Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat sejahtera dan happy selalu.

Macam mana cuaca di tempat semua?
Di Shah Alam ni, kalau panas memang tidak boleh dibawa berbincang, panas terik sangat sampai tidak lalu hendak keluar rumah tetapi demi kelangsungan hidup mahu tidak mahu perlu keluar bekerja huhuhuhuhu.

Cuaca panas macam sekarang ini sebenarnya menyebabkan kulit muka menjadi lebih cepat kering dan tidak bermaya lagi-lagi untuk orang macam den yang perlu ke tapak apabila bekerja.
Berada di persekitaran terbuka dengan cuaca panas terik sememangnya adalah keadaan yang tidak kondusif untuk kesihatan kulit muka den.

Bila ada masa terluang den juga suka berjalan-jalan bersama keluarga dan teman-teman. Jadinya memang hampir sepanjang waktu ada sahaja aktiviti di luar rumah.

Sekiranya jadual den pada hari tersebut ada lawatan tapak, den akan mencuci muka sebaik sahaja balik ke pejabat sebab boleh terasa muka berminyak dan terlekat dengan debu dan kotoran semasa di tapak.

Cuci Muka Berapa Kali Sehari?

Mesti korang tertanya-tanyakan adakah den mencuci muka setiap kali den balik daripada lawatan tapak ke tidak?

Sebenarnya memang terasa hendak mencuci muka setiap kali balik daripada lawatan tapak. Sebab itu ramai yang suka mencuci muka 3 kali sehari, tetapi den tidak buat sebab kita tidak boleh mencuci muka lebih 2 kali sehari ye.
Mencuci kulit muka secara berlebihan akan menyebabkan kulit akan rosak dan kulit menjadi semakin berminyak.
Ini adalah salah satu punca kulit berminyak, jadi masalah kulit berminyak berlaku!

Jadinya den sentiasa memastikan den membersihkan muka dengan pencuci muka/cleanser dua (2) kali sehari iaitu di waktu pagi selepas bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur. 

Skincare Tips: Macam Mana Hendak Pilih Pencuci Muka/Cleanser Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

Den telah cuba macam-macam pencuci muka sepanjang hidup den seperti pencuci muka untuk kulit berminyak, kulit kering, kombinasi kulit berminyak + kering.
Den ada juga mencuba pencuci muka yang kurang buih, lebih buih, yang dalam bentuk gel, cecair dan sebagainya.

Pencuci muka/cleanser terbaik yang paling sesuai dengan kulit muka den adalah pencuci muka yang membersihkan ke dalam liang kulit dan berasaskan air (deep clean pores dan water based cleanser).

Disebabkan den selalu kerja di luar, den perlukan pencuci muka yang boleh menghilangkan kotoran, debu dan sel kulit mati tetapi pada masa yang sama tidak akan mengeringkan kulit.

Satu hari suntuk di luar pejabat memerlukan kepada pencuci muka yang bagus dan boleh mengekalkan kelembapan kulit muka den sepanjang hari.

Den suka pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser daripada Hansaegee Nature kerana ia cleanser terbaik yang memberikan semua manfaat di atas.

Apabila den membersihkan muka dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, perkara yang paling best adalah pencuci muka aloe vera ini jenis water based cleanser mempunyai tekstur buih yang lembut, ringan dan basah.

Pencuci Muka/Cleanser Aloe Vera Terbaik Daripada Bahan Semulajadi

Pembersih muka daripada Hansaegee Nature dirumus khas menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi terutamanya Aloe vera dan Tea Tree Oil yang bukan sahaja menghilangkan kotoran dan minyak pada muka tetapi dalam masa yang sama melindungi kulit dan seterusnya membuatkan kulit muka lebih segar, lembut dan lembap.
Jadinya ia merupakan pencuci muka yang bagus untuk kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitif.
Pendek kata, ianya merupakan pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit muka!

Kelebihan ALOE AC Clean Bubble Cleanser 

Pembersih muka yang buihnya sangat lembut pada muka membantu:

1. mengurangkan masalah jerawat dan acne;

2. membersihkan liang pori;

3. melembutkan kulit;

4. membuang lebihan sebum dan minyak pada kulit; dan

5. melembapkan kulit dan tidak mengeringkan kulit.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni macam istimewa sebab bila kita pam dari botol, ianya keluar sebagai buih lembut. Memang rasa sejuk, lembut dan lembap dekat muka bila kita bersihkan muka guna pembersih muka ni.

Kebiasaannya pembersih muka jenis buih mencuci muka dengan baik tetapi kulit akan menjadi kering tetapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser berbeza kerana walaupun buihnya membersihkan kulit muka sehingga liang pori dengan deep cleansing, kulit muka akan menjadi lembut dan lembap selepas menggunakannya. Ia adalah pembersih muka yang lembut, lembap dan berair.

Tips Penjagaan Muka - Cara Pakai Skincare

Apabila umur makin meningkat, persekitaran kerja yang terdedah kepada habuk dan pencemaran, mahu tidak mahu memang den perlu mengamalkan rutin skincare walaupun yang paling ringkas bagi mengekalkan kelembapan kulit muka di samping mengurangkan kedutan pada wajah.

Ini rutin skincare den setiap hari:

1. Mencuci muka menggunakan cleanser yang sesuai dengan kulit muka.

2. Jangan lupa ye pakai toner.

3. Den akan pakai serum yang tidak melekit tetapi memberi kesan gebu gebas kepada kulit den.
4. Moisturizer adalah satu langkah penting dalam rutin skincare yang dilupa jangan.

5. Rutin skincare diakhiri dengan pemakaian sunscreen bagi melindungi kulit muka daripada sinaran matahari dan UV.

6. Waktu malam sebelum tidur den akan memakai face mask untuk kulit muka yang lebih awesome.

Jom den kongsikan cara yang mudah, ringkas dan cepat bagi membersihkan muka menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni.

1. Basuh muka dan tangan dengan air bersih.

2. Pam pembersih muka ke tapak tangan. Pam sekali atau 2 kali. Dekat sini pun dah boleh rasa tekstur buih yang lembut, ringan, lembap dan berair.

3. Calit buih pembersih muka ke seluruh muka.

4. Sapu rata dan urut pembersih muka di setiap bahagian. Boleh rasa buihnya menyejukkan dan melembapkan kulit muka.

5. Cuci bersih muka. 

Siap muka yang telah dibersihkan. Kulit muka pasti rasa lebih segar, lembap dan lembut dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai untuk kulit muka kering dan juga berminyak termasuk untuk kulit macam den iaitu kulit kombinasi berminyak dan kering. Ada bahagian kulit den yang kering tetapi kawasan T-Zone memang kebiasaannya berminyak.

Dengan penggunaan ALOE AC Clean Bubble Cleanser 2 kali sehari, ianya membantu memberikan kulit muka yang lebih sihat, segar, lembap dan lembut. Best tau kalau rasa kulit muka awesome sebab ia sebenarnya membantu kita fokus pada kerja kita tanpa rasa tidak selesa kulit berminyak atau kering.

Untuk maklumat lanjut tentang ALOE AC Clean Bubble Cleanser, boleh layari:






Youtube page: 


Kalau korang termasuk di dalam golongan yang masih tercari-cari pencuci muka yang boleh membantu mengatasi masalah kulit muka kering atau berminyak, kusam dan tidak segar, korang boleh mencuba pencuci muka ALOE AC Clean Bubble Cleanser bagi mendapatkan kulit muka yang sihat, segar, lembap dan lembut.

0 Comments