Kesian sangat tengok blog den nih coz dah lama sangat den tak update blog nih. 

I have being so busy with life. Period.

Reja kat office memang banyak. Site visits pun banyak sampai ada yang den tak sempat pergi. Next week ada 3 hari program teknikal ke Johor dan Melaka. End of May ada 5 hari kursus di Bangi. Seriously memang sibuk pitam.

Dah lama gila kot tak masak coz macam kepenatan tatau nape.

Lately jarang sangat tengok tv or dvd sebab selalu tetido awal sebab keletihan.

Den tak mula lagi ajar F baca buku. Dia still tak boleh membaca. Mengeja pun merangkak-rangkak lagi. Nih memang salah den la sebab tak bersungguh, tak berat & tak meluangkan masa untuk ajar F. Kesian anak bujang den nih. Mama ntah kalut dengan apa-apa ntah. I am not a good mum...haish...

Weekend plak den busy dengan kelas hartanah oleh Naza Baharom Group + others kursus yang berkaitan dengan nak mulakan bisnes. Bulan Mei nih dah ada a few classess yang den berminat nak hadir. 

Post pasal Group Coaching yang den hadir pada 23 April dan Seminar Mudahnya Meniaga pada 24 April pun den tak sempat-sempat lagi nak buat. In sya Allah ada masa nanti den share ye.

Memang kesian the kiddos I always leave them during weekend. Buong pun dah mula cakap kesian budak-budak tak jumpa mama masa sabtu ahad. 

Memang boleh nampak depa rindu kat den. Kalo den balik daripada mana-mana kursus, depa dah tunggu depan pintu tuh. Den bukak je pintu depa teruih pelok den, baik abang, baik adik. Si A tuh lagi la kan. Dia masih breastfeeding. Kalo dia menyusu tuh, dia kapok badan den macam tak nak lepas. Rindu sangat gamaknya tak jumpa mama. Sedih plak hati nih. 

Balik jenguk family in law pun dah jarang. Sejak-sejak Allahyarham atok dah takde, memang la tak balik PD langsung setakat nih.

Minggu nih plak den dah mula berzumba. Walopun baru berkesempatan attended 2 classess, sure la den akan lagi sibuk kalo den berangan nak pegi kelas zumba nih dalam 3 kali setiap minggu.

Kadang-kadang rasa busy sangat sampai tatau nak fikir apa-apa.

Kadang-kadang tido malam terjaga-jaga coz maybe penat sangat ke apa tak tau.

Dalam banyak-banyak perkara yang den nak buat, joint ceramah agama setiap Sabtu & mengaji setiap 3 kali seminggu di apartment den nih yang den tak terbuat.

Satu kekangan masa but the main reason is I am so far from the right path already. Jauh sangat tersasar dari landasan yang sepatutnya sampai den tatau nak fikir dan buat apa. Entah bila la den nak kembali ke pangkal jalan nih. Haish.....

p/s kalo dah boleh spend masa pegi zumba tak kan la tak boleh spend masa pegi kelas mengaji kan. Walopun solat masih banyak yang nak kena dibetoikan, boleh je la gamaknya kalo pegi kelas mengaji nih kan.

0 Comments