Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?

Kome termasuk di dalam kategori yang boleh pakai pelbagai spesies kasut tidak kira macam mana bentuknya ke termasuk dalam golongan macam den yang kaki agak sensitif yang kalau hendak mencari kasut tu memang bercinta.

Payah sangat hendak jumpa kasut yang selesa dengan kaki den.

Kalau ada yang selesa udah corak kasutnya macam untuk orang berpencen.

Kalau kaki kome spesies kaki den sudah tentu kome memahami betapa jenuhnya hendak mencari kasut yang selesa, ada paling tidak sedikit nilai estetik dan pada harga yang mampu milik oleh rakyat marhaein.

 

Pusat Penjagaan Kaki Sunfeet di Akasia Commercial Centre

Baru-baru ini den singgah ke cawangan terbaru Sunfeet Pusat Penjagaan Kaki atau turut dikenali sebagai Sunfeet Orthotics Expert di Cheras Selatan, Selangor.

Den berpeluang mendapatkan analisis tentang keadaan kaki den di situ.

Ini cawangan kedua Sunfeet selepas pembukaan cawangan pertama di Petaling Jaya.

Tahniah Sunfeet atas pembukaan cawangan kedua ini.

 

Menarik ye lokasi Sunfeet cawangan kedua ini sebab ianya terletak di satu pembangunan yang baru iaitu di Akasia Commercial Centre.

Ada banyak ruang untuk meletakkan kereta di bahagian bawah (basement) bangunan. 

Jadinya jangan risau perlu menunggu lama untuk meletak kereta ye.

Dari tempat letak kereta kita masuk ke bangunan di pintu masuk berdekatan dengan Starbucks.

Dari situ kita terus naik lif ke tingkat 3A.

Pintu lif terbuka je kita terus nampak ruang kedai Sunfeet yang terletak di sebelah kiri.

Jejak sahaja kaki di ruang kedai Sunfeet, terasa vibe nyaman dan welcoming sebab ruang kedainya luas dengan susunan kasut teratur rapi.

Tersedia juga ruang untuk membuat foot alignment.

Yang paling unik adalah pengunjung akan disambut dengan pusat maklumat mini yang mempamerkan maklumat sejarah penubuhan Sunfeet yang bermula daripada datuk Dato Dr. Edmund Lee kepada bapa beliau sehingga beliau sendiri.

Tiga generasi terlibat di dalam bidang penjagaan kaki.

Tersedia juga ruang untuk pengunjung berehat dan mendengar serta melihat video tentang kepentingan penjagaan kaki.

Selama ini den ingatkan hanya mencari kasut yang selesa paling penting.

Tips Penjagaan Kaki oleh Dr. Edmund

Selepas mendengar taklimat ringkas tentang penjagaan kaki oleh Dato Dr. Edmund Lee baru den tahu yang foot alignment adalah sangat penting kerana kaki merupakan asas (foundation) kepada fungsi pergerakan fizikal kita.

Foot alignment yang tidak sebagaimana sepatutnya boleh memberikan pelbagai kesan kepada keadaan kesihatan kita seperti pergerakan yang terbatas, sakit lutut, kaki menjadi lemah, sakit belakang, sakit tengkuk dan sebagainya.

Antara tips yang diberikan di dalam taklimat ini adalah:

1. Sentiasa membuat pembelian kasut pada waktu tengahari ke petang kerana pada waktu ini kaki kita akan mengembang.

2. Sentiasa memilih saiz kasut yang besar. Contohnya macam saiz kaki den sebelah kiri adalah 8.0 dan sebelah kanan adalah 7.5. Makanya den perlu membeli kasut pada saiz 8.0.

Analisis Keadaan Kaki

Den berpeluang membuat analisis keadaan kaki menggunakan mesin pengimbas khas yang berada di Sunfeet ini.

Imbasan kedua belah kaki mengambil masa kurang lima minit ini.

Kebanyakan manusia mempunyai kaki yang tidak sama saiz.

Bila tengok keputusan analisis ini, baru den tahu yang panjang kaki kiri den adalah lebih panjang dan besar daripada kaki kanan.

Panjang kaki kiri 251.6 mm dan kaki kanan den 248.3 mm.

Lebar kaki kiri 97.9 mm dan kaki kanan adalah 94.7 mm.

Selama ni bila beli kasut secara atas talian, den selalu ukur kaki kanan sahaja.

Patut la kasut yang diterima selalu tidak muat huhuhuhuhu.

Baru den tahu jenis ibu jari kaki den adalah Greek.

 

Selepas keputusan hasil imbasan dicetak, den duduk bersama Dato Dr. Edmund Lee untuk beliau menjelaskan tentang analisis keadaan kaki den.

Menurut beliau, kedua-dua kaki den walaupun tidak begitu ketara telah lari dari alignment yang sewajarnya.

Bacaan normal Arch Index adalah 0 tetapi bacaan bagi kaki kiri den adalah 0.28 dan kaki kanan 0.26.

Bacaan Heel Angle terkeluar daripada nilai di dalam julat normal.

Jom tengok video den di Sunfeet Cheras Selatan ni ye.

Dato Dr. Edmund Lee mengatakan dengan umur den 45 tahun dan norma kerja den yang selalu turun ke tapak akan memberikan kesan kepada kaki den sekiranya den tidak memperbaiki alignment kaki den dengan membuat rawatan dan memilih kasut yang sesuai.

Nampaknya den kena membuat temujanji untuk tengok alignment kaki den kan?

 

Promosi Sempena Hari Ibu

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Ibu pada 14 Mei 2023.

Jadinya moh la kome bawa ibu atau ibu mertua kome ke Pusat Penjagaan Kaki Sunfeet di Akasia Commercial Centre ni ye sebab ada banyak promosi menarik.

Sempena Hari Ibu 2023, Sunfeet menawarkan empat (4) jenis promosi iaitu:

Satu untuk ibu, satu untuk diri sendiri. Beli 1 dapat RM1000 cash rebate.

Satu rawatan penjajaran kaki (foot alignment) percuma untuk semua ibu.

Hadiah Hari Ibu bila kita sertai pertandingan yang disediakan.

Potongan harga istimewa RM100 off untuk semua OKU, warga emas, pemegang kad pelajar dan ibu tunggal.

Semua tawaran mempunyai terma dan syarat tersendiri ye.

Menarik tak kome promosi Hari Ibu?

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Hari Ibu, boleh jengah Facebook Sunfeet ye.

Jom jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dan produk Sunfeet di promosi yang awesome ni ye.

Marilah kome kita beramai-ramai kita mengunjungi cawangan kedua Sunfeet di Cheras Selatan terletak di lokasi berikut ye:

Tingkat 3A, Blok E, Pusat Komersial Akasa,

Jalan Akasa,

Akasa Cheras South,

43300 Seri Kembangan, Selangor.

Telefon: 013-5283939/011-54171939

Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (10 pagi - 5.30 petang). Tutup pada hari Ahad.

Facebook: https://www.facebook.com/SunfeetCherasSouth/

Instagram: https://www.instagram.com/sunfeetinternational/

Tik Tok: https://www.instagram.com/sunfeetinternational

Jom kita mendapatkan analisis kesihatan kaki kita di samping memilih kasut yang bersesuaian dengan keadaan kaki kita di Sunfeet, Pusat Komersial Akasa, Cheras Selatan.





0 Comments