Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

503 hari telah berlalu.

Malaysia berperang dengan Covid19.

Tetapi tetap la juga masih lagi samar-samar.

Hala tuju pengurusan Covid19 Malaysia sehingga hari ini.

Tujuh (7) bulan pada tahun 2021

dilalui dengan caca merba, blur dan seumpama dengannya.

 

Rakyat semakin sakit, terhimpit, tersepit, dsb.

Ramai anak-anak menjadi yatim piatu.

Frontliners semakin burn out.

Banyak perniagaan telah tutup kedai.

Kalau beli groceries boleh nampak banyak kedai yang tutup.

Dah macam dalam movie Legend pun ada.

 

Senario politik yang tidak tahu hendak digambarkan bagaimana.

Tengok sahaja persidangan Parlimen baru-baru ini.

Jangankan hendak dibandingkan dengan pemerintahan di zaman Khalifah.

Dibandingkan dengan leadership dalam KDrama dan KMovie pun jauh panggang dari api.

Jangankan hendak setanding General Yi dalam The Admiral: Roaring Currents.

Kepimpinan Kapten Ki Han-sol dalam Live pun belum tentu setara.

Haish la Malaysiaku.

Sampai bila Malaysia begini?

Tiada siapa yang tahu.

 

Akhir-akhir ini kes telah mencecah 17 ribu.

Sampai satu masa dah tak larat nak tau berapa kadar kes positif setiap hari.

Sebab angkanya semakin meningkat.

Apa yang boleh diharapkan adalah makin ramai orang mengambil vaksin.

Supaya herd immunity boleh dibentuk.

Berdasarkan pembacaan nampaknya kadar vaksinani semakin meningkat.

Alhamdulillah bagi perkara ini.

 

Pelan Pemulihan Fasa 1 katanya.

Apa lagi yang hendak dikatakan ye.

Kena jalan terus.

Kadang-kadang memang terpaksa take a break from media sosials.

Untuk menjaga rasa sendiri.

Rasa helpless dan hopeless bila baca tentang

mereka yang meninggal akibat Covid19,

mereka yang ke hulu ke hilir mencari hospital untuk dapatkan rawatan akibat Covid19,

mereka yang berhempas pulas untuk kesinambungan hidup,

peniaga yang sudah tidak mampu bayar gaji pekerja, sewa kedai, etc,

keadaan hospital di Lembah Klang yang menanti masa untuk collapse,

mereka yang sudah satu tahun lebih tidak berjumpa keluarga,

pelajar yang burn out belajar secara atas talian, dsb.

Ada macam-macam cerita meruntun jiwa.

Speechless.

 

Mulai minggu lepas den mula masuk pejabat 2 kali seminggu.

Kisah pejabat ini satu hal juga.

Kita cuba fight untuk dapatkan vaksinasi untuk kakitangan sebab katanya antara jabatan yang terpaling frontliner.

Kita cadangkan minimize kan contact dengan orang luar.

Tapi udah dikatakan tidak hormat pada pengurusan tertinggi.

Udah beberapa orang pekerja yang positif.

Bila seorang kakitangan meninggal dunia akibat Covid19.

Meninggalkan seorang isteri yang menanti masa untuk bersalin.

Seorang pun diam tidak berkutik.

Haishhhhh.

Tak tau nak cakap apa lagi dah.

 

In sya Allah ada 1 projek yang den handle

akan siap pada bulan Ogos ni. 

Banyak kisah projek ni.

Dengan pelanjutan masa sebanyak 2 kali sebab PKP.

Suami peneraju utama meninggal dunia semasa projek ini berjalan.

Lega rasa bila projek hampir hendak siap.

Boleh fokus pada 1 projek yang baru bermula.

Kerja-kerja rutin berjalan seperti biasa.

Kadang-kadang best juga mesyuarat online untuk introvert macam den ni.

Tidak perlu bersua muka dengan sesiapa.

Walaupun biasanya ada gangguan line dan sebagainya.

Cuma sekali sekala rindu hendak pergi site.

Disebabkan kes Covid19 melonjak-lonjak ni.

Kita prioritize dulu mana yang urgent.

 

Alhamdulillah den telah lengkap dua dos vaksin Sinovac pada Julai lepas.

Alhamdulillah tiada kesan sampingan yang ketara.

Baik semasa vaksin dos pertama mahupun dos kedua.

Walaupun ramai juga yang masih mendebatkan hal vaksin.

Den tidak larat dan tidak minat nak berdebat.

Den buat apa yang den rasakan elok untuk diusahakan.

Ikutlah masing-masing ye.

 

PdPR diteruskan setakat mana yang mampu.

Bila den mula bekerja ni.

Memang ada kisah homeworks terlambat hantar.

Sekolah KAFA memang mencabar.

UPKK bulan September ini katanya.

Tidak tahu la tuh anak den macam mana nanti.

Kita layan aje la ye.

 

Siapa menyangka siapa menduga.

Den berjaya membaca sembilan (9) buah buku pada Julai lepas.

Di kala masih di dalam fasa reading slump.

Sebuah buku fizikal dan 8 e-books.

Not bad ehhh.

 

Berjaya habiskan KDrama What Happened To My Family.

53 episod.

3 minggu juga hendak menghabiskannya.

Kisah keluarga.

Episod 35 ke atas memang mengundang air mata.

Hanya ada 3 KDrama episod panjang berjela yang den tengok.

Jewel In The Palace (54 episod)

Dong Yi (60 episod).

Ketiga-tiganya best.

 

Berjaya habiskan KDrama Live.

Memang antara KDrama polis yang terbaik untuk den.

Beza sungguh Gerak Khas dengan 16 episod KDrama ini.

Hendak review tapi terasa malas pula.

Tapi memang awesome sangat jalan ceritanya.

 

Apa yang diharapkan untuk Ogos ini ye?

Macam tiada harapan bagi

penurunan kes positif Covid19,

kestabilan politik dan ekonomi,

merentas Negeri, dsb.

Haish.

 

Semoga kita semua dapat mengharungi Ogos 2021 dengan lebih baik berbanding Julai. In sya Allah.

 

2 Comments

  1. memang speechless juga masa tengok persidangan haritu huhu

    ReplyDelete