Movie yang diadaptasi daripada novel karya oleh Charles Martin ini hanya melibatkan dua (2) orang pelakon utama iaitu the delicious Idris Elba (ehem ehem) dan the ever always beautiful and talented Kate Winslet bagi 95% jalan ceritanya.

Penerbangan Kate Winslet (Alex) dan Idris Elba (Ben) ke Denver menggunakan penerbangan komersial terpaksa ditunda kerana keadaan ramalan cuaca akan berlakunya ribut. Disebabkan esoknya Alex akan berkahwin dan Ben perlu membuat satu pembedahan penting, makanya diaorang yang tidak mengenali antara satu sama lain terpaksa chartered small private plane ke Denver.

Semasa dalam penerbangan tersebut, pilot terkena stroke dan kapal terbang kecil itu akhirnya terhempas di pergunungan yang diliputi dengan salji tebal.

Pilot terkorban dalam kemalangan tersebut. Walaupun mengalami kecederaan, Ben, Alex dan anjing pilot tersebut terselamat.

Pada mulanya Ben dan Alex tidak sependapat tentang rancangan untuk survive. Ben nak tinggal di kawasan kapal terbang terhempas sehingga mereka diselamatkan tetapi Alex nak merayau mencari jalan keluar.

Setelah berkonflik sekupang dua, Alex dan Ben akhirnya bersetuju untuk bersama-sama merayau mencari jalan keluar.

Scenes yang mencemaskan adalah apabila Alex terjatuh dalam lubang ais dan kaki Ben tersepit di dalam perangkap beruang.

Scene yang tak dapat nak ditengok bersama kiddos adalah scene romantika antara Ben dan Alex.

Mereka akhirnya terselamat dan mendapatkan rawatan di hospital. Di hospital Ben berjumpa dengan Mark, tunang Alex. 

Alex tidak dapat meneruskan perkahwinannya dengan Alex sebab dia terkenangkan kenangan bersama Ben.

Alex dan Ben akhirnya bersama camtuh la.

Bagi den ceritanya biasa je pasal dua orang attractive people yang terpaksa bergantung antara satu sama lain untuk survive selepas kapal terbang yang mereka naiki terhempas. Disebabkan dah mengharungi pelbagai kesukaran bersama, secara tak sengaja diaorang terjatuh cinta (dah diaorang berdua je pun yang ada kat situ, apa lagi yang boleh dibuat selain survive, be there for each other dan falling in love iyo dok?).

Movie ni biasa-biasa je la bagi den. 

Yang membuatkan movie nih special adalah pelakonnya.

3.5 stars.
#Den pun akan tinggalkan Dermot Mulroney dan pilih Idris Elba….hehehehehehehe.
Choosing this guy
over this guy? ALWAYSSSS...hehehehehhee

0 Comments