Julai dah ye? How time flies right?

Walaupun hari-hari terawal Julai 2018 disambut dengan MC sebab severe migraine sampai muntah terbelahak rasa macam nak pengsan, den tetap mengharapkan hari-hari mendatang di dalam bulan Julai nih lebih baik, cemerlang, hebat, gemilang, terbilang, berbilang-bilang, etc.

So what are in store for July 2018?

1. Sesi menambah berat badan dan meningkatkan kadar kolesterol dengan menghadiri pelbagai jamuan raya. Banyak je jemputan tapi den pergi mana yang terajin je la.

2. In sya Allah akan celebrate birthday F yang ke 8 pada 8 Julai nih. Dia kalut nak sambut dengan kawan-kawan kat sekolah. Kena la mama layankan cari kek, goodies, food, etc. Dah la mama malas kan? Bercinta betul rasanya.

3. Nak cuba sedaya upaya nak menghabiskan penceritaan tentang sesi berjimbaan di Hanoi selama 4 hari 3 malam yang telah hampir 3 bulan berlalu. Haishhh…So in sya Allah den akan cuba siapkan sebelum Ogos ye hehehehehhe.

4. Akan cuba selesaikan books reviews yang dah masuk 5 buah buku tuh huhuhuhuhu.

5. Nak cuba mengekalkan momentum membaca at least 2 buah buku pada bulan ni.

4. Nak mula berzumba semula sebab dah lama gila tinggal zumba nih even sebelum masuk Ramadhan. Sure pancit meletops bila mula semula nanti. Haish.

6. Kena mula mengganti puasa at least 2 hari sebulan supaya den dapat ganti semua puasa sebelum Ramadhan 2019 huhuhuhuhuhu.

7. Nak kena menabung untuk buat korban through EZQurban.

8. Nak kena menabung dengan sakannya untuk bagi trip bulan September nih plak.

9. Nak kena tukar airbags kereta supaya boleh renew road tax dan insurance.

10. Si F ada taekwando grading stuff. Semoga berjaya la hendaknya.

11. Nak daftar A untuk tadika pada 2019. Semoga dapat la tadika yang telah dihajatkan sekian lama. Dah la sepelaung dari rumah, murah plak tuh hehehehehehe.

12. Hopefully urusan berkaitan bank tuh ada progress la paling kurang 80%.

Tuh baru senarai personal. Senarai tentang kerja memang usah ditanya la sebab semedang je la ada benda yang nak kena buat.

Semoga Allah permudahkan semua urusan kita di bulan Julai ni nanti ye.

Lets have a blast July yar.

0 Comments