Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah Selangor telah Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara bermula 10 September yang lepas. Banyak kedai yang membuka semula kedai mereka dan ada premis yang telah memanjangkan tempoh operasi perniagaan mereka setelah sekian lama terbelenggu dengan pelbagai kekangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik Covid19.

Ini termasuklah Bob Rock LoveLily yang merupakan kedai pakaian yang menjual pakaian SAIZ BESAR yang bersesuaian dengan potongan badan orang Asia bagi memenuhi permintaan dan keperluan mereka yang bersaiz besar dengan ketinggian orang Asia.

Butik pakaian saiz besar lelaki dan wanita paling ohsem di Malaysia!’ ini menawarkan pakaian bersaiz besar bermula daripada saiz XL hingga 6XL dengan 70% pakaian untuk lelaki dan 30% pakaian untuk wanita.

Pelbagai jenis pilihan pakaian bersaiz besar termasuk pakaian harian, pakaian pejabat, pakaian tradisional seperti Baju Melayu dan lain-lain terdapat di sini.

Boleh baca di SINI untuk latar belakang Bob Rock LoveLily yang lebih lanjut.

Pembukaan semula selepas PKP

Berita gembira bagi mereka yang telah lama menunggu untuk mencari baju untuk dipakai semasa program jalan-jalan cari makan dan bersantai yang telah dirancang atau untuk pakaian seharian kerana Bob Rock LoveLily telah membuka semula operasi perniagaan mereka di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 di mana waktu operasi mereka pada September 2021 adalah setiap hari kecuali Rabu pada 11 pagi - 8 malam.

Operasi kedai bermula 1 Oktober 2021 adalah setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pemakaian SOP Penuh di Kedai

Jangan risau hendak membeli belah di kedai Bob Rock LoveLily ini sebab kedai dibersihkan setiap hari dan disanitasi sekali setiap minggu.

Hanya kakitangan yang mencukupi dua dos vaksinasi sahaja yang dibenarkan bekerja.

Setiap pengunjung dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan dan mendengar arahan Kerajaan dari masa ke semasa termasuklah:

Memakai pelitup muka dan disarankan dua lapis

Scan MySejahtera dan suhu sebelum memasuki kedai

Membersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan

Menjaga jarak antara satu sama yang lain (1 meter)

Bob Rock LoveLily berusaha untuk menjaga keselamatan semua agar penularan wabak covid-19 dapat dibendung dengan menghadkan 10 orang pada satu-satu masa di kedai.

Bob Rock LoveLily mengalu-alukan kedatangan semua ke kedai mereka di

Lot F-15, Aras 1,

PLAZA SHAH ALAM,

Jln Tengku Ampuan Zabedah E 9/E

Seksyen 9, Shah Alam, Selangor

Boleh klik di sini untuk arah jalan ke kedai Bob Rock Lovelily https://g.page/bobrocklovelily?share

Jom jalan-jalan secara maya untuk tengok kedai Bob Rock LoveLily ni.

T-Shirt Bercorak Rekaan Terkini

Bob Rock LoveLily memperkenalkan TShirt bercorak dengan empat (4) motif terkini yang diminati ramai iaitu Yellow Tiger, White Dragon, Blue Mask dan Red Tribe dengan fabrik yang selesa, breathable dan mudah menyerap peluh, sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Walaupun T-Shirt ini untuk lelaki tetapi perempuan juga sesuai memakainya kerana T-Shirt adalah pakaian unisex.

Pembelian T-Shirt Bercorak di atas talian boleh dilakukan di 

https://www.bobrocklovelily.com.my/products/plus-size-printed-t-shirt

atau 

https://shopee.com.my/Plus-Size-Printed-T-shirt-T-shirt-Printed-Saiz-Besar-i.90377853.10034682289?position=3

Boleh dapatkan juga T-Shirt bercorak ini di kedai Bob Rock Lovelily ye.

Pembelian Atas Talian

Kepada mereka yang hendak melihat pelbagai pilihan pakaian bersaiz besar yang disediakan oleh Bob Rock LoveLily tetapi tidak dapat datang ke kedai yang terletak di Plaza Shah Alam kerana kekangan masih belum divaksinasi sepenuhnya atau kerana duduk jauh dari Shah Alam, boleh sahaja memberi secara atas talian kerana perkhidmatan atas talian sentiasa diperkemaskan dan sentiasa ditambah baik untuk memberikan pelanggan pengalaman yang hampir sama ketika membeli di kedai.

Pelanggan boleh memilih samada hendak membeli di website kedai Bob Rock LoveLily di pautan https://www.bobrocklovelily.com.my atau boleh ke kedai Bob Rock LoveLily di shopee melalui pautan https://shopee.com.my/bobrockofficial

Jangan risau tentang promosi kerana apa yang dipromosi di kedai turut sama dipromosikan di kedai Bob Rock LoveLily di atas talian.


Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi:

1. Telefon: 03-55133588 

2. Whatsapp Admin: 011-10091301

 (https://linktr.ee/bobrocklovelily

3. Instagram: https://www.instagram.com/bobrocklovelily/

4. Facebook: https://www.facebook.com/bobrocklovelily.my

Jom kita shopping T-Shirt Bercorak saiz besar di Bob Rock LoveLily.


 


3 Comments