Terletak bersebelahan dengan Galeri Kewangan dan Perbankan Islam.
Kat sini semua cerita pasal perkembangan ekonomi Malaysia dari dulu sehingga sekarang.

Maklumat ringkas tentang komoditi utama Malaysia macam kelapa sawit, minyak petroleum, getah, bijih timah, biodiesel, etc.
Yang paling menarik bagi den adalah kapal yang membawa pelbagai jenis kontena (macam yang dok berlabuh kat Pelabuhan Klang) yang mana setiap satu kontena tuh kita boleh tarik untuk reveal maklumat tentang eksport dan import beberapa negara di dunia. Kiddos suka sebab macam permainan bagi depa tapi ada maklumat.
Potongan surat khabar gergasi yang of course ada pelbagai maklumat adalah sangat instagramable tapi disebabkan takde sapa nak melayan den bergambo di sini, tak dapat la den nak berposing ayu di situ. Tragis sungguh.
Ada satu dinding yang menempatkan maklumat ‘tempat jatuh lagi dikenang’. Ada 5 info yang sempoi je pun sebenarnya tapi tetap la juga den tak tau maklumat tuh semua huhuhuhuhuhu. Haish…haru sungguh. Kiddos pun suka baca maklumat kat sini sebab sempoi tapi menarik perhatian depa.
Yang paling kiddos suka adalah bergelinjangan di lantai kaca yang ada pelbagai maklumat interaktif tuh ha. Awak risau je karang kaca tuh pecah mampuih mati kejung den nak bayo ganti rugi dengan apa hhuuhuhuhu.
Lama betul Menteri Kewangan keluarga den (si buong) tuh menghadam info Sejarah Krisis Ekonomi Dunia 1588-2010. Lama dia berteleku kat situ. Mungkin dia dok membandingkan sekali dengan sejarah krisis ekonomi keluarga kecil kitaorang heheehehehehe. Walaupun den memang jarang sungguh shopping tudung ke baju ke tapi den sakan shopping buku hehehehehehe.



0 Comments