Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hotel yang berdekatan dengan roundabout yang mempunyai Gerbang Mahkota (Crown of Sultan Johor).

Hotel yang ringkas, bersih dan kemas dan sangat sesuai untuk melelapkan mata selepas seharian berjalan-jalan di Muar Mural Street.

Cumanya hotel ini tiada lif. Jadi kalau untuk keluarga dengan anak kecil atau warga emas memang agak jenuh sikit hendak naik tangga. Kalau mereka yang perlu bawa beg tarik untuk pilih baju yang sesuai untuk OOTD keesokan harinya pun tidak sesuai duduk di hotel ini sebab jenuh hendak mengangkut beg naik tangga nun ha.

Kalau korang sempoi macam kami bertiga yang boleh je keluarkan baju apa hendak pakai esok dan barang-barang lain yang diperlukan lalu menyumbatkannya dalam beg lain yang boleh digalas, hotel ini direkomendasi kepada korang.

Bilik hotel just nice sesuai untuk kami bertiga walaupun tersempit la sikit sebab katilnya satu sahaja hehehehehee.


0 Comments