Sekiranya keluarga yang mempunyai anak-anak di bawah umur 12 tahun yang masih suka dengan petting zoo, bolehlah menyinggah di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam kerana di sana ada satu kandang kecil yang menempatkan beberapa ekor arnab yang comel di mana anak-anak kita boleh memberi arnab-arnab tersebut makan lobak merah serta bermain dengan arnab-arnab tersebut.

Disebabkan Space U8 nih suasananya ala-ala hidup segan mati tak mau walaupun ianya cantik dan selesa, ianya memang sesuai untuk den sekeluarga yang nak beriadah tetapi tak nak bersesak-sesak dengan ramai orang.

Makanya memang heaven la anak-anak den bermain dengan arnab-arnab tuh selama hampir 2 jam sebab tak ramai orang kat sini.

Dengan bayaran RM 5 seorang, kita akan diberikan sebungkus hirisan carrot untuk dibagi makan kepada arnab-arnab yang comel tuh. Untuk tambahan hirisan carrot seterusnya, harganya adalah RM 1 sebungkus.

Sementara budak-budak bermain dengan arnab-arnab, den dan buong berehat-rehat kat kerusi yang disediakan di sekeliling air pancut yang terdapat di Space U8 ini. Kitaorang siap sempat makan laksa kat gerai yang terdapat berdekatan dengan very mini petting zoo for rabbits nih.

Arnab-arnab yang ada kat sini nampak bersih dan comel. Adik yang menjaga perniagaan ini memaklumkan bahawa kita boleh membeli arnab-arnab yang ada di sini dengan harga serendah RM 50 hingga RM 80 seekor bergantung kepada baka dan umur arnab tersebut.
Dah macam Snow White hang nih beramah mesra dengan binatang
Cemas dikejar arnab lepas carrot habis

Mini petting zoo for rabbits nih akan berada di Space U8 sehingga awal bulan Mac.
So untuk ibu bapa yang mencari aktiviti bagi mengisi masa lapang anak-anak kecil, bolehlah datang ke mini petting zoo for rabbits nih sebab harga untuk masuk ke sini adalah murah dan tiada ramai orang di sini.

Di samping itu, kiddos juga boleh bergambar dengan 4 replika iaitu T-Rex, dragon, Optimus Prime dan Bumblebee yang diperbuat daripada bahan kitar semula yang terdapat di sekitar kawasan air pancut di sini.


Kalau nak tengok movies kat Space U8 nih pun boleh juga sebab tak ramai orang yang menonton di MBO yang terdapat di sini.

Selamat berhujung minggu k.

0 Comments