Tropical Village Ayer Hitam

Lepas check out dari KSL Hotel, kitaorang teruih gerak ke tempat nih. Agak sesat barat tanpa waze & GPS. Tepon tempat nih sampai dua kali. Akhirnya sampai jugak kat sini di kala matahari masih tegak atas kepala.
Tempat nih sebenaqnya menarik untuk adults dan juga kanak-kanak cumanya certain kawasan tuh agak kurang diselenggara dengan baik. Mungkin sebab kawasan nih luas so budget untuk maintenance tuh agak tinggi.

Tempat nih buka dari 10 am sampai 630 petang. Tiket masuk untuk dewasa adalah RM 12 sorang. Untuk kiddos RM 8 sorang.

Kat taman nih ada banyak kawasan yang kita boleh explore. Ada dinosaurs park, taman mini tempat menarik dunia, mini zoo dan taman yang letakkan miniature characters daripada ceite kartun, superheroes, etc. Untuk bayaran tiket tuh kita bley pergi ke semua tempat nih.

Untuk naik basikal, berkanu, naik skuter kecik, main belon, etc ada bayaran lain dikenakan untuk setiap aktiviti tuh tapi takde la mahal sangat dalam RM 5 - RM 15 setiap sorang bergantung kepada jenis aktiviti.

Tiket untuk naik keretapi + cermin ajaib RM 2 sorang. Untuk masuk rumah hantu RM 2 sorang. Untuk masuk ke rumah galaksi RM 2 sorang. Den masuk semua tempat nih kecuali rumah galaksi sebab tatau bila lagi nak datang kan. Den tak masuk rumah galaksi sebab den suspect depa letak segala planet je kat situ.

Mula-mula kitaorang masuk rumah hantu. Walopun secoet tet je rumah hantu dia + ada 4,5 ekor hantu je tapi jantung den still nak tercopot. Mungkin sebab dah tua gamaknya, seriau bila masuk kawasan yang kita tau hantu tiba-tiba akan melompat la, etc. Sibuk la den dok berpaut kat buong sambil dukung si tembun tuh.

Lepas tuh masuk umah cermin plak. Walopun kebanyakan cermin dia dah agak berkelabu asap tapi masih menjalankan fungsi dengan baik. Dapat la tengok rupa kitaorang kalo jadi pendek macam dwarf, obesity, kurus meninggi, etc. Budak-budak suka masuk sini sebab rupa depa berubah-ubah kat setiap cermin.

Then naik kereta melalui kawasan Dinosaurs Park tuh, siap masuk terowong mini yang ada beberapa ekoq dinosaurs dan melalui tengkorak @ rahang dinosaur. Sempoi je pun track dia tapi budak-budak suka la naik keretapi nih. Dia pusing dalam 3 rounds.

Walopun matahari memang masih tegak kat kepala, kitaorang paksa diri jugak melawat taman mini tempat menarik dunia yang menempatkan binaan mini pelbagai tempat termasuk beberapa tempat wonders of the world. Naik kereta untuk berhenti kat setiap stop tuh sebab agak terpleot jugak kalo nak berjalan kat setiap tempat tuh sebab kawasan dia besaq unless memang la kita ada misi nak bersenam.

Buong dan budak-budak nih ikut pergi ke beberapa tempat je. Yang lain tuh den sorang turun untuk amik gambo. Depa melepak dalam kete je sebab panas berdenting-denting. Menarik jugak binaan-binaan yang ada k sebab disediakan sekali simple info kat setiap tempat tuh. Kawasan nih memang nampak kurang maintenance sebab rumput dia agak tinggi. Den siap sauk kemuncup masa dok berjalan-jalan kat sini.
View dari atas kawasan yang menempatkan binaan-binaan tuh

Then kitaorang melawat mini zoo dia. Ruang kandang dan aquarium yang menempatkan hamster, arnab, landak, kura-kura, etc nih pun macam sedih je. Macam kurang terjaga skit. Tapi binatang yang ada kat sini aktif je la.

Kitaorang ronda-ronda plak kat kawasan Dinosaur Park. Kebanyakan dinosaurs dia kale hijau dan coklat. Dah berlumut-lumut. Kat sini pun rumput dia kurang diselenggara gak.

Then kitaorang tengok miniatures yang ada kat taman nih. Macam-macam la ada. Doraemon, Nobita, Spiderman, Superman, Batman, Smurfs, Kungfu Panda, Spongebob, etc. Budak-budak suka la bergambo dengan karakter favourite diaorang.

Akhirnya kitaorang berehat-rehat sambil layan kiddos main belon. RM 5 untuk sorang sangat berbaloi-baloi sebab bekas ayaq sabun dia besaq gila. Budak-budak nih main sampai tak lalu-lalu sebab banyak gila ayaq sabun dia. Seronok depa main sebab walopun dok panas terik tapi ada angin. So banyak la belon besaq-besaq terbentuk.
View masa dok berehat-rehat tuh

Ingatkan nak berkanu tapi sebab panas berdenting-denting, memang tak jadi la.

Almost 2 jam jugak la kitaorang abiskan kat sini.

Facilities macam toilet, surau, etc memang ada kat sini. Restoran tak perasan ada ke tak.

Walopun tempat nih macam comot-comot skit kat beberapa kawasan tapi still menarik untuk kita explore dengan kiddos sebab banyak aktiviti bley buat kat sini dengan harga mampu milik.

Sila bawa topi & ayaq mineral ye bila ke sini.

Berbaloi mai berjimbaan kat sini.

No comments:

Powered by Blogger.