Assalamualaikum semua.

Den masih kerja lagi hari ni. Ada 2 mesyuarat lagi kat ofis nih huhuhuhuhu.

In sya Allah orang Muslim akan meraikan Aidilfitri 2020 pada hari Ahad ini.

Aidilfitri bagi umat Islam di seluruh dunia pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelum ini memandangkan kita semua masih berjuang menentang Covid19.

Den mengharapkan semua rakyat Malaysia mematuhi arahan Kerajaan yang tidak membenarkan pergerakan merentasi Negeri bagi menyambut Aidilfitri bagi membendung dan memutuskan rantaian Covid19. Sudah tentu memang amat sedih tidak berhari raya bersama kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tetapi ini untuk keselamatan semua sebab kita sendiri tidak tahu yang siapa membawa Covid19.

Macam den sendiri pun walaupun rumah mertua memang boleh pergi beraya sebab merentas daerah je, den sekeluarga buat keputusan tidak akan beraya di kampung mertua disebabkan ibu mertua memang sakit terbaring dan ayah mertua pun tidak beberapa sihat. In sya Allah mereka akan beraya dengan 2 orang anak yang lain dan keluarga mereka yang memang di dalam daerah yang sama.

Di samping kitaorang risau membawa Covid19 pada keluarga mertua yang tidak sihat, kitaorang juga risau nak keluar bawa anak-anak yang berumur 6 dan 10 tahun tuh ke mana-mana pun. 

Sejak PKP 18 Mac yang lepas, si F yang sulung langsung memang tak pernah keluar rumah. Si A ada keluar rumah sekali sebab pergi ke klinik gigi. 

Den dan buong keluar rumah sebab pergi kerja dan beli barang. Selain tuh memang tak pernah keluar pun.

Persiapan raya pada tahun ni adalah yang paling sempoi sepanjang hidup den sekeluarga.

Biasanya persiapan Aidilfitri merangkumi belanja raya untuk keluarga, kuih raya, baju raya, duit raya dan bajet perjalanan (minyak dan tol) memang sesederhana mungkin sebab memang macam tuh life kitaorang, semuanya berbajet tapi tahun ni lagi bajet gila persiapan sambutan raya sebab memang tak sempat shopping apa sangat pun dan tidak ada plan nak keluar beraya ke mana pun. 

Belanja raya keluarga - nih memang bagi macam biasa.

Baju raya - baju Melayu buong dan kiddos memang tak beli. Pagi raya nanti kita tengok baju mana yang masih muat dalam almari, kita pakai la kejap untuk bergambar (nih pun kalau rajin la). Kiddos ada sehelai tshirt sorang yang belum pernah pakai, kira baju raya je la ni. Den ada 2 pasang baju raya sebab kebetulan hantar kain yang dah beli tahun lepas pada tailor sebelum PKP. Makanya den sorang je la ada baju raya. Shawl raya ada 4 helai (1 helai den beli dari DanieaArt (kanak-kanak autism berbakat besar melukis) + 3 helai shawl free masa program blogger event SofeaRose sebelum PKP lepas). 

Kuih raya - okay nih memang dalam sejarah sebab den beli kuih paling sikit gila sebab tak dapat nak bagi kat keluarga sebab tak balik kampung pun kan. Den ada 2 balang kuih almond London dan 1 bekas popia simpul. Serious tuh je kuih raya den tahun ni. Tahun ni takde semangat nak buat biskut Florentine (resepinya merupakan entry paling popular dalam blog den ni) sebab tak lalu nak beratur panjang di kedai bakeri dan malas pengsan baloq tak tau kenapa di musim Covid19 ni nak baking apa pun.

Duit raya - pakai duit tabungan apa yang ada sebab tak tukar duit pun di bank. Setakat ni sempat bagi duit raya pada anak-anak beberapa orang officemates.

Juadah pagi raya - ketupat dan rendang den order je dengan jiran tetangga yang memang dah diketahui masak sedap tuh sebab den dan buong je makan rendang, jadinya beli je la sikit-sikit buat merasa.

So macam tuh je la cerita persiapan raya den sekeluarga.

Apabila Aidilfitri melambai-lambai maknanya Ramadhan sudah hendak berlalu pergi, hati rasa sayu sebab mengenangkan entah ada rezeki atau tidak hendak bertemu Ramadhan pada tahun mendatang. Bila umur dah semakin senja ni, memang rasa sayu tuh lain macam plak. Lagi-lagi Ramadhan pada tahun ni di dalam suasana terasing dan terkurung akibat Covid19, dia punya sayu tuh memang lain macam la. 

Hikmah PKPB di bulan Ramadhan untuk keluarga kecil den adalah si F berjaya puasa penuh pada tahun ini sebab kurang penat sebab tidak pergi sekolah, kitaorang lebih banyak masa untuk membaca Quran dan 80% juadah berbuka den masak (untuk orang yang jarang masak ni memang pencapaian besar untuk den). 

Semoga ada rezeki kita semua untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

In sya Allah lepas Aidilfitri den akan cuba mencoret lagi di blog nih ye.

1 Comments

  1. Salam Aidil Fitri. Semoga bergembira di hari raya ini biarpun ada PKPB. Jom bertukar link dgn abam kie? Thanks. www.zukidin.com

    ReplyDelete