Hidup nih sentiasa kena buat pilihan. Ayat rasa macam nak tampaq-tampaq pipi sendiri tapi den rasa macam betoi je la kan.

Kalo nak ceite pilihan dalam rutin harian, memang banyak sangat k. Contoh:

1. pilih pukoi berapa nak bangun daripada tidoq. Bangun awai skit tak kalut nak mandi, etc;

2. masa mandi dok pilih jugak nak teruskan mandi ke nak keluaq dulu dari panchoq sebab anak dok melalak macam kena taboh;

3. kalo pun berjaya mandi tanpa ada gangguan anak menangis, etc, kita pilih pulak nak pakai baju dan tudung apa (kalo den kriteria tudung dan baju haruslah yang tak payah digosok hhehehehehe); 

4. dan seterusnya la coz rutin harian nih memang tak pernah abis-abis.

Dalam semua perkara dalam hidup nih kita kena buat pilihan.

Makan - nak makan murah skit tapi lauknya kurang berasa atau nak makan sedap skit tapi mahai.

Tadika - Kemas ke Pasti ke Genius Aulad ke Smart Reader ke CIC ke, etc.

Perancangan Keluarga - pill or implant or IUCD or condom or natural planning (pasai plak tiba-tiba cakap omputih kan hahahahahahha).

Childcare - kita berhenti reja nak jaga anak kita sendiri or nursery or pengasuh or suruh mak pak kita tolong jaga.

Masak dan makan kat umah atau tapau makan kat umah atau makan luaq teruih.

Kadang-kadang dalam hidup nih kita kena membuat pilihan yang sukar. Ha....macam ceite drama telenovela plak yek.

Contoh:

1. Hang dah reja dengan gomen almost 16 years, hang dah amik skim pencen, otak hang dah tepu pengsan meletops dengan persekitaran reja hang tuh tapi hang nak berenti pi reja lain, hang dok terkenangkan nanti hang tak dapat apa (pencen, gratuiti, etc semua tak dapat). Hang dok terkenangkan utang hang yang bertingket-tingket. So mungkin pilihan hang yang selamat adalah kekal terus bekerja sekurang-kurangnya lagi 4 tahun sebelum hang boleh mohon untuk bersara secara pilihan. Tapi pilihan nih akan menyebabkan hang terpaksa bertahan dengan persekitaran yang tidak membina. So camno?

2. Hang memang ada perancangan nak berniaga. So hang pun berangan la nak ikut banyak kursus yang patut coz hang memang zero knowledge pasal meniaga. Alih-alih ada beberapa kursus yang dah berangan nak daftar atau telah daftar clash dengan program opis yang kalo hang tak joint hang akan dicop sebagai staff yang tidak memberi kerjasama dan harapan untuk mendapat markah LNPT melingkup adalah tinggi. So apa pilihan hang?

3. Hang rasa hang nak baca buku ilmiah atau motivasi tapi bila hang baca hang macam nak muntah darah. Hang pun dok pilih la baca buku chick lit. Tapi kadang-kadang hang rasa umoq-umoq macam nih dah patut banyak ke arah 'sana'. So nak hang nak pilih mana?

4. Hang nak kena pilih sorang ja anak buah untuk dibawa ke bengkel yang memang pecah otak. Hang tau hang kena bawak anak buah yang baguih yang hang tau memang boleh buat reja tapi ada anak buah hang yang sorang nih yang memegang konsep 'reja asal buat coz kalo buat reja banyak mana pun, gaji sama jugak' menyuarakan hasrat nak pi ikut ke bengkel tuh coz dia lebih pada nak berjalan-jalan. So sapa yang hang nak pilih?

Tuh la empat contoh yang sempat den pikiaq.

Kalo pilihan yang lebih tragis ala-ala cerita pukoi 7 pm kat tv3 adalah mungkin hang terpaksa menikah dengan calon laki/bini pilihan mak pak hang walopun hang dah ada chenta hati yang berjanji nak sehidup semati gittew.

So dalam hidup nih rasanya setiap hari memang kita kena buat pilihan. Walopun sukar, pilihan tetap kena dibuat dan kita kena teruskan hidup dengan consequences pilihan kita tuh.
sumber: www.bestsayingquotes.com



6 Comments

  1. Untuk bertukar kpd suasana kerja lain ialah jika rasa hang akan lebih berdaya maju..mampu untuk lebih maju. Kerja gomen mmg ada jaminan bila pencen.. Tp tgk keliling ..yg tak kerja gomen tu pun ramai yg sorang hidup dia sampai masuk kubur.

    ReplyDelete
  2. Belajar berniaga bagus.. Tp belajar apa nya? Bukan ke berniaga ialah satu aktiviti sejauh mana hang pandai jimatkan duit? Serupa la kalau hang pandai menabung..

    Kot ada beza ialah hang dapat simpan banyak atau sikit..

    ReplyDelete
  3. Hak no 4 tu best..

    Dari tulisan tu saja hang dah jelas sekufu dgn anak buah yg kaki berjalan tu.

    Hang rasa Bengkel tu mmg perlukan otak berfikir.. Tp kot dah hang pun duq sama nak berjalan ..tak yah pening kepala ..baik hang pun pikir tang berjalan2 la jgk..

    ReplyDelete
  4. Belajar berniaga bagus.. Tp belajar apa nya? Bukan ke berniaga ialah satu aktiviti sejauh mana hang pandai jimatkan duit? Serupa la kalau hang pandai menabung..

    Kot ada beza ialah hang dapat simpan banyak atau sikit..

    ReplyDelete
  5. Untuk bertukar kpd suasana kerja lain ialah jika rasa hang akan lebih berdaya maju..mampu untuk lebih maju. Kerja gomen mmg ada jaminan bila pencen.. Tp tgk keliling ..yg tak kerja gomen tu pun ramai yg sorang hidup dia sampai masuk kubur.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih pada puan/encik saperke nama. Memang kalo kita nak tukaq reja lain, reja tuh patutnya lebih mencabar kita untuk jadi lebih cemerlang, lebih baguih daripada sekarang. Reja-reja jugak. Jalan-jalan masa reja pun best jugak kan hahaahahhaaha.

    ReplyDelete