Loving can hurt, loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know
When it gets hard, you know it can get hard sometimes
It is the only thing makes us feel alive

Begitu kata Ed Sheeran di dalam lagu Photograph.

Siapa sangka siapa menduga seperti kata Liza Hanim den akan jatuh cinta lagi.

Tajuk mengundang sangat kan tetapi den hendak cerita pasal buku je pun sebenarnya hehehehehehehe.

Jarang sangat sekarang ni den hendak jatuh hati terhadap buku-buku yang den baca. Tidak pasti kenapa jadi begitu. Ini mungkin sebab den tersangkut lama di fasa reading slump yang melampau, kemalasan melanda, kehidupan caca merba dan sebagainya.

Selepas satu (1) bulan lebih meminjam buku Around The World in 80 Trains by Monisha Rajesh (2020) daripada seorang jiran yang merupakan ulat buku tegar iaitu Kak Noris, den paksa diri untuk membaca buku ini sebab telah tersegan lama sangat buku ini berada di dalam simpanan den.

Den tidak sangka akan jatuh berkenan teruk dengan buku ini sebab kalau ikut beberapa resensi yang dibaca, penulisnya banyak mengomel dan tidak berpuas hati di sana sini sepanjang kembara 6 bulan tuh seolah-olah macam dia tidak enjoy perjalanan. In sya Allah den akan buat resensi buku ini bila kerajinan kelak ye.

Iya benar penulisnya banyak mengomel di sana sini yang kadang-kadang buat den rasa ‘dah kenapa engkau ni labu, macam kena paksa pula pergi ke semua tempat naik semua keretapi’ tetapi den tidak sangka den akan jatuh cinta pada coretan tentang beberapa laluan keretapi serta keretapi yang beliau naiki (yang disebut sekupang dua), kisah survivors pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, kisah di Korea Utara, Tibet dan sebagainya.

Semasa membaca tu rasa agak terkebil-kebil sebab tidak dapat conteng buku tersebut di sana sini sebab udah buku orang kan heheheehehe.

Akhirnya selepas selesai membaca buku tersebut, den akhirnya membuat keputusan untuk membeli buku itu supaya den dapat membaca buku itu buat sekian kalinya sambil conteng di sana sini.

Pengarang yang sama turut mempunyai sebuah buku lagi iaitu Around India in 80 Trains yang diterbitkan pada 2017.

Den cuba mencari kedua-dua buah buku ini di BookXcess, MPH, Popular dan Carousel tetapi den tidak temui buku-buku ini.

Den menjumpai ebook Around India in 80 Trains di BooksVooks tetapi den pasti den tidak akan berpuas hati membaca buku ini secara maya. Buku sebegini harus dibaca melalui buku fizikal.

Den temui kedua buah buku ini di Kinokuniya dan BookDepository.

Harga di BookDepository:

Around The World in 80 Trains RM49.97

Around India in 80 Trains RM41.81

Harga di Kinokuniya:

Around The World in 80 Trains RM58.90

Around India in 80 Trains RM65.93

Kalau dikirakan, boleh jimat lebih kurang RM33 (tidak termasuk postage dari BookDepository) kalau beli buku-buku ini dari BookDepository tetapi bila terkenangkan pengalaman Kak Noris yang kena tunggu buku dia sampai 8 bulan siap kena email berkali-kali bagai langsung la den seriau nak tempah daripada situ.

Akhirnya kerana cinta kuturutkan jua lalu den pejam mata dan menempah buku-buku ini melalui Kinokuniya.

Ini adalah panahan asmara yang buat RM terbang melayang. Memang rabak poket tapi kalau hati sudah berkenan nak diapakan ye tak huhuhuhuu.

Ini adalah antara buku yang termahal den pernah beli. Sejak biasa membeli buku melalui BookXcess di dalam harga RM17.90, buku-buku preloved dengan harga bawah RM15 serta buku baru berharga bawah RM10 di ReadMore Bookstore dan sebagainya, memang agak terkesima bila hendak beli buku harga melebihi RM30 sebuah.

Sudah la mahal kena tunggu pula lebih kurang 2 bulan baru dapat buku Around India in 80 Trains kerana buku ini out of stock.

Penantian sesungguhnya suatu penyiksaan huhuhuhu.

Jadinya setelah poket terluka, kena pula sabar menanti. Inilah akibat yang kena diterima apabila jatuh cinta. 

Doakan semoga buku-buku ini akan selamat sampai ke tangan den ye.

2 Comments

  1. Penantian yang berbaloi nampaknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....masih menanti buku yang tidak kunjung tiba ni huhuhuhuhu

      Delete