Selepas 13 jam penerbangan, kitaorang sampai kat hotel nih dekat-dekat Maghrib jugak.

Kitaorang tidoq 1 malam kat hotel nih.

Hotel milik orang Malaysia (Berjaya Group).

Hotel nih terletak di kawasan Bayswater (tempat yang dikatakan paling murah untuk shopping souvenirs di London nih). Memang dekat berjalan kaki ke stesen keretapi Bayswater.

Mungkin disebabkan tanah kat London nih memang sangat mahal, maka bilik hotelnya pun sangat comel. Just nice bilik dia sebenaqnya. Untuk dua orang memang sedang elok. Sama macam hotel bajet kita kat Malaysia yang den pernah pergi.

Cuma den terkujat bilik ayaq dia tersangat-sangat comel. Melangkah setapak dari pintu teruih berjumpa lutut den dengan toilet bowl. Tanpa bergerak, pusing ke kanan dah ada sinki. Pusing ke kiri tanpa bergerak ada bath tub yang kalo den nak berendam kena bawa lutut ke dagu. Toilet standard omputih ye….takde hos.

Walopun hotel milik Malaysia tapi hiasan semua adalah standard British. Tak dak la diletak hiasan tudung saji mengkuang ke frame kan kain batik Sarawak ke ape ke. Kalo gambo-gambo yang digantung tuh ada tunjuk lokasi menarik kat Malaysia pun macam best jugak kan tapi takde.
Den tak ingat den sempat tak minum ayaq nih

Kalo untuk family 4 orang macam den nih sesuai jugak la duduk kat sini kalo terpegi ke London (memang tak la kan sebab rege tiket untuk 4 orang pun macam dah bley bayaq deposit 10% rumah kos sederhana rendah).

Hotel yang cozy dan sangat dekat dengan kedai-kedai souvenirs di Bayswater.
Betoi-betoi depan hotel
Kawasan sekitar hotel

0 Comments