Kita take a break sekejap la ye daripada perkara-perkara serius macam seminar dan kursus yek. Den nak ceite pasal movie yang den akhirnya berkesempatan tengok Sabtu lepas selepas sekian lama tak tengok movie coz pengurusan masa den yang sangat cemerlang tuh.

Den beli dvd nih sebab hero dia Vin Diesel. Full stop.

Den memang berkenan kat Vin Diesel nih sebab dia adalah salah seorang hero yang den kategorikan sebagai konon-konon macho dan gagah tapi sebenarnya macam sweet sangat camtuh hahhahhaha. Lagi sorang hero dalam kategori nih adalah The Rock. Nampak gagah badan sado berketoi-ketoi dan berlakon banyak filem aksi tapi bila depa depa senyum den jadik macam alolololo, manisnya dan chanteknya gigi hehehehehhee. 

Eh nih nak ceite pasal movie ke pasal heroes manis heheheheehhe. Ok moh kita kembali ke pangkal jalan.

Cerita straight forward. Tak payah pikiaq apa-apa.

Pada zaman dahulu, hero Kaulder (Vin Diesel) merupakan pemburu ahli sihir. Masa dia bunuh ketua ahli sihir (Queen), dia disumpah dek Queen tuh untuk mendapat hidup yang kekal abadi dan kebal camtuh. Hero sedih sebab dia kena kekal hidup tapi dok terkenang-kenang bini & anak perempuan dia yang mati dibunuh dek tukang sihir tuh. Den tak kenai pun Vin Diesel masa nih k sebab dia berjanggut dan berjambang bagai. Nampak lain sungguh.

Fast forward 800 tahun kengdian, di zaman kita nih, Kaulder masih menjadi pemburu ahli sihir di bawah naugan The Axe and Cross. Ahli sihir hidup di kalangan manusia di dunia (dah macam ceite Harry Potter plak kan di mana witches tinggal di kalangan muggles). Manusia ada perjanjian dengan ahli sihir di mana hang tak kacau hidup aku, aku tak kacau hidup hang camtuh. Ahli sihir bekerja dan ada ahli sihir yang buka bisnes. Ahli sihir pun berniaga. Den nih ntah bila la nak meniaga kan. Eh tersasar lagi hahahhahaa.

Ahli sihir nih siap ada council depa. Semua ahli sihir yang jahat dan menakal yang ditangkap oleh Kaulder akan dibicarakan dan dihukum oleh council nih.

Kaulder nih macam ala-ala Wolverine pun ada. Dia boleh sembuhkan diri sendiri daripada luka, etc. Dia memang seorang pemburu ahli sihir yang sangat terror nak mampuih sampai semua ahli sihir takut kat dia.

Sejak dari dulu si Kaulder nih dijaga dan dipantau jiwa dan kehidupannya oleh seorang Paderi, Dolan bagi memastikan hero dapat buat keje dia sebagai pemburu ahli sihir dengan cemerlang. Bila Dolan mati, akan ada lantikan Dolan baru.

Kaulder close dengan Dolan ke 36 (Michael Caine). Serious Michael Caine dalam movie nih nampak uzur gila. Nak bercakap pun macam tak lalu dah. Tak macam masa dia berlakon ceite Miss Congeniality dan Batman trilogies. La....tersasar lagi daripada penceritaan sebenar.

Bila si Michael Caine nazak akibat digigit dek lebah sihir yang dianto oleh seorang ahli sihir (Belial) yang berhasrat nak menghidupkan semula ketua ahli sihir (Queen), hero hanya ada masa 2 hari untuk bunuh ahli sihir tuh supaya Michael Caine sembuh.

Disebabkan organisasi ingat Michael Caine dah mati, depa melantik Dolan ke 37 yang muda belia iaitu (Elijah Wood, Frodo, Lord of The Ring) bagi membantu hero. 

Hero mintak tolong sorang ahli sihir yang chantek dan seksi, Chloe untuk kembalikan dia ke zaman silam coz dia dok musykil pasai pa Queen tuh boleh dihidupkan semula padahal dia dah bunuh Queen tuh 800 tahun yang lepas. Makwe nih adalah seorang dream walker (dia boleh masuk dalam minda sapa-sapa dah ubah memori orang tuh).

Lepas dah kembali ke zaman silam, baru la hero dapat tengok balik scene lepas dia disumpah akan hidup kekal abadi tuh. Rupa-rupanya jantung Queen masih berdegup. Bila Dolan pada masa tuh nak tikam jantung Queen, hero pun sakit sekali. Makna kata, bila jantung Queen dimatikan, hero akan turut terbunuh.

So bila kembali kat alam nyata, hero tanya si Dolan ke 37 pasal hal jantung Queen tuh. Dolan ke 37 jawab memang semua Dolan yang pernah bekerja dengan hero termasuk Michael Caine tau pasal perkara nih. Depa berpendapat adalah lebih baik jantung tuh disimpan rapi supaya hero kekal sihat untuk menjaga keamanan dunia camtuh ala-ala kadang kala kita terima hakikat kita perlu simpan sedikit kejahatan bagi menghalang kuasa kejahatan yang lebih besar camtuh. 

Bila hero, Dolan ke 37 dan Chloe kembali ke zaman silam untuk membunuh Bellial dan coba menghalang Queen daripada dihidupkan semula, depa terpaksa berlawan dengan sekoq makhluk magic yang ala-ala labah-labah versi ala-ala robot transformers camtuh. Of coz la lepas semua orang cedera, makhluk tuh berjaya dibunuh dek hero. 

Queen akhirnya berjaya dihidupkan secara separa lepas seorang ahli sihir dikorbankan oleh ahli sihir yang anto lebah tuh. Hero sempat bunuh Bellial sebelum dia ditangkap oleh Queen yang akhirnya berjaya hidup secara total lepas mengambil kuasa daripada hero.

Hero jadik manusia biasa lepas kuasa dia diambil oleh Queen. Dalam dok kalut-kalut tuh sempat la plak si Dolan ke 37 tuh berpaling tadah. Rupa-rupanya dia berdendam dengan hero coz hero bunuh mak pak dia yang ahli sihir. Dia mintak Queen bagi dia magic coz dia dilahirkan tanpa magic tapi dia dibunuh dek Queen coz Queen kata ‘you can’t turn clay into gold. Without magic you are just a human’.

Jenoh jugak la kan hero berlawan dengan Queen tuh dengan kudrat sebagai insan biasa. Cedera parah jugak la tapi dah namanya hero, dia akhirnya berjaya bunuh Queen tuh.

Masa hero nak tikam jantung Queen tuh, Chloe menghalangnya. Chloe kata dia dan dunia masih perlukan hero.

So happy ending. Dolan ke 36 hidup dan bersama-sama dengan hero dan makwe bergandingan membanteras jenayah ahli sihir.

3 stars je la coz jalan ceite yang biasa sangat. Kalo den nak tengok lagi pun ceite nih sebab den nak tengok kemanisan Vin Diesel je la hahahahhhahaah. First time den tengok Vin Diesel berlakon ceite berlawan pedang. 

p/s ada je hero/penjahat yang tak perlukan badan berketoi-ketoi tapi mampu bagi aura yang mengerikan. Contoh macam Al Pacino dalam movie The Devils Advocate. Walopun kecik molek je orangnya, jelingan dia dalam ceite tuh pun dah buat den seriau. Johnny Deep dalam ceite Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street. Depa nih ada ayaq muka dark, haunting, ruthless & mysterious camtuh.

sumber google wikipedia

0 Comments