Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ni tiba-tiba terjebak tengok youtube dan membaca artikel tentang perjalanan kehidupan BTS daripada bukan siapa-siapa kepada lagenda (nobodies to legends).

Boleh tahan syahdu kisah BTS atau Bangtan Sonyadean nih ye.

Syarikat yang menaungi (Big Hit Entertainment) adalah syarikat kecil dibandingkan dengan syarikat hiburan gergasi yang lain.

Jadinya BTS disisihkan dalam dunia hiburan Korea di awal mereka menceburi diri dalam arena KPop ni.

Banyak cabaran yang deme kena lalui daripada tiada duit hendak makan, kena tidur 1 bilik bersempit 7 orang, terpaksa mengambil pekerja syarikat menjadi extra untuk music video, memujuk orang ramai untuk datang tengok persembahan mereka, etc.

Bukan kaleng-kaleng onak dan duri yang perlu diharungi.

Dengan persekitaran dunia KPop yang persaingannya terlalu tinggi.

 

Di awal penubuhan BTS, dunia hiburan Korea cakap BTS ini tidak akan boleh pergi jauh.

Ada kisah tiba-tiba deme tidak dibenarkan buat persembahan padahal nama deme ada dalam senarai.

Ada persembahan deme yang tidak dibroadcast.

Ada lagu deme tidak diputarkan.

Deme tidak dapat bilik persalinan (kena tukar baju dalam tandas).

BTS juga pernah dituduh dengan plagiatrism.

Ada beberapa kali mereka kena buli dengan pengacara dalam variety show, etc.

 

Kome boleh tengok di sini ye pasal perjalanan penuh berliku BTS ni.


 

Langsung sebab bila den baca kisah deme ni.

Dia bila tua-tua lagu ni la, cepat naw tersebak hati tidak pasti kenapa.

 

Tetapi memang kental la semangat deme ni sampai menjadi lagenda sekarang.

Boyband kedua di dunia yang 3 albumnya memasuki carta Billboard dalam masa 1 tahun (sebelum ni hanya The Beattles yang mencapai perkara ni).

BTS diiktiraf sebagai kumpulan berpengaruh oleh Times.

Satu-satunya boyband setakat ini yang mendapat medal Cultural Merit daripada Kerajaan Korea.

Boyband pertama berucap di UNICEF, etc.

 

Banyak lagi rasanya pencapaian deme ni.

Den malas hendak buat siasatan hehehehe.

Serius semangat juang depa memang wow.

 

Lagu-lagu Big Bang sebenarnya yang lebih dekat dengan jiwa den.

Tetapi lagu-lagu oleh BTS pun boleh tahan sedap dekat halwa telinga den.

Dia macam 2NE1 dengan Black Pink.

Den lagi minat lagu-lagu 2NE1.

Tetapi lagu-lagu Black Pink pun enak juga untuk didengar.

Dia ala-ala Backstreet Boys dan One Direction.

Masing-masing ada gaya dan lagu tersendiri.

 

Boleh tiba-tiba den berharap BTS dapat membuat konsert di Malaysia satu hari nanti.

Tapi lama lagi la nampaknya sebab ramai ahli BTS yang baru masuk kem menjalani latihan ketenteraan wajib.

Semoga BTS kembali dengan lebih gemilang, terbilang dan cemerlang selepas tamat latihan ketenteraan.

Sementara menunggu deme regroup, kita layan lagu-lagu BTS yang sedia ada ni.

 

Udah kenapa cerita pasal BTS tetiba ye?

Sebab kemalasan hendak mengarang cerita tentang sesi berjimbaan den di Perak hehehehehhehe.

In sya Allah post yang akan datang den cerita pasal Perak ye.

 


0 Comments