hari pertama di bulan March ini juga bermula persekolahan bagi tahun 2021 walaupun ada pelbagai isu yang dibahaskan di sini seperti bilangan kes masih tinggi kenapa sekolah dibuka, ibu bapa baru sahaja membeli gajet untuk pembelajaran dari rumah udah hendak kena membeli pakaian seragam sekolah pula dan sebagainya. Memang pening-pening lalat semuanya baik daripada Kerajaan, guru, ibu bapa dan anak-anak.

Bulan Mac ini rasanya akan lebih difokuskan untuk beradaptasi dengan persekolahan anak-anak. Satu fasa baru di dalam hidup den dan keluarga.

Untuk Negeri yang masih di dalam fasa PKP seperti Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, marilah kita sama-sama menantikan samada PKP akan dilanjutkan atau ditamatkan pada 4 Mac ini.

Harapnya den dapat terus mencoret di blog ini sebab aura blogging slump macam sedang melambai-lambai huhuhuhuhuhu.

Semoga Mac akan menjadi bulan yang lebih baik daripada bulan sebelumnya.

2 Comments

  1. moga akan terus menulis entri2 menarik di masa akn datang..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah doakan ksarie rajin ye huhuhuhuhu

      Delete