Kerja den kadang-kadang memerlukan den turun ke tapak di bawah panas matahari terik. Untuk orang yang tak beberapa nak rajin menjaga kesihatan kulit muka macam den ni, memang la selalu bertangguh-tangguh nak pergi buat rawatan muka, etc.

Jadinya bila den ada peluang untuk mendapatkan rawatan therapeutic face theraphy/massage di MBH Medispa Seksyen 15, Shah Alam memang la seperti orang mengantuk disorongkan bantal. 
Therapeutic face theraphy/massage oleh MBH Medispa adalah rawatan muka yang memfokuskan kepada teknik urutan muka serta rawatan pembersihan, masker dan pelembap.

Sebelum menjalankan therapeutic face theraphy/massage ni sebenarnya elok la muka kita dibersihkan daripada segala white head dan black head bagi mendapatkan hasil yang lebih flawless camtuh.
Analisis kulit muka untuk tentukan tahap kesihatan kulit dan cadangan rawatan yang bersesuaian
Kurang sesuai kalau ada liang pori muka tersumbat bagai lalu kita buat therapeutic face theraphy/massage ni. 

Untuk dapatkan hasil yang terbaik, kita mesti pastikan kulit muka kita telah bersih daripada sebarang anasir kulit mati, white head dan black head dan seangkatan dengannya ye.

Therapeutic face theraphy/massage yang mengambil masa lebih kurang 45 minit melibatkan turutan aktiviti:

1. membersihkan muka dengan menggunakan air suam;

2. urutan muka menggunakan jari dan krim urutan;

3. urutan muka menggunakan mesin;

4. pemakaian mask selama lebih kurang 15 minit;

5.  membersihkan muka dengan menggunakan air suam; dan

6. pemakaian pelembap atau sunblock bergantung kepada keadaan kulit muka kita.

Antara kelebihan therapeutic face theraphy/massage:

1. menegangkan kulit muka;

2. melembutkan kulit muka; dan

3. melancarkan pengaliran darah di muka. 

Pengalaman den mendapatkan awatan therapeutic face theraphy/massage di MBH Medispa Seksyen 15, Shah Alam memang terbaik dan berbaloi. Rawatan itu sendiri telah memang menarik. Ditambah pula dengan pakej layanan mesra oleh 4 orang petugas di situ, ini yang buat rawatan tersebut lebih best dan santai.
Sebelum rawatan
Selepas rawatan. Kulit rasa lebih smooth. Gambar semasa rawatan tak diambil sebab agak seksi di situ hehehehe
Bagi mereka yang jarang pergi spa macam den ni, bukan sesuatu yang mudah nak menyerahkan muka untuk dibuat rawatan lagi-lagi untuk den yang ada rasa risau kalau pekerja spa kurang latihan lalu terberi tekanan lebih pada muka den lalu terpleot.

Tahniah MBH Medispa Seksyen 15, Shah Alam sebab pekerja anda berhemah dan mempunyai skill yang bukan sahaja dapat memberi rawatan yang terbaik tetapi boleh menyebabkan pelanggan macam den yang selalu berdebar-debar boleh bertenang dan santai semasa rawatan dilakukan dan menyebabkan hati rasa nak datang lagi nanti.
Daripada mula kakitangan membuka pintu, meminta pelanggan mengisi borang maklumat, memberikan analisis kulit, membuat rawatan dan diakhiri dengan secawan nescafe dan kuih bakar, den sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
Soalan berkaitan dengan analisis kulit, skincare yang sesuai dengan kulit, rawatan muka yang bersesuaian, etc semuanya dijawab dengan penuh berhemah oleh kakitangan MBH Medispa Seksyen 15, Shah Alam.
Antara jenis rawatan yang ditawarkan
Layanan kakitangan kelas pertama + pelbagai pilihan rawatan muka + tempat menarik + pilihan lagu yang best adalah kombinasi factor wow yang sememangnya akan mempengaruhi pelanggan macam den untuk kembali lagi ke sini. 
Rawatan therapeutic face theraphy/massage sangat relaxing dan membuatkan kulit den lebih berseri. Langsung lepas rawatan den fefeling Jennifer Lopez heheheheehehe.

Sesiapa yang berhajat nak mendapatkan rawatan therapeutic face theraphy/massage atau pelbagai jenis rawatan muka yang lain yang disediakan oleh MBH Medispa, korang boleh pergi ke 23 cawangan MBH Medispa di Malaysia ye. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut; korang boleh layari:



2 Comments

  1. Wahhh bermanja2 dengan kulit muka la ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala berangan kulit flawless macam Jennifer Lopez hehheheehehe

      Delete