Siapa sangka maklumat pasal Kewangan dan Perbankan Islam sangat mengujakan untuk dibaca. Nak plak ada sebahagian maklumat disediakan sekali di dalam bentuk yang kiddos boleh main di samping tersampai maklumat kepada depa secara tak langsung.
Kat sini diceritakan secara ringkas konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam yang bermula dari Timur Tengah dan tersebar sehingga ke seantero dunia.
Kiddos paling lama main kat Laluan Perdagangan Awal Islam sebab ada unta dan kapal layar di situ hehehehehe.
Den tak perasan plak Video Interaktif Globe sebab den dok kalut tengok maklumat lain huhuhuhuhu. Another reason to come back to this museum hehehhehhehehehe.

Duit syiling pertama dengan tulisan Arab dicipta oleh Khalifah Abd Al-Malik ibn Marwan (685 - 705 Masihi) adalah antara info yang boleh diperoleh di galeri ni.
Kitab Hukum Kanun Melaka pun ada dipamerkan di sini. Walaupun den rasa den ni boleh la dikategorikan sebagai boleh membaca jawi dengan agak okay tapi matanya langsung berpinar-pinar tengok tulisan jawi dalam kitab ni huhuhuhuhu.
Membaca maklumat tentang Tamadun Islam dan kegemilangan Islam yang mencorak sistem kewangan dan globalisasi dunia pun boleh buat hati sebak mengenangkan betapa hebatnya orang dulu-dulu.

Dah tua camni la, baca info apa pun sokmo je tersentuh hati.

So untuk maklumat details, korang boleh tengok:

Waktu Operasi: Isnin - Ahad (10 pagi - 6 petang). Hanya tutup pada 3 hari pertama Aidilfitri.



 

2 Comments

  1. not a museum person tapi ada few yang menarik juga..
    tak penah pegi galeri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie pun not a museum person tapi sejak-sejak dah cecah 40an ni, tetiba plak terpergi ke muzium hhehehehehhe. Muzium Bank Negara ni serious a must visit museum for me

      Delete