Disebabkan pergi atas urusan rasmi dan jadual program adalah sangat padat, memang la tak banyak den berjalan. Pertama kali pun den pi Bangkok. So antara yang den boleh simpulkan melalui trip 5 hari 4 malam nih adalah:

1. den memang la penakut naik kapal terbang;

2. Bangkok tak la teruk sangat jam nya. Mungkin sebab den duduk kawasan yang bukan di tengah bandar Bangkok;

3. kenderaan di Bangkok nih hampir 80% didominasi oleh jenama Toyota dan Honda;

4. makwe-makwe kat Bangkok nih ramai chantek-chantek dan putih melepak-lepak. Produk QuPuteh payah la gamaknya nak laku kat sini. Dah la lawa, cakap pun macam sopan-sopan sangat...dok krung krang krung krang. Patut la guys boleh terpikat kan sebab den pun suka tengok depa yang chantek tuh bercakap;

5. rakyat Thailand sangat kasih dan pandang tinggi pada King depa yang sangat prihatin dengan hidup rakyat. Masa den kat Hotel Emerald tuh, sempat den tengok satu dokumentari pasal jasa King pada rakyat. Dokumentari dalam bahasa Thai tapi boleh nampak dari kelakuan rakyat yang sanjung tinggi King dia. Masa den tengok tuh dah separuh jalan tapi still menarik. Kat sepanjang jalan tuh memang penuh la dengan gambaq King depa;

6. dekat kawasan Hotel Emerald nih, agak payah skit nak cari makanan halal;

7. den terkesima dengan jaringan kabel elektrik@tali api dia;

8. banyak sungai dalam tengah bandar dia masih dalam keadaan semulajadi, tak dikonkrit macam sungai di Kuala Lumpur;

9. masih ada orang duduk di tepi sungai dalam pondok di tengah bandar (den tak sempat nak amik gambo);

10. dekat depan setiap hotel yang den terlalu, mesti ada gambaq King dan tokong kecik;

11. ada 2 buah masjid yang den nampak on the way dari airport ke hotel (tak dan jugak amik gambo);

12. MRT dia agak canggih ala-ala ERL kita;

13. kelab malam dan tempat berjimbaan bersepah-sepah;

14. kecik hati tak sempat nak urut badan;

15. shopping yang paling minima dalam hidup den. RM 350 je den shopping kat Bangkok nih untuk tshirts, fridge magnets dan purse;

16. ketupat segera yang besaq tuh agak mendebarkan sebab boleh disuspek dadah. Nasib baik den tak kena tahan kat mana-mana airport;

17. kalo nak bershopping memang la kena pergi trip berjimbaan sendiri. Kalo nak selit-selit di kala pergi berkursus nih memang agak payah. Kena pi lagi dengan kawan-kawan dengan tema jimbaan nih;

18. takde rejki nak tengok Muay Thai buat sekian kalinya. Muay Thai show dekat Esplanade tuh ada pada Jumaat malam. Den plak Jumaat tengahari dah balik;

19. dah boleh start pi kursus dalam seminggu kot sebab budak-budak okay je tinggal dengan buong hehehehhe; 

20. kalo dah memang bukan rejki, idok la dapat ke kita. Masa den dalam flight balik, pramugari nama Sabrina yang chantek tuh bungkuskan nasi briyani ayam untuk den sebab den posa. Den pun heret la nasi briyani tuh ke hulu ke hilir lepas touch down. Memang dah berangan nak buat bebuka posa. Alih-alih masa masuk kete, tak nampak dah plastik nasi briyani tuh. Tatau la tercicir masa den tukar duit atau masa den angkat beg untuk dicheck dek kastam. 

Cukup la kot 20 perkara. Sekian la entry berkaitan Bangkok.
My last views from my room at Emerald Hotel before check out

0 Comments