Filem tahun 2017 nih merupakan antara filem yang meraih kutipan tertinggi sepanjang masa gittew. Den baru tengok movie nih minggu lepas. Ketinggalan keretapi sungguh den nih.

Movie Hindustan yang serious best. Bagi den movie nih boleh den kategorikan di dalam league yang sama dengan movie 3 Idiots. 
Serious cerita nih best. Cerita parenting yang penuh pengajaran tapi memang banyak scenes kelakar yang tidak dibuat-buat dan scenes yang menyentuh perasaan.

Nih cerita reality. Bukan macam cerita Kuch Kuch Hota Hai camtuh. Bukan typical hindi movie yang menyanyi keliling pokok, dalam hujan, etc. Rasanya kebanyakan ibu bapa memang boleh relate la dengan cerita nih.

Movie nih memfokuskan kepada usaha ibu dan bapa bagi memastikan anaknya mendapat pendidikan yang terbaik. Mak ayah nih sanggup buat apa sahaja, pindah rumah, tukar penampilan, menipu, etc bagi memastikan hasrat mereka nih terlaksana.

Movie nih lebih kurang sama sedikit sebanyak jalan ceritanya dengan drama series Tiger Mum.

Adoi la dah bercerita panjang baru nak cerita pasal synopsis movie nih. 

Raj Batra lakonan mantop Irrfan Khan (dia nih berlakon mana pernah tak bestnya baik filem Bollywood atau Hollywood) adalah merupakan seorang pemilik butik kain dan pakaian yang kaya kayak yang tinggal bersama keluarganya (seorang isteri yang cantik, Mita dan seorang anak perempuan berumur 5 tahun bernama Piya) di Candni Chowk, Delhi.

Mita pujuk Raj untuk pindah ke Vasant Vihar (kawasan perumahan orang hado-hado @ kaya kayak) bagi memastikan diaorang layak untuk memohon masuk sekolah terhebat Delhi Grammar School.

Diaorang siap lantik juruperunding untuk siapsiagakan diaorang bagi sesi interview untuk 5 top schools yang diaorang nak si Piya tuh masuk. Si Piya tuh of course la kena buat latihan macam-macam jugak. Nih memang banyak scenes yang kelakar especially masa si Raj dan Mita make over pakaian depa. Diaorang pakai semua barang berjenama in one go sampai consultant tuh cakap ‘orang kaya tak pakai menunjuk macam nih, less is better’.
Sakan tau depa melaram dengan branded stuff in one go.
Bila diaorang gagal dalam interview, si Raj nih terjebak pula dalam sindiket pemalsuan dokumen bagi membolehkan anak dia masuk sekolah tuh melalui kuota orang miskin iaitu Right To Education (RTE) quota. Sekali sindiket tuh yang telah beroperasi selama 7 tahun terbongkar plak dah. Serious kelakar masa nih k.

Nak tak nak supaya tak kantoi disebabkan diaorang dah submit alamat di kawasan perumahan miskin dalam borang permohonan masuk sekolah tuh, nak tak nak si Raj dan Mita terpaksalah hidup di kawasan perumahan miskin tegar. Kat sini pun banyak scenes kelakar macam masa nak tidur ada tikus berlari-lari, etc.

Di kawasan perumahan miskin tegar nih, jiran diaorang iaitu Shyam dan isterinya Tulsi membantu si Raj dan Mita menyesuaikan diri dengan persekitaran orang miskin. Si Shyam nih ada seorang anak lelaki nama Mohan yang turut apply nak masuk ke Delhi Grammar School melalui kuota RTE. Memang baik la si Shyam nih sampai sanggup biar diri dia dilanggar bagi mendapatkan duit untuk si Raj nih daftarkan si Pia padahal si Raj tuh duit berkepuk-kepuk je la.

Memang banyak scenes kelakar dan menyentuh hati masa si Raj dan Mita duduk di kawasan perumahan miskin ni. Si Shyam dan isterinya tuh memang tulus hati la berkawan dengan diaorang, sanggup berkongsi makanan, gaji, etc walaupun diaorang pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Memang ada scenes yang boleh buat kita sebak la sebab jarang dah nak jumpa friendship yang macam nih. Si Piya dan Mohan berkawan, dok bermain ke hulu ke hilir kat sini.
Ada lagi ke friendship macam nih lagi pada zaman sekarang?
Si Piya dapat masuk ke Delhi Grammar School melalui kuota RTE berdasarkan cabutan undian tapi Mohan tak dapat. Masa nih si Raj dah rasa bersalah sangat sebab mengambil hak orang miskin.

Lepas Raj sekeluarga kembali ke rumah agam diaorang di Vasant Vihar, diaorang memberi sumbangan yang banyak kepada sekolah biasa di mana Mohan belajar (ala-ala nak timbal balik dengan rasa bersalah sebab dah ambil spot Mohan kat Delhi Grammar School tuh la lebih kurang).

Si Shyam yang sangat gembira tengok Mohan boleh berbahasa Inggeris jumpa pengetua sekolah untuk berterima kasih kepada penderma (si Raj) yang memperbaiki sekolah tuh.

So at last, si Shyam nih tau la yang Raj tuh menipu menjadi orang miskin untuk memastikan Piya memasuki Delhi Grammar School berdasarkan kuota RTE. Dia memang marah gila la tapi bila dia tengok terjumpa Piya, dia tak sampai hati nak report ke apa. Dia cakap kat Raj ‘Piya pun anak dia juga’. Serious sedih oooo masa scene nih.

Raj pun dengan rasa bersalah gila pergi jumpa pengetua Delhi Grammar School untuk keluarkan Piya dari sekolah tersebut dan nak pulangkan kembali spot Piya tuh kepada mereka yang sepatutnya berhak tapi Pengetua tak layan.

So akhirnya si Raj buat ucapan masa pertemuan pertama ibu bapa yang anak-anaknya berjaya masuk ke Delhi Grammar School pasal kekesalan dia merampas hak orang miskin, etc sebelum blah dari sekolah tuh.

Akhir sekali Raj and Mita hantar Piya ke sekolah kerajaan Hindi Medium di mana Mohan belajar. 

Serious movie nih best sangat k.

Antara scenes lain yang terkesan pada den selain daripada apa yang den ceritakan kat atas:

1. Masa consultant bawa Piya berjumpa budak-budak yang dah masuk nursery tuh, ada sorang budak tuh boleh membezakan TRex dan Stegosaurus. Sorang budak lagi boleh cakap Jerman. Si Piya nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star. Consultant tuh buat muka semacam. 

2. Consultant tuh cakap Piya ada banyak catch up yang perlu dibuat bila Mita persoalkan jadual pembelajaran yang ketat. Jadual penuh dengan berenang, piano, kelas bahasa, etc. Consultant cakap ‘parents booked me when they are in their first trimester’.

Dua scenes nih sebenarnya menceritakan tentang sistem pembelajaran sekarang. Ramai orang nak anak-anak diaorang unik, cemerlang, etc sampai kadang-kadang takde ruang untuk anak-anak tuh menikmati masa kanak-kanak diaorang. Rasanya ini yang ditekankan oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak sekarang nih. Let the children play and enjoy their childhood patutnya.

Tengok movie nih den teringat ada satu forum di mana salah sorang ahli jemputan forum tuh iaitu Dr Muhammed Abdul Khalid - yang menulis buku Antara Dua Darjat - tentang isu kemiskinan dan ketidaksamaan di Malaysia yang mengatakan Malaysia perlu memperbetulkan matlamat sekolah berasrama penuh yang mana sekarang kebanyakannya dipenuhi dengan anak-anak orang berduit. Sepatutnya sekolah berasrama penuh fokus dalam membantu golongan pelajar yang miskin dengan memberikan suasana pembelajaran yang kondusif.

Dalam movie nih juga ada menyentuh tentang keupayaan anak-anak orang miskin yang memasuki Delhi Grammar School melalui kuota RTE bersaing dengan anak-anak orang kaya yang sememangnya mempunyai kehidupan yang lebih baik sedangkan anak-anak orang miskin nih makan pun bercatu. 

Banyak lagi sebenarnya hujah Dr Muhammed Abdul Khalid yang den teringat bila tengok movie nih.

Movie nih adalah antara movie yang terbaik yang Bollywood pernah hasilkan. Serious superb. Walaupun diselang seli dengan eleman yang menyebabkan kita ketawa tapi pengajaran yang hendak disampaikan melalui movie nih memang sangat terkesan di hati.

5 stars untuk movie nih.

Den harap juga Irrfan Khan akan sembuh daripada penyakit neuroendocrine tumor yang dimaklumkan pada awal Mac 2018. Mamat nih berlakon memang meletops. One of the finest Bollywood actor. 

#Bila la gamaknya pembikin filem Malaysia nih mampu menghasilkan filem sebegini kan? Tak perlu special visual effect bagai, stuntman pun tak perlu (kecuali masa adegan Shyam dilanggar kereta la kot), tak perlu wardrobe yang kebabom, etc tapi ada pengajaran dan jalan cerita yang best.

0 Comments