Nama galeri macam mistik je kan hehehehehehe tapi sebenarnya galeri yang mempamerkan sejarah khazanah, artifak, syiling, mata wang dari zaman dulu-dulu. Memang ilmiah sejarah sungguh galeri yang satu ni tetapi tetap la jua ia dipersembahkan dalam bentuk yang menarik dan mengujakan untuk dibaca. Cuma nak cari masa untuk baca setiap maklumat tuh la kot tak berapa nak ada.
Masuk-masuk je galeri ni kita akan disambut dengan Denai Duit Syiling atau River of Coins yang mana ada pelbagai jenis duit syiling daripada zaman berzaman hingga la duit syiling yang terkini di Malaysia termasuk duit syiling Kesultanan Melayu Melaka, duit syiling Emas Johor, duit syiling Terengganu, etc.
Satu bahagian pameran menempatkan pelbagai jenis matawang dalam bentuk ibu jongkong, pyramid, tajau, gelang tangan, peluru, binatang (ayam jantan, belalang, buaya, gajah, ikan, kambing, kura-kura, penyu, etc).
Den paling tertarik dengan token perjudian porselin abad ke 19 yang dikeluarkan oleh rumah perjudian. Ada gambar labah-labah dan butterfly lagi hehehehehe. I guess gambling is one of the oldest habit/obsession in history.
Boleh tengok macam mana penjajahan British mempengaruhi atau menjadi inspirasi seni rekaan syiling dan duit kertas Malaysia.
Budak-budak dok terpaku kat permainan perniagaan barter.
Pameran mata wang kertas dunia memang buat mata den bersinar-sinar sebab den kan memang mata duitan. Rasa heaven sangat la duduk kat galeri ni sebab dikelilingi duit hehehehhehehe.
Tengok siri duit syiling yang dikeluarkan pun lama. Lagi teruja bila tengok corak duit syiling yang dikeluarkan bagi memperingati peristiwa khas.
Tapi den paling lama terpaku pada pameran Siri Duit Kertas Malaysia (Malaysian Bank Notes Series). 

Not only because I am truly addicted with money tapi maklumat bagi setiap objek yang terdapat pada siri duit yang terkini tuh den tak pernah ketahui sebelum ni. Contohnya memang perasan ada 2 ekor penyu pada duit RM20 tuh tapi tak la den tau yang seko tuh Penyu Belimbing (Leatherback Turtle, Dermochelys Coriace) dan seko lagi Penyu Karah/Sisik (Hawksbill Turtle, Eretmochelys Imbricata).
Den baru tau duit kertas kita ada banyak naw ciri keselamatan tapi still la juga penyangak berusaha buat duit palsu kan. Haru sungguh.
Anak-anak den hari tuh depa sakan bergelinjangan kat sini siap main sorok-sorok. Sekali tuh ada akak cleaner tuh cakap jangan main sorok-sorok kat sini sebab ada kes budak main hide and seek lalu tak dijumpai. Mak dia menangis kering ayaq mata baru jumpa budak tuh.

So agak mistik la kot ye galeri yang satu ini.
So untuk maklumat details, korang boleh tengok:

Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10 pagi - 6 petang). Hanya tutup pada 3 hari pertama Aidilfitri.

  

0 Comments