Menantu vs Ibu Bapa

Tajuk macam drama ayaq mata arahan Rashid Sibir je padahal nak ceite pasal diri den je pun.

Kelmarin satu hari kat PPUM bawa mak mentua check up sebab kedua belah kaki dia sakit nak berdiri dan berjalan due to tulang belakang dia dah terbengkok.

Masa mula-mula nampak tulang tuh bengkok, dah banyak kali jugak buong & den bebel kat dia ajak pergi check kat hospital tapi dia tamau. Bila dia dah sakit sangat, tak lalu nak berjalan, dia minta sendiri nak pergi hospital.

Ha….camtuh la kan kebanyakan orang warga emas nih. Memang jenuh kalo nak disuruh pergi spital. Takut sangat depa kalo nak kena ambik darah, etc. Depa paling susah hati kalo kena masuk wad. Tapi bila dah tak tahan sakit sangat, most of them menyerah diri untuk dibawa jumpa Dr tapi ada jugak sebahagiannya yang still tak nak pergi hospital walopun dah terbaring.

Mak mentua den umoq dia 71 tahun. Dia ada 3 orang anak yang semuanya lelaki. Buong (laki den) adalah anak dia yang bongsu.

Masa kat PPUM tuh, mak mentua den memang duduk atas kerusi roda sebab dia tak larat nak jalan. Masa nak pergi ke toilet dan urusan x-ray, den la temankan. Pesohkan dia buka baju, etc masa nak x-ray tuh.

Bukan nak cerita pasai den menantu mithali ke ape coz den memang sedaq diri den bukan menantu camtuh pun, den lebih pada kategori menantu hantu tapi nak cerita pasai bila tengok mak mentua den tuh den terbayang future den kalo den panjang umur, sempat ada menantu.

Disebabkan setakat nih dua orang anak den tuh lelaki, in sya Allah den akan dapat dua orang menantu perempuan.

Mak mentua den masa den papah dan handle dia kat toilet pun dia dah segan padahal den tak kisah pun. Dah dia tak sihat, nak buat camne kan. Tapi dia gagahkan jugak buat semua yang dia larat, dia mintak den tunggu kat luaq toilet. Awak nih berdebaq-debaq je takut dia jatuh tergolek kat dalam toilet tuh. Selang 2 minit, den dok tanya ‘mak okay ke? Ada apa-apa yang nak dibantu ke’ camtuh la skripnya sampai la orang tua tuh keluaq dari toilet.

Masa pesoh dia untuk tukar pakaian bagi persediaan xray tuh, memang kesian tengok dia bergerak lambat sangat sebab tak larat kan. Den coba pesoh apa yang boleh.

Den dok terfikir, gamaknya esok kalo den dah warga emas dan ada masalah kesihatan, agaknya menantu-menantu perempuan den nanti nak tak pesoh den sekupang dua.

Anak-anak den tuh bila den tanye sekarang nih:

Den: Esok mama dah tua mama tak larat F & A bela tak mama?

Kedua-dua orang anak bertuah tuh: Bela.

Den: Nanti basuh tak berak mama?

F : Tak nak la. Suruh papa la basuh.

A: Tak nak la. Nanti tangan A kotor.

Den :….mode ‘batu belah batu bertangkupppppp’.

Rasanya yang termampu den buat adalah berdoa dan berusaha untuk mengekalkan kesihatan yang baik (especially the high cholesterol case) + berdoa anak-anak tidak akan ada perasaan den menjadi bebanan kepada mereka + berdoa den mati dengan mudah (maksudnya tak sakit teruk, terlantar, etc dalam masa yang lama) + berdoa dapat menantu-menantu yang solehah (way better than me la hendaknya) + berusaha kumpul duit yang perlu untuk masa tua (termasuk kalo perlu hire pembantu atau nurse @ terpaksa duduk umah orang tua-tua yang den sendiri pilih kalo anak-anak tak mampu nak bela den).

Eh….rasa sayu plak hati bila bercerita tentang reality @ hakikat yang mungkin berlaku kan.

Teringat plak my mentor selalu pesan kat den yang ‘kita tak boleh bergantung harap kat anak-anak sebab depa ada life depa sendiri. Kita yang pilih untuk lahirkan depa. Anak-anak adalah amanah Allah untuk kita yang memang kita wajib didik dan besarkan, bagi sekolah setinggi mana depa nak. Once anak-anak dah kerja, kita sebagai ibu bapa tak sepatutnya mengharap anak-anak bagi duit pada kita untuk kelangsungan hidup kita. Kalo anak-anak bagi kita duit, tuh maknanya bonus untuk kita. Sepatutnya parents takde pemikiran ‘aku bagi anak-anak aku belajaq tinggi-tinggi supaya depa keje baguih-baguih dan support aku’. Camtuh la pesan my mentor.

Ada satu ayat den baca kat mana den tak ingat dah ‘anak-anak tidak sepatutnya menyusahkan ibu bapa’ camtuh la yang bermaksud bila kita sebagai anak dah kerja kita tak sepatutnya masih mintak duit daripada mak ayah, kerah kudrat orang tua tuh jaga anak kita, etc. Kalo kita tak mampu nak bagi duit pada mak pak kita selalu pun jangan la pulak kita dok mintak duit kat dia camtuh la kan.

Den sekarang adalah seorang menantu dan juga ibu kepada dua orang anak lelaki.

Harapnya den dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai menantu dan ibu dengan sebaiknya. Walopun tak masuk dalam kategori mithali tapi harapnya den dapat buat yang terbaik.

#masa mak mentua den tukar baju untuk xray tuh, dia bagi la den pegang rantai labuh dia sebab tak bley pakai rantai masa nak xray tuh. Dia cakap kat den ‘pakai la dulu rantai mak tuh ha’. Langsung den tersenyum dalam hati sebab bila orang usik den menantu mithali bila balik kampong jenguk mak mentua den, etc den selalu cakap ‘untung-untung esok dapat emas seurat dua daripada mak mentua den’ hehehehehehehe.
Nenek little helpers. Sakan depa dok menyorong mak mentua den sampai pening-pening orang tua tuh.

No comments:

Powered by Blogger.