Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Den berjaya membaca 96 buah buku pada tahun ini.

Kurang 4 buah buku daripada sasaran (100 buah buku).

Tetapi den tetap gembira sebab masih membaca walaupun terpleot di sana sini.

Ini antara pencapaian yang den suka untuk tahun 2023.

 

Kalau ikut Goodreads, buku yang den baca 75 buah.

24 buah buku yang den baca tiada dalam senarai di dalam Goodreads.

Terutamanya buku Melayu.

Ada buku yang awesome.

Ada buku yang hype gila di kalangan pembaca buku.

Tetapi bila den baca macam ‘eh kenapa tidak best seperti yang diperkatakan’.

Ada buku yang tidak disangka wow best rupanya.

Den rasa ada dalam 7,8 buah buku yang den baca tidak habis.

Tahun 2023 adalah tahun den banyak meminjam buku dari perpustakaan.

PPAS Shah Alam, Perpustakaan Kuala Lumpur, Perpustakaan Awam Batu Gajah dan PPAS Gombak.

Ada beberapa buku yang asalnya den pinjam dari perpustakaan.

Tetapi disebabkan buku itu awesome teruk, den beli buku tersebut kemudiannya.

Alhamdulillah pembelian buku agak terkawal untuk tahun ini.

Cuma tidak sempat hendak dikongsikan resensi buku-buku yang den baca.

Padahal ada sahaja IG yang didedikasikan khas untuk buku-buku ni.

Tepuk sikit bahu sendiri untuk buku-buku yang dibaca pada tahun 2023 ini.


 


 

0 Comments