Tatau la kenapa begitu banyak dugaan pasai duit syiling nih hehehehehehe. Bermula dari menapak dalam kepanasan mengheret duit syiling yang berat tuh minggu lepas sampai la hari ni masih tidak settle cerita duit syiling nih.
 
Lepas berjaya memasukkan semua duit syiling di dalam mesin deposit duit syiling di BSN, dimaklumkan kena tunggu 3 hari bekerja baru la duit syiling tuh akan masuk ke dalam akaun.

Patutnya bila deposit syiling tuh pada hari Khamis, hari Selasa duit syiling tuh dah ada dalam akaun.

Alih-alih tuh petang Selasa duit syiling masih tidak ada dalam akaun, kita telefon la nombor yang tertera di dalam resit deposit syiling tuh. Kata encik customer service tuh, berdasarkan semakan memang tiada wang floating pun dalam akaun. Katanya kena pergi ke BSN yang den guna perkhidmatan mesin deposit syiling tuh, isi borang aduan camtuh la untuk tindakan siasatan selanjutnya.

Makanya den pun pergi la ke BSN PKNS tuh dan isi borang yang dikatakan tuh. Adik di counter BSN tuh koba duit akan masuk ke dalam akaun dalam masa paling lewat 7 hari bekerja. Kalo selepas 7 hari, duit masih tidak masuk, makanya sila la datang lagi ke BSN PKNS untuk mengulangi proses yang sama (isi borang dan tunggu another 7 hari).

Sabo je la kan padahal nilai duit syiling tuh idok la dapat membeli gold bar pun tapi nak menguruskannya menguji masa, tenaga dan kesabaran. Dah la harap berat je lebih syiling tuh. Haishhhhh.

So hopefully masuk la gamaknya dalam akaun within 7 working days nih coz tak kuasa la kan nak melayan berulang ke BSN PKNS menguruskan kisah duit syiling nih je. Okay je kalo nak tengok on positive side iaitu sesi bersenam bila den menapak dari opis ke BSN PKNS tuh. 

So untuk sapa-sapa yang deposit syiling guna mesin deposit duit syiling, make sure simpan resit tuh sampai la duit syiling tuh dah masuk dalam akaun ye.

Tadi masa keluarkan duit kat Maybank, den menjenguk mesin deposit syiling depa. Alih-alih mesin tuh pun out of service da….Mungkin la kot mesin deposit syiling kat mana-mana pun sentiasa akan bermasalah ke apa pun tatau la kan.

Teknologi sekarang kan dah canggih tapi kenapa mesin deposit duit syiling asyik terpleot ke memang institusi perbankan di Malaysia nih dalam konspirasi hendak menggugat kekuatan jiwa orang yang menabung syiling nih.

Apalah salahnya kan sekiranya institusi perbankan yang menyediakan mesin deposit duit syiling nih sediakan jugak mesin kira duit syiling for their in house use yang mana boleh digunakan di kala mesin deposit duit syiling untuk orang awam tuh terpleot. Maksudnya kita boleh bawak duit ke kaunter dan depa boleh guna mesin kira syiling depa tuh untuk tolong kita dan masukkan terus amount syiling tuh dalam akaun kita kan.

Walo camne pun, den still bersemangat nak menabung duit syiling ke dalam tabung-tabung versi London den tuh.

0 Comments