Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Den harapkan semua yang tersinggah baca blog den ni sihat walafiat.

Den ni udah 4 hari demam idok kebah-kebah siap pakej radang otot bagai.

Alhamdulillah negatif Covid19 dan influenza.

 

Den hendak berkongsikan sedikit pengalaman den menyertai Lawatan Mahabbah dan Kembara Ilmu Ke Utara Semenanjung (Pulau Pinang, Kedah Dan Perlis).

Lawatan ini anjuran Bersama Surau Al-Husna dan Koperasi Al-Husna.

Den pergi atas kapasiti ahli koperasi.

 

Den sendiri tidak percaya macam mana den boleh terjebak dengan rombongan ilmiah macam ni hehehehehe.

Sebenarnya sebelum ini sudah dua kali den diberi peluang untuk menyertai rombongan sebegini tahun 2023 tetapi den rasa macam hendak buat apa melawat masjid bagai ni.

Dasar kesambet setan begitu lah ye.

 

Alhamdulillah tahun 2024 ini Allah gerakkan hati den untuk memulakan tahun 2024 dengan menyertai lawatan mahabbah ini.

Walaupun rasa macam hendak batalkan penyertaan tetapi den pergi juga mengenangkan udah berjanji dengan sunbae yang baru bersara hari tu.

Dia la pun yang suruh den jadi ahli Koperasi Al-Husna tuh 2 tahun lepas.

 

Peserta program adalah seramai 63 orang yang majoriti 80% terdiri daripada mereka adalah YB (Yang Bersara), bakal YB dan surirumah tangga yang berumur 56 tahun ke atas.

Majoritinya ahli jemaah Surau Al-Husna.

Ahli rombongan di hadapan Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Perai

Ini kali pertama den menaiki bas dua tingkat dengan kapasiti 70 tempat duduk + 2 tempat duduk untuk pemandu.

 

Yang tragisnya hari lawatan bermula den mula uzur la pula.

Sedih la juga sebab agenda lawatan adalah 3 buah masjid tapinya awaknya tidak dapat solat sekali huhuhuhu.

Den kongsikan dulu itinerari Lawatan Muhibbah ini secara ringkas.

 

19 Januari 2024 (Jumaat)

11.00 malam - bertolak dari Surau Al-Husna Seksyen 20 Shah Alam

 

20 Januari 2024 (Sabtu)

Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Seberang Prai, Pulau Pinang - Masjid al-Busyro, Merbok, Kedah - Tanjung Dawai, Merbok - Murtadza Dakwah Centre (MADAD), Kg Sg Layar Luar, Sg Petani, Kedah - Pondok Pak Man, Batu 12, Bukit Besar, Alor Setar - Hotel Brasmana, Kuala Perlis - makan malam di Nyiru Klasik

Di dalam Masjid Al-Busyro, Merbok, Kedah

21 Januari 2024 (Ahad)

Masjid Husin, Kuala Perlis (Masjid Terapung) - Kg. Warna Warni (Kg. Seberang Ramai), Kuala Perlis - Wang Kelian - Restoran Anjung Keli, Kangar - Padang Besar - Masjid Syarifah Fatimah, Jitra - RR Sungai Perak

Ahli rombongan di Wang Kelian

22 Januari 2024 (Isnin)

4.30 pagi - tiba di Surau Al-Husna Seksyen 20 Shah Alam.

6.00 pagi - den terus demam sakan hehehehe.

 

Mungkin kombinasi faktor - telah lama tidak demam + perjalanan dalam bas yang panjang + cuaca paneih lit lit bak kata orang Utara + jadual yang penuh + tidak cukup tidur + badan udah tua.

 

Makanya terpleot la demam sakan yang membawa kepada episod terpaksa membatalkan program-program yang telah dirancang.

Termasuklah program yang telah dirancang dari tahun 2023 lagi huhuhuhu.

 

Begitulah kehidupan.

Kita boleh merancang.

Tidak semuanya bisa menjadi kenyataan.

Perancangan Allah adalah terbaik untuk semua hambaNya.

 

Kesimpulan daripada Lawatan Mahabbah yang den sertai dengan hati berbelah bahagi ini adalah satu pengalaman yang berbeza.

Bukan sahaja den pergi ke tempat-tempat yang den tidak pernah pergi dan tidak pernah tahu kewujudannya.

Ada tempat yang secara tidak langsung mengundang untuk den berfikir, teringat kepada kenangan bersama arwah atok, termuhasabah diri, etc.

 

Lawatan yang den ambil gambar paling sedikit.

Tiada rasa sangat hendak bergambar pada lawatan kali ini sampai sunbae cakap eh tak nak ambil gambar ke hehehhehe.

Den juga berkesempatan berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang yang awesome.

 

Lawatan Mahabbah ini sememangnya unik dan berbeza.

In sya Allah kalua ada rezeki lagi di masa akan datang, den ingin sertai lagi lawatan seumpama ini walaupun mungkin akan demam lagi selepas tamat lawatan hehehheehe.

 

In sya Allah bila demam den udah kebah dan den ada kerajinan, den cerita tentang pengalaman Lawatan Mahabbah ini dalam post akan datang ye.

In sya Allah. 

0 Comments