Rakyat Malaysia bekerjasama membantu komuniti yang kehidupan mereka bertambah mencabar akibat Covid-19 termasuklah dengan memberikan bekalan makanan (communal food pantries) sebagai salah satu inisiatif.

Inisiatif #AyamWithYou Food Pantry oleh Ayam Brand™ dan 13 rumah kebajikan seluruh Negara sedang membantu komuniti setempat yang memerlukan bantuan. 
Anjung Singgah, tempat perlindungan gelandangan di Jalan Lekiu membantu komuniti setempat dengan menguruskan #AyamWithYou pantry di kawasan ini.

“Kami prihatin terhadap keadaan sesetengah keluarga di sini terutamanya semasa Ramadhan dan Raya. Kami tidak punya banyak tetapi mereka ada lebih sedikit. Kami telah menjadi sebahagian daripada kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa yang lepas. Pada tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan organisasi kami bekalan produk untuk 2 bulan kepada penghuni kami, dan mencadangkan kami menyediakan food pantry atau gerobok rezeki sebagai penyelesaian kepada komuniti yang memerlukan. Mereka telah menyediakan weatherproof pantry dan bekalan produk yang boleh digunakan bagi membantu komuniti,” kata pegawai operasi Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman. 
The weatherproof pantry disediakan di luar pusat perlindungan supaya perjarakan sosial dapat dilaksanakan. Ianya adalah terbuka kepada orang awam sepanjang masa. Pekerja dan penghuni akan memberikan maklumat kepada komuniti tentang food pantry melalui kumpulan komuniti melalu media sosial, dan mereka akan top up produk Ayam Brand™ setiap hari.

“Kami menghantar maklumat melalui WhatsApp dan Facebook memaklumkan barang-barang di food pantry adalah percuma untuk mereka yang memerlukan. Bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh menambah makanan kering, snacks, alat tulis, produk pembersihan dan bahan keperluan yang lain. Penghuni yang bertanggungjawab untuk menguruskan food pantry dan memastikan bekalan sentiasa tersedia dapat mempraktiskan kebaikan dan murah hati,” kata Encik Amir Rudin.

Maklumbalas daripada inisiatif tersebut adalah sangat memberangsangkan dengan bekalan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, baked beans, processed peas, nenas dalam tin dan santan merupakan produk laku keras, dan pelbagai barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada komuniti.

“Produk yang tidak terjangka diberikan di food pantry termasuklah sayur segar, kurma, susu formula bayi, lampin pakai buang dan kuih raya! Kami boleh merasakan semangat #KitaJagaKita. Projek #AyamWithYou food pantry membuatkan Raya pada kali ini adalah lebih istimewa dengan semangat kebaikan, kepercayaan dan sokongan oleh komuniti, membolehkan kami memberikan sumbangan,” kata beliau.

Melalui program Corporate Social Responsibility yang telah lama dilaksanakan, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih daripada 2 juta makanan sihat bagi kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 21,800 orang dari 524 organisasi kebajikan dan NGOs sejak 12 tahun lepas. 
Pada tahun ini, Ayam Brand™ telah menyokong Covid-19 front liners di Hospital Sungai Buloh, 13 rumah kebajikan, inisiatif #AyamWithYou food pantry, dan Pusat Transit Gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur Homeless merancang untuk menyumbang kepada lebih banyak organisasi dan komuniti.

“Covid-19 telah mengubah rancangan tahunan ke 13 Ayam Brand™ Community Care Campaign secara drastik, tetapi kita dapat melihat impak positif inisiatif #AyamWithYou Food Pantry. Ia mengubah naratif rakan rumah kebajikan kami, daripada menjadi penerima kepada pemberi sumbangan dan penderma di komuniti mereka. Komuniti di sini telah menerima konsep food pantry ‘ambil apa yang anda perlukan, tinggalkan apa yang boleh’ mencipta kitaran yang boleh mengekalkan inisiatif tersebut” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia’s, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ telah membantu menyebarkan maklumat tentang food pantry supaya lebih banyak ramai boleh memanfaatkannya dan menyumbang, dan mulakan inisiatif menyumbang bahan bukan makanan ke food pantry.

"Bermula dengan keluarga dan kawan-kawan, kami telah membuat satu senarai keperluan dan siapa yang boleh dropped off barang keperluan di pantry. Komuniti bersemangat untuk membantu. Mereka berkongsi lokasi pantry dengan mereka yang memerlukan. Semua orang boleh membantu berdasarkan kemampuan masing-masing,” kata ahli Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan tersebut.

#AyamWithYou food pantry terletak Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor.

Jom jadi sebahagian daripada inisiatif untuk menerima atau memberi barang keperluan.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif #AyamWithYou food pantry, sila lawati:

Website:
https://www.ayambrand.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia/

Instagram: https://www.instagram.com/ayambrandmy

0 Comments