Selera Senibong Seafood, Johor Bharu

Dah alang-alang berjimba kita makan sedap la gitu ye. 

Ada gugusan deretan restoran seafood di Senibong ni. 
Kitaorang buat keputusan makan kat restoran yang pertama yang korang akan nampak kalau korang ke sini iaitu Selera Senibong Seafood.

Masa kitaorang pergi tuh, restoran ni yang paling banyak pilihan seafood nya sampai kitaorang jadi terkesima lalu pesan pelbagai jenis seafoods yang menyebabkan perut kitaorang segah teruk nak menghabiskan semua makanan huhuhuhu.
Korang tengok ye gambar-gambar seafood yang sempat den rakamkan ye.

Seafood yang kitaorang makan memang fresh.
Harga untuk semua hidangan (ikan kerapu, 2 ketam, 6 udang, kerang, kangkung belacan, sepinggan buah-buahan, nasi dan 4 jenis air buah) yang membuatkan den naik 2 kg dalam sekelipan mata ni adalah RM 237.

Rasa sedap je la macam seafood kat restoran seafood lain.

Yang specialnya adalah makan seafood sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, di tepi laut dan  menikmati pemandangan lampu-lampu bekerlipan di Singapura dari kejauhan.
Ada surau dekat kawasan restoran di Senibong ni.

Kat depan restoran, ada deretan kedai yang menjual pelbagai cenderamata, baju, mainan, etc.

Tak tau sebab den dah tua ke apa, den rasa semua seafood yang den makan akhir-akhir ni sepesen je rasanya. Memang sedap tapi camtuh la dia. Maksudnya rasa seafood di JB sama je dengan rasa seafood di Melaka gitu.

Kalau korang dah ada kat JB ni boleh je la makan seafood di sini k.

4 comments:

  1. Terliur tengok. Ketam tu masak apa ye?

    ReplyDelete
  2. sedap semuanya. rambang mata dibuatnya. cuma bila dah tua ni x boleh mkn seafood sgt esp udang, ketam, udang n sotong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...seafoods ni antara penyumbang gout ni kan. Sedap sangat tapi kena makan berpada-pada

      Delete

Powered by Blogger.