Selepas selesai merobekkan wallet membeli buku Andrea Hirata di Kedai Projek Buku, kitaorang berehat melepaskan lelah dan bergossip di perkarangan ruang terbuka di B5 Johor Street Market selepas membeli cendol di Cendol Kampung Hulu Café.

Ada banyak café dan kedai di B5 Johor Street Market termasuk kedai pakaian, kraftangan, etc. Ada kedai Tiga Budak Gemuk, JDM Salai House, etc.

Disebabkan tidak ada ramai orang semasa kami melepak di kerusi kayu yang disediakan di sini, makanya kami ambil peluang untuk merealisasikan kenangan di zaman kanak-kanak iaitu main ting-ting hehehhehee. Beza sungguh main ting-ting di kala umur 10 tahun dengan umur 40an nih ha. Berat sangat badan hendak melompat pun termengah-mengah. Belum ditambah lagi faktor lutut yang sudah terpleot hehehehehehe. Lebih kepada sesi gelak ketawa masa main ting-ting ni.

Lepas habis semangkuk cendol yang dikongsi bertiga dan sushi, kami mengambil giliran untuk bergambar di tulisan Johor hehehehe. Layankan ye sebab tidak tahu bila lagi hendak ke sini.

Kitaorang tidak berjalan-jalan tengok kedai-kedai yang ada di sini pun sebab mengejar masa, jadinya tidak banyak gambar di sini. 

Kalau diikutkan ada 219 ruang kedai yang ada di B5 Johor Street Market berdasarkan laporan akhbar pada awal 2020 (sebelum Covid19 melanda dunia). Setelah hampir 1 tahun setengah berlalu selepas Malaysia dibelenggu Covid19, den tidak pasti berapa banyak kedai yang masih beroperasi di sini. Boleh tengok Facebook B5 Johor Street Market untuk dapatkan maklumat terkini tentang tempat ini k.

https://www.facebook.com/B5JohorStreetMarket/

https://www.instagram.com/b5johorstreetmarket

0 Comments