In sya Allah bahagian terakhir tentang pameran Rehlah Nabawiyyah.

Segmen 12 - Peristiwa Israk dan Mikraj

Tayangan video tentang Peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Rasa takut dan ngeri sangat bila tengok video gambaran neraka walaupun hanya ditunjuk secebis tak sampai 2 minit dalam bentuk kartun 3D.

Segmen 13 - Gua Thur

Sama macam di Gua Hira’ budak-budak sakan masuk keluar Gua Thur semasa tour guide menceritakan peristiwa Gua Thur. 
Perlu perhati lebih sikit anak-anak di sini sebab ada replika sarang labah-labah dan burung merpati, nanti tak perasan disauk pula oleh depa huhuhuhuhu.

Segmen 14 - Hijrah

Senarai tokoh-tokoh penting dalam penghijrahan Rasulullah SAW, kisah pertemuan dengan Suraqah binti Malik, khemah dan kambing Ummu Maabad.
Dah ada cerita kambing Ummu Maabad, makanya ada la replika kambing di sini. Tour guide jenuh pesan anak-anak jangan naik atas kambing ini sebab dia kata ada replika kambing yang telah rosak sebab budak-budak naik duduk atas kambing itu.
Segmen 15 - Kebun Tamar

Ruang pameran yang dihiasi dengan gambar pokok-pokok tamar.
Segmen 16 - Rumah Aishah RA

Replika rumah yang den tak sempat nak ambil gambar pun sebab melayankan budak-budak melompat.
Segmen 17 - Masjid Nabawi

Terdapat replika 6 tiang tamar dan mimbar masjid yang pertama di dunia di dalam replika Masjid Nabawi ini.
Den tidak pernah tau langsung pasal 6 tiang dan Mehrab Nabi yang terdapat di dalam Masjid Nabawi.

Bila den cari maklumat pasal 6 tiang ini, baru lah den tahu yang kita (kalau berkesempatan) perlu berusaha bersolat dan berdoa di 6 tiang ini dan Mehrab Nabi apabila kita pergi ke Masjid Nabawi.


Segmen 18 - Masjid Quba’

Replika masjid pertama yang dibina di dalam sejarah Islam yang mengambil masa 4 hari untuk disiapkan oleh Rasulullah SAW bersama Khalifah Abu Bakar RA dan penduduk Madinah.
Segmen 19 - Ruang Informasi

Maklumat Kaum Muhajirin dan Ansar, Piagam Madinah, Perjanjian Aqabah, gambar 38 jenis tamar yang terdapat di Madinah (ada tamar nama Sari ye), model masjid, rumah, etc dalam skala kecil.
Segmen 20 - Laluan ke Tingkat Atas

Laluan yang membuatkan den berasa macam berada di Bifrost Bridge dalam movie Thor hehehehhee.
Segmen 21 - Empat Panglima Islam Terhebat

Maklumat ringkas tentang Khalid bin Al-Walid, Hamzah bin Abdul Muttalib, Abu Sufyan dan Wahsyi bin Harb.
Replika pedang Khalid bin Al-Walid dan pedang Dhu Al-Faqar, busur Rasulullah SAW.
Maklumat infografik perang Uhud, Badar dan Khandaq.

Segmen 22 - Tayangan Video Keindahan Islam

Video oleh Ustaz Don Danial dalam 10 - 15 minit.

Segmen 23 - Miniatur Perang

Peta lokasi peperangan dan susunan barisan tentera serta maklumat bagi Perang Badar, Uhud dan Khandaq.
Di sini juga diceritakan tentang Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW dan kewafatan Baginda.
Segmen 24 - Reruai Gambar (Photo Booth)

Ruang yang terakhir sebelum lawatan ditamatkan. Ada replika unta yang budak-budak boleh naik duduk di atasnya untuk bergambar. Seronok anak-anak naik duduk atas unta ini sampai dipaksa baru nak balik. Haish.
Bilik Relic (Relic Room)

Tour guide bagitau sekiranya lawatan disertai oleh 15 orang dewasa, kita boleh membuat permohonan bertulis (surat) melalui email untuk melihat barang-barang pameran di relic room yang menempatkan cebisan capal dan janggut Rasulullah serta beberapa replika pedang dan lain-lain. Den tak beberapa dengar sangat pasal maklumat barang-barang dalam relic room ini sebab sakan mempesoh budak-budak berlari ke hulu ke hilir. Nak dicubit laju sangat depa lari tak sempat nak tangkap.

Kesimpulan Lawatan ke Pameran Rehlah Nabawiyyah

1. Bagi den yang memang tidak baca pasal sirah Rasulullah SAW, jarang ke majlis ilmu, tidak pernah menunaikan umrah apatah lagi Haji, etc, pameran ini sangat terkesan di hati den. Banyak sirah Nabi Muhammad SAW yang den nak kena baca dan hayati. Banyak la yang nak kena buat sebenarnya.

2. Den tidak pasti samada beberapa fact checks perlu dibuat semula untuk pastikan semua fakta yang disampaikan adalah sahih dan jelas supaya tidak mengelirukan lagi-lagi kepada orang yang memang tidak tahu sangat pasal sirah Rasulullah SAW macam den nih ha. 

3. Pameran Rehlah Nabawiyyah ini dimaklumkan bukan kekal buat selama-lamanya di Shah Alam (setakat ini). Jadinya sementara pameran ini masih ada marilah kita beramai-ramai berkunjung ke pameran ini ye. In sya Allah memang berbaloi.

4. Mungkin pihak pengurusan Rehlah Nabawiyyah boleh mempromosikan pameran ini dengan lebih mantap supaya lebih ramai yang sedar tentang kewujudan pameran yang hebat dan berfakta ini. 

Kalau ditengok pada last update di media sosial, FB page Rehlah Nabawiyyah Februari 2019, Instagram Mac 2019 dan website Rehlah Nabawiyyah 2018.

Sayang tempat hebat dan sangat bermanfaat tetapi agak kurang promosi.

Boleh tengok video kami di sini ye   https://youtu.be/xZDh59IwOIE

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pameran Rehlah Nabawiyyah, boleh layari:





Waktu Operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari)

Alamat: Seksyen 10, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor
40100 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5511 9001 


Boleh baca tentang pameran Rehlah Nabawiyyah:


2 Comments

  1. banyak boleh belajar ttg sejarah Rasulullah di sini. Pasti sy akan ke sana bila ke Shah Alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masukkan dalam agenda Abam Kie kalau datang ke Shah Alam ye

      Delete