1. Bawa botol air spare sebab toilet di airport takde hos. Toilet di RR ke Halong Bay masa trip kitaorang nih diikat pula, maka still kena ambil air di sinki.

2. Pilih hotel di kawasan Old Quarter sebab senang nak cari makan, dekat dengan tasik, pelbagai kedai kopi, pasar malam, etc. Mana-mana hotel di Old Quarter adalah penginapan terbaik di Hanoi (berdasarkan maklumat daripada pelbagai blog) sebab lokasinya agak dekat dan boleh berjalan kaki untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Hanoi seperti pasar malam, tempat shopping Cho Dong Xuan, pelbagai kedai kopi termasuk Giang Coffee, Hoan Kiem Lake, red bridge, pelbagai kedai makan seperti Little India Restaurant, kedai sebelah masjid Al Noor Mosque, Cosiana Hotel, pelbagai kedai tour agency, Hanoi Train Street, etc.

3. Bawa air mineral dari hotel utk Halong Bay trip sebab lunch yang disediakan tidak termasuk air minuman (pelik betul la kan pakej ni). Ada je la air dijual di atas kapal tuh cuma regenya la mahal sikit. 1 tin coke 20,000D. Sama juga trip ke Hoa Lu - Tam Coc and Hang Mua. Ada je la tour pakej bagi sebotol air mineral botol kecil sepanjang trip. Takut tak cukup je.

4. Survey pakej tour dengan bersungguh ye. Bersepah je travel agents yg tawarkan pakej di area Old Quarter tuh. Make sure kalau bayar 45USD dapat pakej bas + kapal + lunch + kayaking@bamboo boat + cave hiking + melepak di satu pantai yg tidak den tahu namanya.

5. Perlu berada di kawasan Hanoi train street at least pukul 2 petang untuk catch train at 230 pm. Kalau terlepas masa ni, tunggu train at 330 pm k. Serious gambar-gambar kat sini cantik. Instagram worthy katanya.

6. Hanoi nih bukan shopping heaven di Vietnam. Ianya lebih kepada menghayati keindahan alam dan bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan sambil minum kopi. Shopping heaven di Vietnam tetap la di Ho Chi Minh @ Saigon. However (tak tau kenapa sebut perkataan ni den selalu teringat kat Voldermort padahal perkataan biasa je kot), souvenir yang den rasa wajib dibeli di sini adalah kopi Vietnam sebab kopi diaorang adalah yang kedua terbaik di dunia kan. Even dalam movie Men In Black, masa Will Smith baru nk direkrut utk jadi ejen J, agent K (Tommie Lee Jones) tanya kat aliens kopi apa yang diaorang minum. Aliens tuh cakap Vietnamese Cinnamon coffee. Punya la glamour kopi Vietnam nih sampai diabadikan di dalam movie.

7. Kedai makanan halal adalah kedai sebelah masjid Al Noor Mosque, makanan india (Little India Restaurant dan Namaste Restaurant), Cosiana Hotel, etc yang bolehlah disiasat melalui pakcik Google. 

8. Ada banyak gila kedai kopi di Hanoi ni tapi antara yang popular adalah Giang Coffee. Sila minum egg coffee di sini.

9. Bila beli kopi sebagai souvenir di mana-mana kedai pun, make sure kita beli serbuk kopi ye sebab ada kopi yang den beli dalam bentuk biji. Jenuh oiii nak rendam biji kopi tuh sebelum dapat dibancuh.

10. Hati mau kental nak melintas jalan kat sini. Walaupun ada lampu isyarat, motosikal kat sini mai jalan je ikut dan diaorang tapi in sya Allah diaorang telah dilatih untnk elakkan pejalan kaki yang melintas tapi still la pandang kiri kanan ye.

11. Tips macam dah jadi a must pula di sini. Mungkin den yang tak biasa berjalan yang melibatkan tips nih kan. So kena sediakan paling kurang 50,000VD utk bagi tips setiap pendayung sampan, crews bot yang kita naik untuk Halong Bay trip, pemandu bas, etc.

12. Kalau nak beli souvenirs yang paling murah den rasa di pasar malam di Old Quarter pada malam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Souvenirs yang boleh ditemui di pasar malam adalah keychains, fridge magnets, purse or sling bag dan tshirts (yang den jumpa la). Tak jumpa pula bags kipling dan deuter dijual di pasar malam masa den pergi tuh.

13. Kain cotton di pasar tidak la semurah di Bandung, Jakarta n Ho Chi Minh. Beza di dalam RM12-15 juga la untuk 4 m tapi boleh je la beli sepasang dua untuk kenangan. Den rasa tidak sesuai beli kain cotton kat sini kalau nak buat meniaga.

Sediakan stamina untuk berjalan ke hulu ke hilir di sini ye.

Sebenarnya macam sayang plak tak tie in visit to Sapa dalam sesi berjimbaan ke Hanoi nih cumanya Sapa tuh perlu at least 2 hari 1 malam kat sana sebab travelling nye jauh kemain samada naik bas atau train. Tour guide kata naik bas lagi better. Nampak gayanya kena datang Hanoi lagi nih sebab nak ke Sapa plak hehehehhehee.

Kalau den ambil darah utk ujian kolesterol lepas balik dari Hanoi hari tuh sure result den cantik sbb sakan berjalan, berbasikal & hiking bagai + makan banyak sayur hehehehhee.

Alhamdulillah di hari terakhir pada bulan Julai 2018 siap juga coretan ringkas tentang sesi berjimbaan 4 hari 3 malam ke Hanoi selepas 3 bulan lebih trip nih berlangsung. Biasa la dah tua-tua nih nak mencari masa nak menulis, nak memikirkan ayat untuk karangan sempoi (walaupun bukan KBAT tetapi tetap jenuh k), nak cari mood, nak ingatkan kembali moments dalam trip tuh sebab dah lama berlalu, etc memang memakan masa yang panjang. 

Semoga perkongsian serba ringkas tentang trip ke Hanoi ni dapat membantu sekupang dua kepada sesiapa yang sedang merancang untuk ke sana.

2 Comments