Lepas check out dari Bayou Lagoon Park Resort, teruih mai ke sini.

Walopun dah lama kot Malacca River Cruise nih beroperasi, baru sekarang nih la kitaorang berpeluang nak naik bot dan menyusuri Sungai Melaka.

Tiket untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak (budak 2 tahun ke atas dah dikenakan tiket) RM 31.80 termasuk GST. Tiket dewasa RM 10. Tiket kanak-kanak RM 5.
Buong kalo dibagi tugasan mengambik gambo cenggini la hasilnya

Lepas beli tiket, kitaorang melepak la kat jeti sementara tunggu nak naik botnya. Kata adik cashier tuh paling lama tempoh menunggu nak naik bot tuh adalah 20 minit.
Melepak di jeti tunggu giliran nak naik bot
The colourful boats

Aktiviti menyusuri Sungai Melaka sepanjang 9 km nih amik masa dalam 40 minit. 20 minit pergi dan 20 minit lagi dia pusing balik ke jeti.

Disebabkan kitaorang pegi masa hari bekerja tak beberapa ramai orang. Bot yang kitaorang naik tuh ada kitaorang berempat, sepasang orang Korea atau China dan 5 orang satu keluarga Melayu.

So memang boleh pilih je la nak duduk kat mana-mana pun sebab tak ramai orang. Ada disediakan life jacket dekat setiap bot.

Kita boleh nampak bangunan hotel, rumah dan kedai makan di kiri kanan di tebing Sungai Melaka yang telah dihias chantek sebahagiannya dengan lukisan mural. Sepanjang menyusuri sungai tuh jugak, kita akan lalu bawah beberapa jambatan yang diletakkan nama jambatan tuh.
Antara jambatan yang kami lalu di bawahnya
Antara hotels yang ada di tepi Sungai Melaka tuh

Surprisingly Sungai Melaka nih okay tak berbau sangat k. Dekat certain spots je ada bau coz maybe masih ada bangunan yang menyalurkan sullage water ke sungai sebab kita boleh nampak ada macam outlet longkang kat tepi sungai tuh. 

Anak-anak orang lain den tak pasti la kan tapi anak-anak den nih ha tak enjoy pun naik bot menyusuri Sungai Melaka nih tau. Depa macam boring je. The first 10 minutes je depa excited tengok ayaq sungai tuh. Lepas tuh depa dah mula boring. Camne la kan den nak terapkan semangat chentakan alam sekitar kalo menyusuri sungai pun depa dah tak beberapa minat.
Sekejap je la depa excited naik bot nih
Nampak la sekupang gambaq mural kat bangunan yang dok ada
Masa nih depa dah dok kalut cari kot-kot ada biawak lagi. So biawak sangat penting jugak dalam ekosistem supaya budak-budak macam anak-anak den ralit.
Depa jadi extra excited kejap bila ternampak biawak dalam sungai tuh. Seko biawak tengah berenang merentasi sungai tuh. Lagi seko biawak tengah bersantai di tepi tebing sungai tuh. Biasa la kan. Konon-konon anak-anak bandar memang la jakun tengok binatang.

Once in our life kita kena cuba naik bot menyusuri Sungai Melaka nih sebagai menyokong industri pelancongan Melaka gittew. Kalo kita boleh menyusuri Kallang River di Singapura dan Mekong River di Vietnam, apa la salahnya kita menyusuri Sungai Melaka plak.

p/s my mentor kata kena menyusuri Sungai Melaka waktu malam plak coz boleh nampak lampu-lampu bergemerlapan. Macam-macam kan dia tuh.

0 Comments