5 stars. Memang best meletops. Engaging storyline. Action dari mula ceite sampai la abis. Pelakon utama dan pelakon tambahan semuanya memang dah terkenal. Serious best.

Sapa-sapa yang belum tengok movie nih sila jangan baca review nih. Nanti dah tak suspense gittew.

Konflik antara beberapa superheroes (Ironman, Captain America, Black Widow, Scarlet Witch, Falcon, Vission) dalam Avengers 2 bila Kerajaan US suruh depa sign perjanjian untuk dipantau oleh PBB. Avengers tak dibenarkan bergerak sendirian lagi.

Yang setuju nak sign adalah semua especially IronMan coz dia terasa terbersalah sebab ramai orang awam terbunuh masa pertempuran depa dalam Avengers dan Avengers 2. Captain America tak nak sign sebab dia skeptikal pasal kes Hydra yang menjadikan sebahagian Kerajaan jahat & SHIELD yang memanipulasi keadaan.

Dalam masa yang sama Kerajaan US jugak nak tangkap Butch (Sarjan Barnes, Winter Soldier) sebab depa ingat dia yang meletupkan Capitol Hill masa perjanjian pemantauan Avengers tuh nak disign oleh 117 negara di seluruh dunia.

Captain America memang la kan sayang kat Butch tuh sebab depa BFF dari kecik, tambahan plak Butch pernah selamatkan dia daripada lemas.

Captain America percaya bila Butch cakap Kolonel Zemo nak meruntuhkan empire@memecah belahkan@menghancurkan dunia. Ironman plak percaya Butch tuh memang jahat.

Akhirnya jadi la kisah Captain America vs Ironman sebab isu nih.

Scene lawan yang paling best adalah masa pertempuran antara team Ironman vs Captain America dekat airport. Team Ironman ada Vission, Black Widow, Black Panther, Spiderman, Team Captain America ada Butch, Hawkeye, Falcon, Scarlet Witch, Ant Man. Serious best scene gaduh masa nih.

Dalam dok kalut bergaduh kat airport tuh, Butch & Captain America dapat larikan diri lepas ditolong dek Black Widow. Depa nak pi cari makmal yang buat Winter Soldier kat Siberia ke mana ntah. Lepas IronMan tau Butch tak bersalah dalam letupan di Capitol Hill tuh, dia nak pi tolong la depa lawan Winter Soldiers yang lain.

Masa IronMan, Captain America dan Butch ada kat makmal tuh, Kolonel Zemo tunjukkan video Butch yang dikawal fikirannya oleh Hydra bunuh mak ayah Ironman masa dia nak amik sampel darah Winter Soldier.

Langsung la IronMan mengamuk pengsan nak bunuh Butch. Captain America pun lawan IronMan coz dia memang sayang terpleot kat Butch tuh (lagipun dia percaya bukan salah Butch coz fikirannya dikawal dek Hydra). Jenoh jugak Captain America + Butch lawan IronMan tuh. Akhirnya semuanya cedera termasuklah tangan robot Butch putus tapi IronMan kalah bila Captain America cucuk kuasa kat dada IronMan tuh dengan shield dia.

Ending nya kalo otak den digest betoi la adalah Captain America, Butch, Black Panther, Hawkeye, Falcon, Black Widow, Scarlet Witch & AntMan hidup dalam pelarian la kot sebab depa diburu oleh Kerajaan.

So akan ada sambungan lagi la gamaknya.

Terkezut k ada Spiderman (versi budak remaja) dan Ant Man. Serious tak sangka.

Quote yang terlekat dalam kepala den daripada movies nih adalah 'you can always built up back an empire if its being destroy by enemies but how will you built back an empire if its being destroyed from within or your own friend'. Camtuh la lebih kurang ayatnye.

Den setuju sangat dengan ayat tuh sebab den rasa kalo musuh or orang yang kita tak kenai yang jatuhkan kita or berbuat jahat dengan kita, we'll try to bounce back as soon as we can coz kita tak peduli sangat pasal depa tuh. Tapi kalo orang yang khianat kita adalah orang yang rapat dengan kita seolah-olah musuh dalam selimut, lukanya tuh lebih mendalam dan kita akan amik lebih masa, etc untuk bangkit semula camtuh la.

Walopun movie nih ada ramai superheroes especially masa depa dok berlawan kat airport tuh, serious best je coz jalan cerita dia pun dah memang cantik. So kalo jalan cerita memang mantop dan motif semua watak adalah sangat jelas, ada ramai superheroes pun ceitenye tetap akan best dabommm.

Chris Evans as Captain America dah semakin matured & baguih menjiwai watak dia. Makin handsome, makin sado badan dia. Memang sajak la dia nih as Captain America. Watak dia dikembangkan dengan baik daripada movies Captain America Winter Soldier tuh. Dia nih pun kategori anak-anak ikan jugak tapi den lebih berkenan kat Henry Cavill daripada dia eh.

Walopun IronMan wataknya adalah secondary daripada Captain America sebab dah tajuk movie pun Captain America kan tapi watak IronMan yang banyak sebabkan den tergelak sebab dia memang a bit funny.

Memang one of the best decision Hollywood buat bila depa bagi Robert Downey Jr watak Ironman nih walopun dia bukan la pilihan utama. The first choice was Tom Cruise tapi disebabkan Tom Cruise tak beberapa setuju dengan skrip Ironman, dia pun tamau terima watak tuh. Memang la setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Kalo Tom Cruise yang jadi Ironman sure la aura dan keletah dia tak sama macam RDJ. RDJ nih dia ada aura seksi, naughty, rugged & funny camtuh. Tak semua orang bley bawa this whole package dengan bergaya macam RDJ.

Robert Downey Jr as IronMan adalah sama la macam Christian Bale as Batman. Depa dah put high benchmark untuk watak superhero tuh.

Scarlet Johanson as Black Widow memang mengancam coz of her curves. Serious chantek badan dia especially dalam suit tuh. Walopun dia pun bukan the first choice untuk watak nih, second choice doesnt mean hang tak bley buat yang terpaling meletops. The first choice untuk watak nih adalah Emily Blunt.

Kesimpulannya movie nih memang best dabomm.

So dont judge a movie before you watch it atau sekali terkeciwa movie tak best tak bermakna movie sama genre akan mengeciwakan jua. Gittew la pepatahnya.

Disebabkan den dah terkeciwa bebeno dengan movie Batman v Superman : Dawn of Justice tuh, den memang tak berminat langsung nak tengok movie Civil War nih. Den memang tak amik pot langsung pasal movie nih walopun ada Ironman.

So bila diajak tengok movie nih den macam endah tak endah je. Masa sampai kat panggung dalam 3 pm, kitaorang tak lunch lagi. So memang la tak sempat nak tengok show kul 3.15 pm. So decided untuk makan dulu. Ingat nak tengok movie kul 430 pm tapi tak teringat langsung nak beli tiket. Lepas makan dok bergosipan la sampai 4.15 pm. Lepas tuh baru la tergedik-gedik nak beli tiket. Tengok-tengok tinggal seats kat rows depan je. So tak jadi la beli tiket.

Den dah macam give up dan memang tak teruja pun nak tengok coz serious tak rasa nak tengok pun movie nih. Tapi disebabkan katanye dah alang-alang sampai, moh la kita tengok the next show yang seat chantek available kul bape.

So memang dah namanye rejki nak dapat tengok kan, kitaorang dapat the last couple seat untuk show kul 5.15 pm.

In a nutshell, memang totally worth it melepak kat mall tuh selama 2 jam 15 minit untuk tengok movie nih. Berbaloi sangat spend masa 2 jam 27 minit tengok movie nih. Serious best.

Sila la tengok k.

0 Comments