In sya Allah bahagian kedua tentang pameran Rehlah Nabawiyyah.

Segmen 1 - Ruang Utama (Entrance)

Masuk ke ruang pameran Rehlah Nabawiyyah, kita akan melalui ruang utama yang menempatkan maklumat tentang maksud Rehlah Nabawiyyah beserta tujuan pameran diadakan.
Di sini juga disediakan penerangan ringkas tentang semua ruang pameran yang ada iaitu 24 ruang kesemuanya (21 segmen sirah Nabi Muhammad SAW + 2 ruang yang berkaitan juga dengan sirah Nabi Muhammad SAW + 1 ruang photo booth).

Segmen 2 - Bilik Audio Visual Detik Kelahiran Rasulullah SAW

Tayangan video detik-detik kelahiran Nabi Muhammad SAW yang penuh mukjizat yang dipetik daripada movie The Messenger.

Tayangan lebih kurang 15 minit ini dalam bahasa Arab dan sarikata di dalam bahasa Inggeris.

Disediakan kerusi dan juga tikar untuk kita duduk menyaksikan tayangan video.

Segmen 3 - Zaman Kanak-Kanak Rasulullah SAW

Ruang yang menggambarkan suasana kehidupan Rasulullah SAW semasa zaman kanak-kanak. Tour guide akan ceritakan pelbagai maklumat termasuk ibu bapa, datuk, ibu susuan Nabi Muhammad SAW.
Segmen 4 - Kampung Bani Saad

Gambaran suasana aktiviti perdagangan, penternakan kambing, etc.
Segmen 5 - Rahib

Ruang yang menempatkan replika kecil pohon Al-Hayat di mana diriwayatkan Rasulullah SAW berteduh di bawah pohon di Jordan. Rahib Buhaira mendapati ada awan memayungi Rasulullah SAW.
Tour guide bagitau pokok ini masih berada di Jordan dan berusia lebih 1000 tahun.

Bila den hendak tulis entry ini, den google pasal pokok Al-Hayat. Den terjumpa 2 artikel oleh Astro Awani pada tarikh yang sama iaitu 21 Januari 2018 tetapi masa berbeza yang berkisarkan tentang pohon ini:


Antara petikan artikel: 

1. Percaya atau tidak sebatang pokok yang dikaitkan pernah dijadikan tempat istirehat dan berlindung Rasulullah SAW kira-kira 1,400 tahun dahulu masih kekal hidup segar sehingga ke hari ini.

2. Kisah saksi bisu kenabian Rasulullah SAW ini ditulis dalam tiga manuskrip kuno oleh Ibn Hisham, Ibn Sa'ad Al-Baghdadi dan Muhamad Ibn Jarir Al-Tabari yang menceritakan bahawa kisah Bahira iaitu seorang rahib yang bertemu dengan seorang kanak-kanak kecil.

3. Bagaimanapun, sebahagian ulama menolak kepercayaan itu dan hubung kaitnya dengan cerita Rasulullah SAW.


Antara petikan artikel: 

1. Kisah yang dikatakan Rasulullah berteduh di bawah pokok itu tidak disepakati oleh ulama hadis. Sebahagian mereka menerimanya dan sebahagian mereka menolak kesahihan ceritanya. Antara yang menolaknya ialah al-Zahabi (wafat: 748hijrah) dalam kitabnya Tarikh al-Islam kata Pensyarah Hadis Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle;

2. Sebab beliau (al-Zahabi) menolak kesahihan kisah ini ialah kerana ia bercanggah dengan logik akal. Riwayat ini menyatakan bahawa Baginda dipayungi awan, jika begitu mengapa perlu diteduhkan dengan bayangan pokok lagi? Bagaimana pula boleh ada bayang dari pokok jika baginda sudah diteduhkan oleh awan?; dan 

2. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Geografi Diraja Jordan menunjukkan pokok ini hanya berusia 520 tahun sahaja

So den pun confuse sudah. Nak kena mengaji lagi ni.

Segmen 6 - Perang Fijar

Den pernah dengar atau tahu sedikit sangat pasal perang Badar, Uhud dan Khandaq sahaja. Ini pertama kali den tau pasal Perang Fijar. 

Dalam buku Koleksi Pedang dan Peninggalan Rasulullah yang den beli masa lawatan ke Rehlah Nabawiyyah ceritakan bahawa Pedang Al-Ma’thur digunakan di dalam Perang Fijar yang menyebabkan pedang tersebut dikenali juga dengan nama Ma’thur al-Fijar.
Segmen 7 - Pembinaan Kaabah

Di sini sebenarnya ada model 3D pembinaan Kaabah tapi den terlupa langsung nak ambil video sebab sakan kalut dengan budak-budak huhuhuhuhu.
Selain maklumat tentang pembinaan Kaabah, dipamerkan juga saiz tapak kaki sebenar Nabi Ibrahim AS.
Ada juga sebuah gambar Mekah pada tahun 1800an (tour guide ada cakap tahunnya tapi den telah terlupa huhuhuhuhu).
Tour guide maklumkan Kelambu Kaabah ditukar 1 tahun sekali ketika waktu Wukuf. 1 hingga 2 jam diperlukan untuk menukar kelambu ini menggunakan jentera.

Kaabah dicuci 2 kali setahun iaitu sebelum musim haji dan selepas musim haji.
Segmen 8 dan 9 - Perdagangan

Di sini diceritakan tentang rombongan perniagaan Rasulullah SAW bersama Maisarah. Suasana gambaran perdagangan siap dengan contoh barang dagangan ada dipamerkan di sini. 

Tour guide bagitau biasanya pelawat ramai yang bergambar di sini. Tour guide musykil agaknya kenapa kitaorang tidak beriya mengambil gambar hehehehehehe.
Segmen 10 - Gua Hira’

Masa tour guide menceritakan peristiwa di Gua Hira’ sakan sungguh budak-budak ini keluar masuk replika gua. Haish.
Segmen 11 - Replika Rumah Rasulullah SAW

Ada 2 bahagian pameran berkaitan replika rumah Rasulullah SAW.

Bahagian Pertama

Replika yang telah dikecilkan kepada nisbah 1/3 daripada ruang ¼ ruang asal. Faham tak? Rumah asal Rasulullah SAW dibahagikan kepada 4 bahagian. ¼ bahagian daripada 4 bahagian ini dibahagikan lagi kepada 1/3 bahagian. Inilah replika yang kita lawati yang menempatkan maklumat biografi Nabi Muhammad SAW, sunnah Baginda, cincin cop mohor Rasulullah SAW, sunnah berniaga dan lain-lain.
Boleh baca juga maklumat berkaitan hadis berkaitan 9/10 rezeki datang daripada perniagaan di https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2689-irsyad-al-hadith-siri-ke-292-perniagaan-adalah-sumber-rezeki-terbesar yang diterbitkan pada 18 Oktober 2018.

Antara petikan artikel adalah:

عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ
Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”

تِسْعَةُ أَعْشَارِ الرِّزْقِ فِي التِّجَارَةِ
Maksudnya: “9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan.”

Pendapat beberapa ulama’ dibincangkan di dalam artikel ini. Melihat kepada beberapa pandangan di atas, kami juga cenderung kepada pandangan yang mengatakan hadith di atas adalah dhaif kerana berlaku keguguran pada sanad hadith tersebut.

Kesimpulan artikel tersebut, “hadith yang dinyatakan di atas adalah mursal atau dhaif kerana sanadnya terputus. Walaubagaimanapun, makna hadith tersebut adalah benar kerana perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar”.

Bahagian Kedua 

Bangunan yang dibuat menjadi ¼ replika rumah Rasulullah SAW. ¼ bahagian daripada 4 bahagian rumah asal Rasulullah SAW. Bangunan replika ini dibina di luar sedikit dari pameran utama. Walaupun tak sampai 2 minit berjalan kaki tapi kalau pergi waktu tengahari macam kitaorang memang terpleot juga tapak kaki. Sebab itu den sarankan supaya semua pelawat yang hendak melawat pameran Rehlah Nabawiyyah memakai stokin supaya dapat jaga tapak kaki.

Di sini ada replika ruang solat, maklumat pakaian dan tongkat Rasulullah SAW. Dipamerkan juga contoh jubah dan baju Gamis.
Ada juga diletakkan contoh makanan sunnah macam tamar, madu, buah tin, etc tapi den terlupa nak ambil gambar.
Expeditions Led by Nabi Muhammad SAW

27 maklumat ringkas ekspidisi peperangan yang diketuai oleh Rasulullah SAW dipamerkan di replika rumah Rasulullah. Memang tak akan sempat baca semua maklumat bila membawa anak-anak yang sibuk bergelinjangan.
In sya Allah kita akan sambung pameran Rehlah Nabawiyyah bahagian terakhir iaitu bahagian ketiga nanti ye.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pameran Rehlah Nabawiyyah, boleh layari:





Waktu Operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari)

Alamat: Seksyen 10, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor,
40100 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5511 9001 


Boleh baca tentang pameran Rehlah Nabawiyyah bahagian 1 di https://www.dinohauz.com/2020/01/tempat-menarik-di-shah-alam-2020-rehlah.html

0 Comments