"The most difficult thing of all is to judge yourself. It is much more difficult to judge oneself than to judge others. If you succeed in judging yourself rightly, then you are indeed a man of true wisdom"

Siapa sangka siapa menduga buku dengan 93 mukasurat ini bisa membuatkan kita berhenti sebentar dan melihat semula kehidupan kita.

Jadinya wajar sekali buku ini dikatakan sebagai 'children's fable for adults'.

Muka surat pertama sahaja membuat den berperasaan seperti ‘ahhhhhhh……macam ni biasanya perangai den bersama anak-anak den’.

Den merupakan salah seorang dewasa yang tidak memahami banyak perkara, mempunyai imaginasi yang terhad kerana terlalu banyak perkara berlaku di dalam kehidupan, kadang-kala terlepas pandang perkara yang nampak kecil tetapi mempunyai impak yang besar di dalam perjalanan den sebagai individu dan sebagainya.

Buku ini mengajar kita, orang dewasa untuk menghargai kehidupan kita dengan tujuh (7) perkara iaitu:

1. hargai setiap masa di dalam kehidupan

2. memelihara dan memulihara alam sekitar

3. hargai perkara dan orang yang memberikan kita kebahagiaan dan kegembiraan

4. ambil masa untuk travel

5. jangan terlalu sibuk dengan kebendaan

6. beri peluang untuk belajar perkara baru dan kenal orang baru

7.  remember to look up at the stars

Buku yang walaupun nipis tetapi sarat dengan pengajaran di dalam kita menghadapi kehidupan seharian.

"It is only with the heart that one can see rightly; what is essential is invisible to the eye".

0 Comments