As we drive along this road called life, occasionally a girl will find herself a little lost. And when that happens, I guess she has to let go of coulda, shoulda and woulda, buckle up and just keep going

Carrie Bradshaw, SATC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan Oktober sebenarnya banyak sejarah di dalam hidup den. Sebab itu tajuk coretan di hari pertama pada bulan Oktober 2021 adalah sebegitu.

Tahniah Lembah Klang kerana telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan walaupun den tidak begitu pasti justifikasinya bagaimana (mungkin berdasarkan peratusan vaksinasi barangkali).

Ode To My Father Korean Movie

Ode To My Father merupakan sebuah movie Korea yang dihasilkan pada 2014 yang dikategorikan antara naskah yang terbaik dalam arena perfileman Korea. Telah lama sebenarnya movie ini ada dalam hard disc den tapi entah bila ada kekuatan hendak tengok cerita ini sebab tengok tajuk dan baca sinopsis macam bisa mengundang air mata.

Ode To My Mother

22 Oktober 2021 genap 33 tahun arwah emak meninggal dunia. Ini den akan ceritakan di dalam coretan yang akan datang kalau berkesempatan in sya Allah.

Bid Adieu

Ada satu perkara yang berlaku di dalam hidup den pada Otkober 2020 yang berakhir dengan pepatah kuharapkan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengah hari.

Tetapi seperti kata Dr Seuss, “don’t cry because it’s over, smile because it happened”.

Tapi itulah, sometimes your heart needs more time to accept what your mind already knows.

Au revoir my Rudolph. See you when I see you.

Kisah Buku

Den harapkan Oktober sehingga Disember ini den dapat hentikan aktiviti membeli buku sebab den membeli buku macam kena rasukan ablasa atau disampuk saka pada bulan September lepas. Udah la keterhutangan serius, tiada kesedaran diri pula. Memang kombinasi berani mati ala-ala kamikaze namanya.

Alhamdulillah den telah melepasi sasaran untuk membaca sebanyak 52 buah pada tahun 2021 ini, makanya pembacaan selepas ini boleh santai-santai aje sebab sasaran telah dicapai. Iya benar berapa bilangan buku yang dibaca bukanlah indikator kepada pertambahan ilmu dan sebagainya tetapi den gembira kerana ianya salah satu catatan positif di dalam kehidupan den yang macam-macam ni.

Almost Goodbye to Work from Home

Sejak minggu pertama bulan September 2021, semua kakitangan di pejabat den telah diarahkan bertugas setiap hari, minimum 4 jam setiap hari. Ada unit yang telah diarahkan bertugas seperti biasa, 8 jam setiap hari.

Sejak September juga den telah mula ke tapak. Bulan Oktober ini telah bersusun jadual ke lapangan. Chaiyok chaiyok!!!!!!!

Setelah hampir 1 tahun setengah ada pilihan untuk bekerja dari rumah buat den sedar sebenarnya banyak perkara yang boleh dilaksanakan dan diselesaikan walaupun kita bekerja dari rumah. Kan best kalau Kerajaan boleh pertimbangkan pilihan untuk bekerja dari rumah kan? Iya tahu ini adalah angan-angan Mat Jenin tapi bermimpi adalah percuma kan?

PdPR dan UPKK

JAKIM telah memaklumkan bahawa peperiksaan UPKK bagi darjah 5 sekolah KAFA tidak akan dilaksanakan pada tahun 2021 dan akan digantikan dengan penilaian lain yang akan dimaklumkan formatnya kelak. Sejujurnya den suka je sebab den sendiri blur habis bab menjawab soalan-soalan UPKK yang ustazah kongsikan untuk lagi-lagi bab Sirah.

Kalau subjek Akidah, boleh lagi diletak jawapan macam ‘disayangi Allah, dikasihi Allah, dimurkai Allah, etc’ tapi kalau Sirah ni memang tidak boleh goreng sebab fakta Sejarah kot. Sejarah pembukaan Kota Mekah, perjanjian Hudaibiyah, Israq Mikraj, dsb memang perlukan kita menghafal fakta tarikh, bilangan, etc.

Pembelajaran KAFA secara PdPR juga akan diteruskan sehingga habis tempoh persekolahan pada 2021.

Setakat ini Sekolah Kebangsaan masih PdPR tetapi ada sekolah di Fasa Tiga akan mula bersemuka pada 4 Oktober tapi ini mungkin bagi mereka yang akan mengambil peperiksaan besar seperti SPM dan STPM serta mereka yang berada di sekolah asrama.

Bagi den yang anak di darjah 1 dan 5 ni, takpe je la kot kalau PdPR sampai hujung tahun.

Harapan untuk Oktober 2021

Harapnya akan diberi pelepasan kepada semua rakyat marhaein merentas negeri. Ramai yang hanya dapat bersua muka dengan ibu bapa di kampung melalui video call sahaja selama hampir 2 tahun ini.

Rakyat telah penat membaca berita-berita yang kami sedar tidak dapat kami berbuat apa-apa seperti pembaikian Seri Perdana yang menelan belanja RM38.5 juta di kala ada rakyat yang tidak tahu ada ke tidak makanan untuk disediakan kepada anak-anak malam nanti, lawatan ke luar negara untuk berehat oleh pemimpin-pemimpin yang diharapkan menjaga kebajikan rakyat, dsb.

Jadinya biarlah rakyat merawat luka lara di hati dengan bertemu dengan orang yang mereka sayangi.

Semoga tiada Tragedi Oktober seperti tajuk lagu Awie. Semoga Oktober 2021 membawa lebih sinar kebahagiaan kepada kita semua. In sya Allah.


 

2 Comments

  1. Haha tragedi oktober. Rajinnya baca buku, banyak pula tu. Semoga terus membaca

    ReplyDelete