BookXcess Gurney Paragon Mall, Georgetown, Pulau Pinang

Satu ayat yang paling tepat dan sesuai untuk tempat ni adalah ianya ‘Heaven For Book Lovers’.

Sejak-sejak den tau tentang kewujudan Book Xcess di Gurney Paragon Mall awal tahun ni, den memang terkinja-kinja nak pergi dan memang dah berazam kalau terjejak kaki ke Penang wajib singgah ke sini walaupun seminit jua.
BookXcess di Gurney Paragon Mall terletak di tingkat 7 dan 8 yang merupakan BookXcess paling besar setakat ini. So korang boleh imagine la berapa banyak buku dok ada kat sini. Serious banyak gila.

Berenyut-renyut buku pelbagai genre. Check.
Ruang untuk membaca yang santai. Check. 

Ada ruang membaca yang tersorok. Ada ruang membaca mengadap pemandangan laut. Ada juga ruang untuk kanak-kanak membaca sambil bergelinjangan.
Cafe yang menyediakan mouth watering desserts dan aneka kopi hipster. Check.

Ada 2 buah cafe disediakan (sebuah cafe di setiap tingkat). 

Tempat duduk di cafe yang mengadap pemandangan cantik. Check. 

Having dessert with a cup of coffee while reading a great book with a view gittew. Pemandangan laut. Memang superb.
Susunan buku yang memang mengundang rasa nak lepak dari mula kedai buka sampai kedai tutup. Check.

Buku di sana sini. Buku disusun sehingga ke siling kedai. Gugusan buku di kawasan island. Buku di tepi tangga. Buku di atas pintu gerbang laluan. 
Meaningful quotes by superheroes and famous people. Check.
One of my favourite character
My kind of happy place.

Disebabkan mengejar masa makanya tak boleh berlama-lamaan kat sini.

In sya Allah akan cuba datang lagi ke sini di masa akan datang dengan harapan dapat habiskan masa paling kurang half day di sini termasuklah makan desserts yang nampak sedap-sedap tuh.
Dah alang-alang dapat singgah biar sebentar cuma di BookXcess Gurney Paragon tuh, haruslah juga sambar seketul dua buku hehehehehehe.

Hati terpaut dekat box set 10 buah buku karya Paulo Coelho.
Paulo Coelho ni terkenal dengan buku The Alchemist.

Harga box set ni RM179.00 tapi disebabkan den ada membership dengan BookXcess dapat la 10% discount. So den bayar RM161.91 untuk 10 buah buku baru. Sebuah buku baru jatuh RM 16.19. Not bad eh.

Si F of course la sauk buku pasal dinosaurs.
A yang merupakan peminat tegar superheroes ambil buku Spiderman asbab ada labah-labah yang boleh glow in the dark pada buku tuh.
So korang kalau dah ke Georgetown tuh wajib ke singgah ke BookXcess di Gurney Paragon Mall ni. Kalau pun korang bukan peminat buku, korang wajib juga ke sini untuk ambil bau kedai buku yang wow dan lepak minum di café sambil tengok pemandangan cantik.

Lokasi: 163D-7.06-7.16 & L8.02-8.-5, Gurney Paragon, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam setiap hari. 

Telefon: 04-2950152

2 comments:

  1. Wow, Dua tingkat. I selalu pergi cawangan Tamarind Square Cyber. I kalo ke Bookxcess ni,suka cari children's book. Rambang sangat mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi mana-mana cawangan BookXcess memang tak pernah tak rambang mata kan hehehehehehehe

      Delete

Powered by Blogger.