Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat menyambut tahun 2024 kepada semua.

 

Didoakan agar 2024 menjadi tahun yang paling cemerlang untuk kita.

Semoga kita lebih bahagia, tenang, berjaya dan cekal hati.

Semakin hari semakin dekat kita dengan lubang kubur.

Didoakan kita menjadi hamba Allah yang selayaknya.  

 

Alhamdulillah ada rezeki kita hadir di hari pertama pada tahun 2024.

Asal masuk tahun baru, biasa orang tanya apa azam tahun baru kan?

Bagaimana pencapaian azam 2023?

Ini memang krik krik krik untuk den.

 

Kalau hendak diikutkan ada banyak gila harapan untuk 2024 ini.

Macam sotong kurita kalau hendak buat semua.

Kesihatan

Mahu tidak mahu kena tengok dengan bersungguh tentang kesihatan.

In sya Allah akan masuk 46 tahun 2024 ini.

 

Sendi udah tidak kuat.

Lutut makin terpleot.

Rabun dekat semakin meriah.

Goldfish memory semakin menjadi-jadi.

 

Jadinya kena berusaha menjaga kesihatan.

In sya Allah bila kita sihat, banyak perkara kita boleh usahakan.

 

Membaca

In sya Allah masih hendak membaca 100 buah buku setahun.

Walaupun tahun lepas tidak tercapai sasarannya.

 

Rak buku sebelah meja menulis den telah penuh 35 buah yang den harap dapat baca pada 2024 nanti.

Setakat ini buku paling tebal di rak tersebut adalah 700 mukasuratnya huhuhuhu.

Ada sebuah buku tentang memperbaiki amalan diri yang telah dibeli sejak tahun 2019 tapi tidak pernah terbaca.

Semoga ada semangat untuk membacanya pada tahun ini.

 

Ada beberapa buku yang den dok tunggu kemunculannya.

Macam karya Ayman Rashdan Wong tentang Adikuasa Dunia.

Teringin hendak baca biografi Kamal Atartuk yang tidak bias.

Hendak cari buku The Great Railway Bazaar oleh Paul Therox.

Ada sebuah buku yang den tidak jumpa cari di rak buku dan kotak padahal teringin dooh membacanya.

 

Walaupun cart di BookXcess penuh dengan aneka dengan jenis buku.

Den berharap dapat mengawal diri daripada membeli buku dengan sakan.

Berangan hendak pinjam lebih banyak buku dari perpustakaan.

 

Harap tidak terjebak dengan fasa reading slump yang teruk.

Berangan hendak buat review setiap buku yang dibaca nanti.

 

Kerja

Januari 2024 dimulakan dengan team yang tidak cukup korum.

Seorang cuti bersalin sehingga akhir Februari 2024.

Seorang telah berhenti kerja.

Jadi tinggal kami berenam sahaja buat setakat ini.

 

Cerita minggu pertama di tahun 2024 udah meriah ye.

3 Januari boss telah tetapkan perbincangan untuk hala tuju 2024 ini.

5 Januari sudah ada site visit.

Ada 3 buah sungai yang perlu dikenalpasti untuk dipulihara.

Ada 2 surat penting perlu dihantar segera.

Job rotation juga perlu dibuat.

Ini cerita minggu pertama aje hehehehehe.

Kerja begitulah ye.

Tidak akan pernah habis sehingga kita bersara atau meninggal dunia.

Yang penting kita buat kerja kita sebaiknya.

In sya Allah.

 

Belajar

In sya Allah kelas mengaji akan diteruskan kalau ustazah tidak merajuk dengan kami huhuhu.

Udah la 6 orang aje pelajarnya.

Den pula sakan memonteng.

Semoga 2024 ini hati semakin kuat untuk belajar tajwid.

 

Yang lain belum ada perancangan apa lagi.

Tengok nanti terpengaruh dengan iklan kursus yang mana di media sosial.

Bergantung kepada KDrama apa yang best tahun 2024.

Lagi banyak KDrama yang best, lagi malas la den nak menguit hehehehe.

 

Travel

Seperti tahun-tahun sebelum ini, den jarang merancang hendak travel.

Sebab travel melibatkan kos yang boleh tahan merobek dompet.

Kalau tidak kena gaya keterhutangan serius terus.

 

Sesi berjimbaan ke luar negara tiada langsung dalam agenda.

Solo travelling pun tidak terfikir lagi.

 

In sya Allah yang pasti den hendak balik Penang.

Sebab rindu hendak makan apom dekat Pasar Awam Sementara Seberang Jaya.

Teringin makan serabai pun iya juga ni.

Travelling via ETS termasuk di dalam agenda den untuk tahun ini.

Site visit kerja kira travel la juga kan hehehehe. Pemantauan Sungai Selangor akhir Disember 2023 lepas


Kolaborasi

In sya Allah sekiranya masih ada rezeki kolaborasi, den masih ingin sertai.

Ada banyak perkara perlu ditambahbaik terutamanya media sosial den.

Teknologi yang cepat sangat berubah pun merupakan satu cabaran untuk den yang tidak cakna IT bagai ni.

 

Di persimpangan dilemma pun iya.

Antara hendak stay low profile.

Tetapi dalam masa yang sama acah hendak menjadi pempengaruh.

 

Bila umur makin meningkat ini, rasa malas udah sebenarnya hendak bercampur dengan orang.

Tetapi itu la.

Kalau kolaborasi kena berkomunikasi dengan pemilik jenama, pegawai pemasaran, etc.

Jadinya kita tengok la kesudahannya macam mana nanti ye.

 

Selebihnya den hendak mempraktiskan salah satu konsep ikigai.

Living in the moment begitu.

All the best untuk kita mengharungi 365 hari yang mendatang ini.

Lets rock 2024.

Moh kita.

 

6 Comments

  1. Selamat Tahun Baharu 2024!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru puan. Semoga kita beroleh kebahagiaan yang lebih gemilang

      Delete
  2. Selamat tahun baru 2024 . Semoga segala azam tahun baru dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru kak... Moga apa yang akak impikan akan tercapai lambat ataupun cepat. Dan semoga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t

    ReplyDelete