Den nak share cara membuat kokedama yang dibuat di Kelas Demonstrasi Kokedama oleh Kokedama Kit Malaysia pada Sabtu lepas  ye.
1. Mula-mula kita rendamkan dulu lumut kering sphagnum supaya dia kembang.
1 kit ada 1 beg lumut kering. Yang nih 2 beg lumut kering dari 2 kit untuk 2 orang peserta
2. Dalam pada nak tunggu lumut kering sphagnum kembang, kita bancuh adunan Kokedama medium tuh ye. Masukkan air secukup rasa gittew. Jangan terlebih, jangan terkurang. Ngam-ngam je air untuk menguli Kokedama medium menjadi bentuk bola.
3. Boleh letakkan sabut kelapa bagi membantu pengekalan bentuk medium Kokedama dalam bentuk bola. Kalau rasa okay, tak letak sabut pun tak apa.

4. Bahagi dua adunan Kokedama medium tuh kepada dua bahagian dan masukkan pokok ke dalam adunan Kokedama dan bentukkan semula menjadi bola.
5. Ambil lumut kering sphagnum kembang dan balut di sekeliling bola Kokedama itu. Pastikan lumut menyelaputi keseluruhan bola ye.
6. Kemudiannya, tali kapas diikat pada lumut yang membaluti bola bagi memastikan lumut terlekat rapi pada bola tersebut. Langkah ini lebih mudah dilaksanakan sekiranya terdapat seorang memegang bola dan seorang lagi mengikat tali.
Dah siap Kokedamanya.
7. Kokedama yang telah siap direndam selama 3 jam bagi memastikan kelembapan medium sebelum boleh diletakkan di dalam bekas.

Untuk pastikan Kokedama dapat hidup dengan elok, pastikan ianya direndam di dalam air setiap 3 - 4 hari selama 10 - 15 minit bagi memastikan medium sentiasa lembap.

Letak Kokedama di kawasan yang teduh sedikit.

Kalau nak extra care for the Kokedama terutamanya bagi percambahan akar, boleh rendamkan selama 10 - 15 minit Kokedama sekali sekali dengan bancuhan 250 ml air + 1 sudu teh cuka epal atau cuka kurma.

Selamat berkokedama ye.

2 Comments

  1. hmmmm tak rumit proses nyer.
    tapi tak mudah ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam sempoi tapi bila buat baru tau agak remeh juga bagi orang macam sarie yang tak biasa gardening ni

      Delete