Komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan keselamatan dalam pasaran kenderaan mewah terpakai.

Nikmati pengalaman mewah gaya Scandinavia menerusi tawaran terbaharu daripada Ingress Swede Automobile, program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT yang beroperasi di Mutiara Damansara.

Menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh, program ini telah menetapkan standard kecemerlangan dan keselamatan dalam pasaran kereta mewah terpakai di Malaysia. 

Dengan permintaan untuk kereta mewah yang semakin meningkat, Ingress Swede Automobile akan memenuhi keperluan kumpulan pelanggan automotif yang mencari gaya dan kualiti ikonik Scandinavia yang sering dikaitkan dengan kereta Volvo.

Menerusi Volvo SELEKT, pelanggan juga dijanjikan perkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian.

Menurut Encik Rabian Ab Rahman, Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, “Sebagai pengedar sah untuk Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia. Kami percaya bahawa kejayaan yang dicapai adalah bergantung pada keupayaan kami untuk berada selangkah ke hadapan dan memahami keperluan pelanggan, dan kerana itulah kami amat berbesar hati melancarkan program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT. Program ini bukan sahaja merupakan tambahan mantap kepada portfolio kami yang sedia ada, tetapi juga seiring dengan visi jangka panjang kami.

Pelancaran program ini merupakan langkah strategik yang membolehkan kami memanfaatkan pasaran yang sedang berkembang pesat, sekaligus turut mengukuhkan kerjasama yang terjalin dengan Volvo Car Malaysia, menyokong matlamat kelestarian kami, serta memperkukuhkan reputasi kami sebagai pembekal utama kenderaan premium dan mewah di Malaysia.

Kami juga berasa teruja dengan potensi peluang yang akan dibawa oleh program ini, dan sudah tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan kualiti yang terbaik kepada pelanggan kami seperti yang sudah dijangka dari Ingress Swede Automobile Sdn Bhd.”

Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.

Setiap kenderaan turut dilengkapi dengan jaminan minimum selama 12 bulan, perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam, hanya kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari 5 tahun atau 100,000 km jarak perbatuan, serta pelbagai pilihan pembiayaan yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang berbeza.

Encik Azeman Akram, Penyelia Pengedar Utama Ingress Swede Automobile turut mengulas, "Di Ingress Swede Automobile, kami menyediakan perkhidmatan dan produk yang luar biasa kepada pelanggan kami.

Berikut adalah kelebihan istimewa yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT Ingress Swede Automobile:

Pemulihan dengan teliti: Semua kenderaan di bawah program Volvo SELEKT diubahsuai dengan teliti menggunakan hanya bahagian dan aksesori tulen Volvo semasa proses pemulihan dengan peningkatan perisian terkini, memastikan mereka berada dalam keadaan sempurna dan sedia untuk dinikmati oleh pemilik baru.

Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan: Semua kenderaan di bawah program SELEKT akan menjalani pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan untuk memastikan kualiti terbaik kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Pakej perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baru. Kenderaan Volvo SELEKT juga dilengkapi dengan pakej penyelenggaraan percuma selama sekurang-kurangnya 1 tahun.

Pakar yang sah dan terlatih: Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKTS yang terlatih dan berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci, demi memastikan pelanggan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang kenderaan mereka.

Lokasi strategik: Terletak di Lembah Klang, menjadikannya mudah diakses oleh pelanggan.

"Selain itu, pelancaran program Volvo SELEKT ini juga merupakan langkah penting dalam memperkasa matlamat kelestarian mampan jangka panjang syarikat kami. Kami juga komited dalam mengekalkan standard kualiti dan perkhidmatan yang tertinggi, di samping turut memberi sepenuh perhatian kepada impak terhadap alam sekitar.

Dengan menawarkan kenderaan Volvo terpakai yang telah melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh, kami menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Ini sejajar dengan objektif tanggungjawab sosial korporat, dan kami percaya bahawa langkah ini amat dihargai oleh pelanggan kami yang semakin peka terhadap isu alam sekitar lestari." Kata Azeman.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Ingress Swede Automobile seperti yang berikut:

Website: volvo.ingress-swede.com.my

FB: volvo.ingress.swede

IG: @volvo.ingress.swede

TikTok: @volvo.ingree.swede


0 Comments