Meraikan semangat 'memberi', the Curve berkongsi kegembiraan awal Krismas bersama 27 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Waja Home sempena kempen Krismas The Curve yang bertemakan A Beary Merry Christmas.
Aktiviti dimulakan dengan sambutan ketibaan kanak-kanak dan penjaga mereka ke Centre Court yang dipenuhi dengan pelbagai jenis beruang pelbagai saiz serta hiasan pokok Krismas yang berwarna-warni. Kanak-kanak begitu teruja dan gembira.
Kemeriahan diteruskan dengan persembahan muzikal dengan koreografi menarik, the Merry Beary Christmas Musical yang diiringi dengan lagu-lagu Krismas. Kanak-kanak yang menonton sangat teruja dengan persembahan ini lalu ikut sama menyanyi.

En Jazmi Kamaruddin, Pengurus Umum Kanan The Curve memberitahu bahawa "The Curve sangat bertuah dan berbesar hati untuk meraikan anak-anak Pertubuhan Kebajikan Waja Home. Tiada apa yang lebih membahagiakan daripada berkongsi kegembiraan dan kemeriahan bagi memastikan mereka mempunyai memori dan kenangan indah menyambut Krismas pada tahun ini. Kami berharap anak-anak gembira menyambut A Beary Merry Christmas bersama The Curve".
En Jazmi memberikan ucapan aluan
En Jazmi menerima hadiah Krismas, seekor beruang comel
Sebagai penutup program yang istimewa, anak-anak dan penjaga diberikan hadiah Krismas dan dibawa menjamu selera di Roast & Grill.
Penyampaian cenderahati kepada wakil Pertubuhan Kebajikan Waja Home

Kanak-kanak menerima cenderahati dan angpow
Pengunjung the Curve boleh merasai pengalaman A Beary Merry Christmas sehingga 25 Disember 2019. Sepanjang kempen Krismas, pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti Krismas dan menonton persembahan istimewa yang akan berlangsung 2 kali sehari (2 petang dan 5 petang) pada hujung minggu dan cuti umum.
Aktiviti yang disediakan sempena Kempen Krismas

Antara kiosks yang menyertai Bazar Krismas
Pengunjung yang berbelanja minima RM500 di dalam maksima 2 resit boleh menebus A Beary Merry Gift, kit tidur yang comel dari The Curve (tertakluk pada terma dan syarat serta while stocks last).

Untuk maklumat lanjut Kempen Krismas oleh The Curve hubungi Khidmat Pelanggan The Curve di 03-77106868 atau Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall

0 Comments