Dari Padang-Padang Beach tuh ingatkan nak singgah sekejap je sebelum balik ke Kuta.

Alih-alih disebabkan pantai dia lengang makanya tersewa kanopi untuk satu jam untuk melepak kat situ.
Antara my fav photo. Sajak kombinasi warna langit, ayaq laut, pasir + kanopi

Jimbaran Beach nih terkenal untuk dinner semasa tengok matahari terbenam dan kapal terbang berlepas. Patutnya semalam nak dinner kat sini tapi sebab dah kepenatan tak tercapai hajat di hati. Another reason to revisit Bali I guess hehehehehehe.

Pantai ada sampah sekupang dua tapi ada orang tengah bersihkan. Nih mungkin sampah orang yang dinner semalam tuh tak sempat dikemaskan lagi.
Dok bersihkan sampah
Sempat la jugak celup-celup kaki kat dalam ayaq laut tuh sambil berehat sekupang kat kanopi minum teh botol. Dengaq bunyi ombak dan berjalan-jalan sepanjang pantai biaq ayaq laut kena kaki adalah best k. Tak sangka I am this kind of person…a beach person.
My utmost fav phot kat sini
Kapal terbang baru berlepas
Beach boy dok surfing
Camne takde rasa nak revisit? Chantek sangat
Gambar teh botol dilupa jangan
Couple nih macam nak amik gambo wedding je

Masa dok berehat-rehat tengok laut tuh den cakap dengan member den moh la kita plan datang berjimbaan lagi kat Bali nih. Member den tanya bila paling awai tarikh yang kitaorang nak mai balik. Hahahahhaaha ngoi betoi. Belum balik Malaysia dah berangan nak datang bercuti lagi kat Bali nih. Masa kitaorang pergi Krabi takde feeling nak repeat tapi dengan Bali nih, memang perasaan nak datang semula tuh agak terkinja-kinja. Memang betoi la Bali nih magical.
Den dengan member den masa kat Jimbaran Beach tuh
Lepas berehat sekupang dua dengaq ombak menghempas pantai dan sempat nampak beberapa kali kapal terbang berlepas, kitaorang pun say bye bye bye kat Pantai Jimbaran nih.

0 Comments