Den sekalikan je ceite pasal kedua-dua pantai nih coz takde apa sangat nak ceite. Maybe disebabkan kitaorang datang masa hari bekerja dan dok hujan renyai-renyai, kitaorang tak jumpa aktiviti menaiki kuda dan aktiviti-aktiviti lain yang dikatakan ada kat kedua-dua pantai nih.

Kuda-kuda sedang digunakan untuk melatih sekumpulan anak remaja. So memang takde kuda yang tersedia untuk dinaiki secara santai.

Ada je kedai-kedai makan kat tepi pantai tuh tapi kitaorang tak singgah sebab dah kekenyangan makan kat Warong Pok Nong dan Warung Adik Beradik.

Kitaorang sempat jugak melepak sekupang dua dekat pantai dekat dengan Kedai Adik-Beradik. Tatau nama apa pantai tuh.

Setakat nak main-main pasir memang okay je la kat pantai-pantai nih. Budak-budak la paling seronok.

0 Comments