Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Muar Mural Street (Muar Cultural Walk) - Hauslah Café - Foodcourt Maharani - Hotel Elite Muar

Kami bertiga bergerak ke Muar selepas Zohor kerana paginya den ada mesyuarat huhuhuhuhu. Itulah kehidupan kan? Kita layan selagi mampu ye.

Disebabkan gerak pun petang makanya memang tidak dapat pergi ke banyak tempat.

Muar merupakan bandar kenangan untuk den sebab den pernah duduk di sini selama 2 tahun semasa belajar di MRSM Muar. Ingatkan hendak singgah ambil gambar di depan pintu masuk MRSM tapi terlupa la pulanya huhuhuhuhu.

Kami terus bergambar sakan di Muar Mural Street. Walaupun tidak semua kawasan mural kami jelajah tetapi memang jenuh la juganya berposing di sana sini hehehehehe.

Ingatkan hendak lepak minum di Hauslah Café tetapi tidak boleh dine in makanya kami tapau je minuman dan pergi makan malam awal di kawasan Maharani Foodcourt.

Lepas mengambil gambar di Gerbang Mahkota (Crown of Sultan Johor) di Muar daripada kejauhan (gambar pun kabur-kabur sebab zoom in je) sebab masing-masing telah keletihan dan kekenyangan, kami terus check in di Elite Hotel.

Selesai hari pertama di Muar.

0 Comments