The Shore Oceanarium Melaka

The Shore Oceanarium Melaka ni terletak di tingkat 2 di dalam The Shore Shopping Gallery. 

Kalau sesiapa yang meletakkan kereta di sekitar kawasan letak kereta terbuka di sekitar The Shore Oceanarium Melaka ni pastikan letak kupon letak kereta tuh ye supaya tidak disaman ye. Disebabkan tiket kupon tuh kena beli sebuku, makanya kena la kita datang ke Melaka lagi di kengdian hari ye hehhheehehe.

Disebabkan kitaorang pergi ke The Shore Oceanarium Melaka ni pada hari Sabtu dan cuti sekolah, makanya memang penuh la homo sapiens di situ yang boleh dikatakan hampir 90% adalah mak ayah yang membawa anak-anak termasuklah den ni ha.

Harga tiket untuk masuk ke The Shore Oceanarium Melaka setakat hari yang kitaorang pergi adalah seperti di bawah ye.

Kitaorang ambil tiket yang combo dewasa dan combo kanak-kanak di mana setiap seorang dapat cermin mata 3D serta kitaorang dapat 2 fridge magnet. Kitaorang tambah RM 10 untuk beli makanan ikan.

Kitaorang juga dibekalkan dengan sehelai kertas kuiz yang mengandungi 10 soalan berkaitan dengan hidupan yang terdapat di dalam oceanarium ni. Kitaorang dapat 4 helai kertas kuiz sebab bayar tiket untuk 4 orang. Adik manis kat kaunter tuh cakap, kalau dapat semua jawapan betul akan diberi cenderahati.

Mula-mula masuk ke sini kita akan berjumpa dengan kawasan yang menempatkan hidupan laut yang dibenarkan untuk dipegang seperti tapak sulaiman, ikan pari, anak ikan jerung, etc. Anak-anak den tuh semua acah berani je la. Si A je la pegang ikan pari. Si F langsung tak nak sentuh apa-apa pun.
Anak ikan jerung

Ada banyak seksyen pameran di dalam The Shore Oceanarium Melaka ni. Ada bahagian Freshwater Animals, River Terrapin, Seashells Museum, Shark Quest, Rainforest, Dangerous Marine Species, Ocean Life, Mangrove, Living Fossils, etc.

Ada pelbagai binatang dan tumbuhan serta maklumat yang berkaitan yang sebenarnya sangat bermanfaat dan menarik untuk dibaca tapi kalau dah bawa budak-budak ni kan, diaorang mana la heran nak membaca bagai ni. Diaorang lebih teruja nak tengok binatang tuh je.
Budak-budak dok sibuk tengok replika buaya
Dah boleh harap si F untuk ambil gambar mama
Tak pasti kenapa posing nya begini
Den baru tau yang Felda ada buat projek ikan sturgeon di Kuala Tahan pada 2015 yang telah terbengkalai yang melibatkan peruntukan RM 47 juta. Wow sangat kan?

Den sempat membaca beberapa maklumat je, tuh pun sebab den beriya-iya nak menjawab 10 soalan kuiz untuk dapat cenderahati tuh hehehehehehhe.
Mencabar minda juga ye soalan kuiznya ni

Kitaorang sempat tengok movie 3D sebanyak 2 kali berkenaan seekor anak penyu.
Den kongsikan gambar-gambar yang sempat den ambil di dalam The Shore Oceanarium Melaka ni.

Kitaorang dapat 4 keychains sebagai cenderahati berjaya menjawab soalan kuiz dengan cemerlang hehehehehe. Jenuh juga k nak menjawab soalan kuiz ni, makanya den kongsikan jawapannya di sini hehehehehe.

Di penghujung aquarium tuh, kita boleh bagi makan ikan dengan makanan yang kita dah beli dengan harga RM 10 tuh.

Laluan terakhir sebelum kita keluar dari tempat nih dah tentu la melalui kedai menjual pelbagai mainan dan cenderahati dan of course la ada poket yang akan tercedera di sini huhuhuhuhu.
Tengah sakan memilih apa nak paw mama mengikut limit harga yang mama dah tetapkan

Bagi den tempat ni memang menarik dan sangat berinformasi. Sesuai sangat untuk anak-anak. Kalau ada sekolah nak buat lawatan pun sesuai juga.

Buong cakap lepas ni dah tak payah tengok hidupan laut kat mana-mana aquarium dah sebab kitaorang boleh tengok ikan dalam aquarium kat Xian Long Aquatic di Seksyen 23 tuh setiap minggu tanpa bayaran.

Hampeh betul laki den tuh tau.

Kepada sesiapa yang berhajat nak datang ke sini, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di:

Waktu operasi : 10.30 pagi - 9 malam (setiap hari)

2 comments:

  1. waaa, best ! saya pun dah pergi sini. baru je pergi Jun 2019. jemput singgah di mekyunie.com untuk baca pengalaman saya ke The Shore Oceanarium Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best tempatnya. Kalau saya repeat Melaka in sya Allah nak datang lagi ke sini

      Delete

Powered by Blogger.