Bali nih antara salah satu tempat yang den memang berangan nak pergi sejak dulu-dulu lagi sebab den dok musykil apa yang best sangat pasai Bali nih sebab selalu je terbaca ramai orang termasuk retis antarabangsa ada yang kawin kat sini, honeymoon kat sini, bercotian kat sini, etc. So den memang sangat curious pasai Bali nih. So den super happy akhirnya ada rejki nak berjalan-jalan kat Bali nih.
 
Den masih takut naik kapal terbang. Masa half way ke Bali tuh, den memang ketakutan gila bila hujan. Bila pramugari kata pakai tali pinggang sebab cuaca agak buruk, den dah terbayang macam-macam yang ngeri. Siap ada perasan ‘pasai pa la den nak pergi trip nih’. Dah la cerdik pandai sebelum naik flight tuh pergi bergebang pasal movie Sully dan Flight kan. Harus la berdebarnya tuh melampau-lampau. Perasaan takut naik kapal terbang nih tatau la sampai ke hujung nyawa ke apa. Serious takut pengsan. (Lagi dulu berangan nak jadi pramugari kan).

Bali adalah seperti maksudnya yang dikobakan oleh Pak Eddie iaitu Bersih Aman Lestari Indah. Memang best berjimbaan di sini. Terngiang-ngiang perasaan nak revisit. 

Bali adalah ala-ala macam one stop centre bagi den. Sapa nak ber sun bathing dan melepak tepi pantai boleh pilih mana-mana pantai yang ada dan sangat chantek. Sapa nak surfing pun ada banyak pantai yang bley dipilih. Sape nak tengok kehijauan sambil exercise boleh tengok sawah padi, jalan kat macam-macam tempat macam Tegallalang, Jatiluwih, Champuhan Ridge dan panjat gunung tengok matahari terbit. Sape nak pegi tengok pura (kuil) boleh pilih kuil yang atas tasik, tepi gaung, mata air, etc semuanya ada. Nak rasa pelbagai jenis makanan semua dok ada daripada local food termasuklah babi guling sampai la aiskrim sedap. Nak memanjakan badan, nak urut ke spa ke kat almost setiap tempat bley jumpa. Sapa nak berjimbaan berdisko berdansa boleh cari tempatnya di Kuta walopun den tak jumpa sekoq pun masa den pergi sana. Serious Bali is a super awesome place.

Bali adalah destinasi yang sangat value for money. Currency dia tak ngeri macam US dollar atau pound, etc tapi kita boleh lawat macam-macam tempat sebab ia one stop centre. Nak makan dan beli souvenirs pun masih boleh berjimat.

Bali memang penuh dengan pelbagai jenis pura @ kuil dengan pelbagai tema. Kuil atas tasik, kuil tepi jurang, kuil ada mata ayaq, etc. Yang sangat popular adalah Pura Besakih, Pura Uluwatu dan Pura Tanah Lot la. Tapi den cadangkan juga sila melawat Pura Tirta Empul dan Pura Danau Bratan.

Orang Bali nih cakapnya macam sopan-sopan sangat. Macam Pak Eddie tuh bila bercerita sopan la sangat kalah la den nih. Suka je den dengo dia cakap ‘ya udah….terserah’. No wonder ada kes girls lari ikut pakwe Indonesia. Mulut manis sangat nih.

Pembangunannya elok-elok je….just nice. Takde la over develop macam sesetengah tempat peranginan kat Malaysia.

Drivers kat Bali nih memang sangat terror bawak kete or moto walopun kat jalan-jalan yang sempit. Kata Pak Eddie jarang sangat berlaku kecelakaan jalan raya.

Siaran radio dia sangat cemerlang k. Walopun pergi masuk ke kawasan yang agak-agak hutan belukar dan tanah tinggi, siaran radio masih dapat dengan jelas.

Den ternampak Maybank dan CIMB je di Ubud dan Kuta. Bank lain den tak terperasan. So sape yang nak mai sini dan  nak activatekan kad bank, better from these both bank la ye.

Kesesakan lalu lintas dia tak mengerikan sangat. Den rasa tak takut sangat walopun naik moto kat tengah bandar Kuta tuh walopun of coz being a super penakut me bila naik moto, ada je la masa yang den dok seriau-seriau especially bila mencilok-cilok tuh.

Traffic tak la sesesak mana kecuali kat bandar Kuta tuh sendiri coz depa baru je ubah jadi one way road kat certain area dalam tempoh 2 minggu sebelum kitaorang pergi. Kat Ubud pun sekejap-sekejap je sesaknya.

Naik moto masa nak pergi pantai dan lalu jalan-jalan kampong tuh adalah super best. Terasa angin yang nyaman dok kena kat muka. Ala-ala kalo free hair tuh memang terasa macam dok shooting video clip lagu Hindustan la. Memang best.

Naik moto adalah mesti k untuk tempat yang dekat-dekat untuk view dan experience dia sangat berbeza dan best. Skuter dia pun senang dibawa (eh banyak cerita plak orang yang bonceng motor nih ye). Tak perlu bagi lesen memandu pun masa sewa motor tuh. Ramai je minah saleh bawa moto sambil pakai bikini sorang-sorang k. 

Keselamatan mungkin agak tip top di sini. Selamba je orang tinggalkan helmet kat motor. Selamba je minah saleh pakai sluaq dan skirt pendek pukoi 12 malam ke atas jalan sorang-sorang kat Kuta tuh.

Pompuan yang sedang period ada limit kalo depa melawat kuil-kuil yang dok ada kat Bali nih.

Den tak perasan sangat disco kat sini. Mungkin sebab selalu sampai hotel dari berjalan-jalan tuh dah penat sangat, teruih tidoq dan tak merayau sangat kat pekan Kuta tuh itself or bak kata orang kalo kita memang takde niat nak pi situ memang tak jumpa. Hmmmm.

Kalo jadual berjalan yang dirancang adalah sepadat yang den dah pergi nih, okay je rasanya kalo tak amik hotel/resort yang ada pool sebab memang tak akan berkesempatan nak celup kaki pun dalam pool tuh.

Shopping yang paling minima dalam hidup den. RM 200 je den shopping kat Bali nih untuk tshirts untuk buong dan kiddos + teh kat kedai Kopi Luwak. Tuh je. Untuk diri den sendiri pun tak beli apa sebab kalo berjalan dengan member den nih memang la tema dia adalah enjoying the scenery dan culture. Tok sah harap dia nak masukkan dalam agenda dia pergi ke pelbagai tempat shopping.

Toilets kat semua tempat yang den masuk (Pantai Pandaman, Pantai Padang-Padang, Desa Penglipuran, Jatiluwih, Pura Danau Bratan dan pertamina) adalah bersih dan selesa k.

Tak tersangka den amik banyak gila gambo kat sini. Serious tak sangka k. For 6 days 5 nites, gambo yang den amik adalah 1400 (tak termasuk gambo 550 yang member den terpaksa amik lalu dia menjadi hulk tuh).

Bercoti adalah sangat best bila den tak roaming line telefon. Memang really enjoy the vacation coz wasap daripada opis tak masuk hahahahaha. Tengok wasap masa kat hotel lepas balik dari berjalan sakan tuh. Masa tuh la baru balas wasap keje….lantok situ.

Tak sangka k den terjadi beach person plak bila sampai kat Bali nih. Padahal duduk PD bertahun-tahun takde feeling camtuh pun. Mungkin sebab Bali nih datang untuk berjimbaan. Tuh yang tetiba jadi beach person tuh. Atau Bali memang magical, buat kita rasa happy duduk kat sana.

Kemusykilan adakah kegumbiraan berkadaran terus dengan kesihatan lutut den. Sepanjang den berada kat Bali walopun memanjat batas sawah kat Tegallalang dan Jatiluih dan ada adegan hampir-hampir tergolek, berjalan almost 4 km lebih kat Champuhan Ridge, berjalan sakan kat BeachWalk Kuta nak cari tempat dinner yang sesuai dengan tekak, berjalan-jalan kat area Kuta nak cari dinner, jalan-jalan kat Pantai Kuta, etc…lutut den sekupang pun tak sakit okay. Penat memang penat tapi lutut tak tak rasa sakit skit pun. Masuk je keje lutut den ada terasa sakit. So adakah stress bekerja yang menyebabkan lutut den sakit selama nih? Hmmmm.

There are still more to do and see kat Bali walopun den dah spend masa 6 hari 5 malam kat sini. Banyak tempat yang member den bercadang nak pergi macam yang dia dah tulis dalam excel dan email pada den yang den haram tak baca sampai ke sudah tuh. Den buka email nih pun bila nak cari info pasai tempat-tempat tuh untuk tulis blog nih. 

Antara tempat yang kitaorang tak terpegi yang dia dah list down adalah Angseri Hot Spring, Penatahan Hot Spring, Banjar Tegaha Hot Spring, Bunut Bolong Tree, Tirta Gangga Water Palace, Candidasa, Warung Mami Jimbaran, Sunda Kelapa, Kedai Kaki Lima, D’Sawah, beberapa kedai makan di Ubud (Alchemy, Sari Organik, Clear CafĂ©, etc), Sup Sedap Ikan, etc. Nak pi semua tempat dalam senarai member tuh je pun mau amik masa 3,4 hari jugak nak selesai. Tuh blum masuk tempat yang tak tersenarai. Haish….memang macam nak kena repeat je Bali nih.

0 Comments